20 research outputs found

    Pengaplikasian kaedah pengantaraan bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia

    Get PDF
    Kesukaran dalam membuktikan kes kecuaian perubatan telah menyebabkan prosiding di mahkamah mengambil masa yang lama dan membabitkan kos yang tinggi. Semakin lama pihak-pihak terbabit terlibat dalam prosiding mahkamah, maka semakin banyak masa yang akan diambil dan hal ini sekali gus meningkatkan jumlah kos untuk menguruskan kesnya di mahkamah. Stigma negatif terhadap institusi mahkamah telah membukan ruang dan peluang kepada pengaplikasian kaedah pengantaraan sebagai mekanisme alternatif bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan. Undang-Undang No. 36 Tahun 2009 tentang Kesihatan telah menguatkuasakan pengantaraan bagi menyelesaikan kes-kes kecuaian perubatan di luar mahkamah. Berlandaskan Undang-Undang No. 29 Tahun 2004 tentang Amalan Kedoktoran, pihak yang mempunyai kuasa untuk menjalankan kaedah pengantaraan ialah Majlis Kehormatan Disiplin Kedoktoran Indonesia (MKDKI) dan Majlis Kehormatan Etika Kedoktoran Indonesia (MKEK). Namun, sebagai institusi pengantaraan, MKEK dan MKDKI tidak menjalankan kaedah pengantaraan secara sebenar kerana masih menjalankan mekanisme perbicaraan yang masih bercirikan litigasi. Oleh itu, pindaan dan penambahbaikan kepada kedua-dua undang-undang berkenaan adalah sangat diperlukan supaya kedua-dua institusi berkenaan dapat menjalankan kaedah pengantaraan secara sebenar dengan menggunakan pendekatan win-win solution bagi penyelesaian kes-kes kecuaian perubatan di Indonesia

    Analisis perundangan penjagaan warga emas di United Kingdom, Australia dan Jepun

    Get PDF
    Sistem penjagaan moden secara umum bersumberkan common law. Sistem penjagaan ini mengutamakan doktrin parens patriae yang bererti bahawa pihak mahkamah dibenarkan untuk campur tangan dalam menjaga kepentingan golongan-golongan yang tidak mampu menjaga diri sendiri, seperti kanak-kanak dan orang dewasa yang kurang upaya melalui pelantikan penjaga. Walaupun Malaysia masih tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk penjagaan warga emas, pelbagai perkembangan dan kemajuan undang-undang berhubungan dengan penjagaan warga emas telah berlaku di negara-negara lain. Sejajar dengan itu, penulisan ini akan menganalisis kerangka perundangan tentang penjagaan warga emas di tiga buah negara terpilih, iaitu United Kingdom, Australia dan Jepun. Ketiga-tiga negara ini telah dipilih atas alasan bahawa mereka mempunyai sejarah yang lama dan sistem penjagaan warga emas yang mantap pada masa ini. Bukan itu sahaja, pembaharuan undang-undang sering dilakukan untuk memberikan jaminan yang lebih baik kepada golongan ini. Bagi mencapai objektif yang digariskan, penulisan ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat analisis kandungan. Penulisan ini mendapati bahawa walaupun undang-undang penjagaan di United Kingdom, Australia dan Jepun tidak ditujukan secara khusus kepada golongan warga emas, namun mekanisme undang-undang yang wujud di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut telah memberikan manfaat kepada golongan warga emas. Golongan warga emas yang tidak mempunyai keupayaan mental dalam menguruskan diri sendiri dan harta dikawal selia oleh undang-undang yang boleh dianggap menyeluruh dan mantap di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut. Hal ini terbukti menerusi statistik pemakaian sistem penjagaan orang dewasa yang digunakan kepada golongan warga emas. Golongan warga emas termasuk dalam kategori orang dewasa yang kekurangan upaya dan merekalah golongan yang terbesar di bawah undang-undang penjagaan sebegini. Oleh itu, penulisan ini mencadangkan agar Malaysia dapat mengambil usaha untuk mengintegrasikan pendekatan yang digunakan di ketiga-tiga bidang kuasa tersebut bagi mewujudkan mekanisme undang-undang yang menyeluruh dalam aspek penjagaan warga emas di Malaysia

    Arahan Do Not Resuscitate (DNR) dalam sektor kesihatan dari perspektif undang-undang

    Get PDF
    Pesakit mempunyai hak untuk membuat keputusan berhubung penjagaan kesihatan dan rawatan perubatan untuk dirinya. Tiada individu lain boleh membuat APA-APA keputusan berhubung dengan rawatan jika pesakit tersebut masih berkeupayaan untuk membuat keputusan. Pesakit juga boleh membuat suatu arahan untuk tidak meneruskan rawatan atau menerima APA-APA campur tangan perubatan untuk dirinya. Arahan Perubatan Awal (APA) (turut disebut sebagai Arahan Awal Perubatan) ialah dokumen yang mengandungi hasrat pesakit berhubung rawatan perubatannya, dibuat semasa pesakit masih berkeupayaan membuat keputusan. Terdapat sejenis arahan dalam skop APA yang secara khusus membenarkan pesakit untuk menolak bantuan pernafasan (Cardiopulmonary Resuscitation) (CPR). Arahan tersebut dikenali sebagai Larangan Resusitasi (Do Not Resuscitate) (DNR). Walau bagaimanapun, arahan tersebut bukanlah amalan yang biasa kerana berkemungkinan bercanggah dengan kewajipan doktor untuk memberikan rawatan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa pesakit. Persoalan penting ialah sama ada pesakit dibenarkan di sisi undang-undang untuk membuat suatu arahan DNR. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk menganalisis undang-undang semasa berhubung hak pesakit dari perspektif arahan DNR. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dalam meneroka isu-isu yang berhubung dengan DNR. Didapati bahawa DNR suatu cara untuk melindungi autonomi pesakit. Dari segi amalan dalam sektor kesihatan, perlu ada garis panduan dan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung denganarahan DNR. Hal ini penting demi melindungi autonomi pesakit di samping menjaga hubungan baik antara doktor dengan pesakit. Kesihatan merupakan suatu hak asas yang perlu dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat

    Hak pesakit bagi melaksanakan arahan awal perubatan: suatu gambaran umum

    Get PDF
    Setiap pesakit berhak menentukan apa yang beliau mahu atau tidak mahu dilakukan ke atas tubuh badan mereka. Perbincangan tentang hak pesakit bagi meneruskan atau meninggalkan rawatan perubatan akan memberi kesan kepada hak mereka untuk kekal hidup atau tidak. Huraian tentang hak pesakit telah dinyatakan dalam Piagam Pesakit, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Dalam keadaan ini, keizinan pesakit menjadi faktor penting sama ada doktor dibenarkan meneruskan rawatan perubatan terhadap pesakit atau tidak. Arahan Awal Perubatan (AMD) adalah satu dokumen khusus bagi menyatakan kehendak pesakit berkeupayaan sama ada ingin meneruskan atau meninggalkan rawatan perubatan tentang pelan perubatan masa hadapannya sekiranya beliau menjadi tidak berkeupayaan. Rujukan di England dibuat dan keputusannya mendapati bahawa terdapat suatu peruntukan perundangan khusus berhubung dengan AMD. Berbanding dengan Malaysia, AMD masih dianggap bukan perkara lazim dan kedudukannya dalam aspek perundangan masih tidak jelas. Maka, objektif artikel ini adalah membincangkan hak-hak pesakit dewasa dengan mengambil kira AMD di Malaysia dan asas undang-undang yang berkaitan dengannya. Kaedah yang digunakan di dalam artikel ini adalah kualitatif. Keputusan daripada penulisan kertas ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang hak pesakit dewasa berhubung dengan perlaksanaan AMD di Malaysia
    corecore