65 research outputs found

    Analisa perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan melalui teknik metriks ruangan "patch analyst" dan kaitannya dengan kejadian bencana banjir

    Get PDF
    Pelbagai aktiviti pembangunan telah dirancang dan dilaksanakan seiring dengan saranan dan usaha kerajaan bagi membangunankan kawasan luar bandar bagi tujuan merapatkan perbezaan jurang ekonomi antara kawasan. Hal ini, selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang digerakkan oleh kerajaan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor seperti pembandaran,pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya di kebanyakan kawasan di negara ini. Keadaan ini telah mengubah landskap semulajadi kepada gunatanah yang pelbagai corak seiring dengan kemahuan penduduk. Namun perubahan gunatanah di kawasan sensitif alam sekitar sebenarnya akan mengundang malapetaka kepada manusia sendiri di kemudian hari. Perancangan pembangunan yang tidak mampan seperti penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi atau di lembangan saliran dan digantikan dengan kegiatan ekonomi lain secara komersil seperti pelancongan, pertanian skala besar dan sebagainya akan merugikan manusia akhirnya. Kajian ini telah mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS) bagi meneliti tahap perubahan gunatanah di Lembangan Kelantan mengikut tempoh masa yang telah dipilih.Hasil kajian mendapati terdapat perubahan gunatanah yang signifikan di lembangan tersebut dan menjadi salah satu punca utama kepada peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku sejak kebelakangan ini di Lembangan Kelantan. Keadaan ini dijelaskan melalui teknik analisis metriks ruangan (Spatial Analyst) dengan menggunakan beberapa ujian statistik seperti Ujian Patch Density & Size Metrics (Mean Patch Size), Edge Metrics (Total Edge (TE), Edge Density (ED), Mean Perimeter-Area Ratio (Mpar) dan Shannons Diversity Index (SHDI). Kesemua analisis ini digunakan bagi mengetahui keluasan sebenar perubahan gunatanah dan apakah jenis gunatanah yang paling banyak mengalami perubahan sepanjang tempoh masa yang dipilih

    Pembangunan industri di kawasan Mergong: kesan terhadap kualiti air

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan ini merupakan tinjauan permasalahan pencemaran kualiti air di tiga buah sungai penting di Alor Setar, Kedah iaitu Sungai Mempelam, Sungai Gunung Sali dan Sungai Alor Terus. Ketiga-tiga sungai tersebut melalui kawasan Perindustrian Mergong, kawasan perumahan dan mengalir ke Sungai Kedah yang menjadi tumpuan rekreasi dan sukan air utama di negeri tersebut. Makalah ini bertujuan meninjau kesan aktiviti perindustrian ke atas kualiti air sungai. Kajian lapangan dijalankan dengan teknik persampelan air di beberapa buah lokasi terpilih berdasarkan corak guna tanah setempat. Sampel air tersebut dianalisis dalam makmal bagi memperoleh Indeks Kualiti Air (IKA) sebagaimana IKA negara iaitu parameter BOD, COD, DO, pH, SS dan NH3N. Hasil yang diperoleh menunjukkan pencemaran yang dialami oleh sungai-sungai tersebut berada pada tahap sederhana dan sangat tercemar berdasarkan parameter-parameter di atas

    Belia dan pembudayaan semangat sukarelawan di Malaysia: suatu pemerhatian konseptual

    Get PDF
    Semangat dan aktiviti kesukarelawanan merupakan satu tuntutan dalam kerangka perpaduan nasional bagi sesebuah negara dalam mendepani cabaran mendatang yang semakin mencabar. Matlamat penulisan ini adalah untuk membincangkan secara terperinci secara konseptual mengenai elemen utama yang mendokong penghayatan belia terhadap semangat sukarelawan. Ini kerana semangat kesukarelawanan perlu didorong oleh nilai-nilai budaya, ideologi, prinsip dan tradisi sesuatu bangsa. Sekiranya semangat sukarelawan ini dapat direalisasikan sebagai amalan atau budaya pastinya memberi impak besar dalam kehidupan bermasyarakat. Malah, semangat kesukarelawanan juga memberi implikasi penting terhadap pembinaan negara bangsa yang kuat, maju dan berdaya saing. Tetapi sebaliknya, wujud kebimbangan sekiranya program atau aktiviti kesukarelawanan yang dilaksanakan gagal dihayati sepenuhnya oleh golongan belia yang menjadi pencorak kepada sesebuah tamadun negara pada masa hadapan. Sebaliknya menjadikan program berkaitan hanya sebagai saluran berseronok atau mengurangkan kebosanan semata-mata dan untuk mengisi masa lapang mereka tanpa mendapat apa-apa manfaat. Ini kerana semangat kesukarelawan yang wujud dalam diri seseorang individu adalah sesuatu yang tidak boleh dipaksa dan menuntut pergorbanan yang tinggi daripada segi masa, tenaga dan kewangan. Oleh itu, belia yang bersedia melakukan program berkaitan sukarelawan secara baik adalah dalam kalangan belia yang benar-benar dapat menghayati semangat sukarelawan itu sendiri

    Zon pinggir pantai di Malaysia: Perancangan pembangunan dan pengurusannya

    Get PDF
    Zon pinggir pantai merupakan suatu tempat yang sungguh menarik dan cantik untuk dikunjungi, namun di sebaliknya kawasan ini perlu dipelihara dan diurus dengan sebaik mungkin kerana ekosistemnya adalah sangat sensitif dan rapuh. Zon pinggir pantai juga merupakan tempat pertemuan antara air laut dan daratan serta mempunyai kesesuaian untuk pelbagai hidupan menghuni di kawasan ini dan kawasan ini juga mempunyai ekosistem yang dinamik dan tersendiri. Selain itu disebabkan beberapa faktor tarikan seperti sumber pendapatan, tempat perniagaan, perdagangan, penempatan dan sebagainya, menyebabkan kawasan ini mengalami konflik dengan persekitarannya disebabkan oleh aktiviti manusia yang tertumpu di kawasan ini. Oleh itu, kawasan ini mula mengalami proses ketidakseimbangan ekosistem dan ekologinya seperti berlakunya pencemaran, pemendapan dan hakisan di kawasan-kawasan tertentu. Justeru satu langkah pengurusan secara holistik perlu direncana agar segala aktiviti pembangunan yang dilakukan memberikan kesan yang minimum kepada persekitaran di zon pinggir pantai di Malaysia. Dengan kata lain perencanaan pembangunan di kawasan ini adalah perlu tetapi tidak merosakkan atau memusnahkan kualiti habitat dan persekitaran semulajadinya

    Risiko dan cabaran penduduk dalam dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan

    Get PDF
    Kawasan dataran banjir di Lembangan Saliran Kelantan adalah merangkumi beberapa jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang. Kesemua jajahan ini dialiri oleh beberapa sungai utama termasuklah Sungai Kelantan, Sungai Lebir, Sungai Galas, Sungai Nenggiri dan Sungai Pergau. Anggaran jumlah penduduk yang menghuni kawasan ini dan sering terlibat dengan bencana banjir adalah seramai 553,099 orang iaitu lebih kurang satu pertiga daripada jumlah penduduk negeri Kelantan(1.3 juta orang). Risiko dan cabaran yang seringkali dihadapi oleh penduduk kawasan ini ialah kejadian bencana banjir yang berlaku setiap tahun dengan kekerapan dan intensiti semakin meningkat. Justeru, bagi meneliti tren kejadian banjir di kawasan tersebut, satu analisis perilaku luahan dengan merujuk kepada “rating table” dijalankan yang berpandukan kepada tiga aras penting iaitu aras berjaga-jaga, aras amaran dan aras bahaya. Selain itu, kejadian banjir juga pastinya menyebabkan pelbagai kemusnahan dan kerosakan harta benda sama ada tempat tinggal, binatang ternakan, hasil pertanian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini juga meneliti anggaran nilai kemusnahan harta benda, jumlah pemindahan mangsa banjir dan kehilangan nyawa berdasarkan laporan tahunan kejadian banjir yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kelantan. Manakala antara cabaran yang perlu dilalui oleh penduduk di kawasan ini adalah, walaupun dikatakan keadaan sosio-ekonomi mereka telah mengalami peningkatan setiap tahun. Namun, kejadian bencana banjir telah menyebabkan pelbagai kemusnahan dan memberikan kesan negatif kepada corak kehidupan mereka. Oleh itu, kerjasama dan penglibatan semua pihak termasuklah masyarakat, pihak kerajaan, NGO’s dan swasta adalah penting bagi mewujudkan pengurusan bersepadu lembangan saliran demi kesejahteraan penduduk di Lembangan Saliran Kelantan

    Impak pembangunan pelancongan terhadap persekitaran pinggir pantai

    Get PDF

    Belia dan program kesukarelawan di Malaysia: Satu kajian empirikal (youth and volunteerism in Malaysia: An empirical study)

    Get PDF
    Youth appreciation of volunteerism needs to be given attention if only because voluntary activities carried out without genuine appreciation of the volunteerism spirit does not really benefit the participants. This study evaluated the level of Malaysian youth appreciation of the spirit of volunteerism with respect to six appreciation constructs, namely, understanding, emotion, belief, practices, attitudes and motivation The study was conducted throughout the states in Peninsular Malaysia involving 500 randomly sampled youth aged between 15 and 30 and comprising all ethnic groups. Results of the statistical analysis showed that the level of Malaysian youth appreciation of the spirit of volunteerism was satisfactory except for the two parameters of emotion and motivation.In the case of emotion the study indicated the youth relative reluctance when volunteer programmes were located in areas suffering from diseases, unhygienic conditions and lacking in public amenities as in disaster areas.Yet, it was in such a situation that the keen spirit of volunteerism was most needed.This thus points to the imperative of improving the motivational side of youth volunteerism programmes in the country

    Perubahan gunatanah dan kejadian banjir di Lembangan Saliran Kelantan

    Get PDF
    Pembangunan secara drastik dan berskala besar mampu menyebabkan perubahan kepada alam sekitar serta mendedahkan manusia kepada kejadian bencana. Perubahan guna tanah daripada kawasan hutan kepada pelbagai jenis guna tanah lain seperti perbandaran, petempatan dan industri mampu memberikan kesan kepada kualiti alam sekitar. Perubahan terhadap kualiti alam sekitar iaitu daripada keadaan semula jadi yang akhirnya boleh menyebabkan wujudnya risiko bencana alam. Justeru, kawasan kajian juga tidak ketinggalan menerima kesan dan limpahan aktiviti pembangunan yang dilaksanakan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menggalakkan pembangunan dalam sektor gunatanah seperti pembandaran, pelancongan dan rekreasi, kemudahan awam, perumahan dan sebagainya. Selain itu, keluasan gunatanah pertanian dan perhutanan pula adalah semakin mengecil atau terhimpit akibat hambatan pembangunan yang menuntut pelbagai aktiviti pembangunan dilakukan dengan mengubah corak gunatanah tersebut. Justeru, keadaan ini memperlihatkan bahawa manusia mula mengganggu persekitaran semulajadinya bagi memenuhi tuntutan kehidupannya. Oleh itu kajian ini, dengan penggunaan teknik Geographic Information System (GIS) meneliti tahap perubahan gunatanah yang berlaku. Hasil kajian mendapati, sememangnya berlaku perubahan gunatanah yang signifikan dalam kawasan kajian dalam tempoh 26 tahun. Selain itu, kajian ini juga meneliti hubungkaitan antara perubahan gunatanah dan ada kaitannya dengan peningkatan kekerapan dan intensiti bencana banjir yang berlaku di Lembangan Kelantan semenjak kebelakangan ini

    Belia dan program kesukarelawan di Malaysia: satu kajian empirikal

    Get PDF
    Penghayatan belia terhadap program sukarelawan perlu diberikan perhatian kerana aktiviti sukarelawan yang dilaksanakan tanpa penghayatan pastinya tidak memberikan faedah kepada pesertanya. Objektif kajian ini adalah menentukan tahap penghayatan belia berdasarkan enam konstruk penghayatan iaitu tahap kefahaman, perasaan, kepercayaan, amalan, sikap dan motivasi. Kajian dilakukan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia yang melibatkan 500 sampel dalam kalangan belia berumur antara 15 hingga 30 dan berbilang kaum. Analisis crosstabulation dilakukan ke atas data daripada borang kaji selidik yang diambil dalam kalangan responden secara convenience (mudah). Hasil kajian menunjukkan tahap penghayatan belia terhadap semangat kesukarelawanan adalah memuaskan kecuali konstruk tahap perasaan dan motivasi. Bagi konstruk perasaan misalnya, kajian menunjukkan semangat kesukarelawanan yang masih rapuh kerana golongan belia tidak sanggup atau seronok melakukan aktiviti sukarelawan di kawasan berpenyakit, kotor dan kekurangan kemudahan awam. Situasi sebegini sememang akan wujud apabila negara berdepan dengan kejadian bencana dan ini menggambarkan tahap penghayatan golongan belia terhadap semangat sukarelawan masih kurang memuaskan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar program motivasi berkaitan penghayatan belia terhadap semangat sukarelawan sedia ada perlu diteruskan

    Pengurusan persekitaran dan pelancongan di Malaysia: Konsepsi dan kajian

    Get PDF
    Pertumbuhan sesebuah bandar sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar terhadap kualiti hidup manusia semenjak zaman prasejarah sehingga ke hari ini.Ini kerana pembangunan bandar merupakan pemangkin kepada pertumbuhan keglatan ekonomi, perindustrian, perdagangan yang dapat menambahkan peluang, pekerjaan dan membangunkan perumahan yang sesuai dan selesa. Namun, bukan semua kewujudan sesebuah bandar dapat membantu untuk mencapai matlamat pembangunan negara dan kesejahteraan masyarakat kerana tidak semua proses pertumbuhan bandar akan meninggalkan kesan yang baik. Sebaliknya, terdapat pelbagai masalah yang wujud sama ada dari segl sosial, ekonomi dan persekitaran kawasan berkenaan (Ibrahim, 1991). Semenjak Bandar Darulaman diwujudkan pada tahun 1996, tiada kajian dilakukan berkenaan dengan kampung-kampung tradisional, kecuali bancian penduduk negara yang diadakan selama sepuluh tahun sekali.Walau bagaimanapun, banci penduduk negara tidak mengkaji persoalan seperti penyakit sosial, kemudahan asas , dan seumpamanya.Justeru, artikel ini akan cuba mengkaji kesan limpahan pembangunan Bandar Darulaman terhadap kampung-kampung tradisional yang terhampir dengan bandar tersebut
    corecore