1 research outputs found

    Pembangunan jiwa pendidik dalam kalangan bakal pendidik

    Get PDF
    Mendidik dan melahirkan modal insan berkualiti merupakan hasrat dan agenda utama sistem pendidikan Negara. Oleh itu, hasrat ini merupakan amanah besar yang perlu dijelmakan oleh setiap warga pendidik dengan penuh komitment, prihatin dan dedikasi. Kurangnya penghayatan terhadap makna dan matlamat pendidikan dalam kalangan bakal pendidik akan menjejaskan hasrat murni tersebut. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pembangunan jiwa pendidik dalam kalangan bakal guru di UTM. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan melibatkan keseluruhan populasi kajian. Seramai lapan puluh sembilan pelajar telah terlibat sebagai responden. Nilai kebolehpercayaan instrumen yang telah dibina ialah 0.93. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penghayatan jiwa pendidik memperolehi min sebanyak 3.86 iaitu tahap sederhana tinggi. Dapatan juga menunjukkan penghayatan bakal pendidik terhadap matlamat pendidikan untuk membangunkan potensi manusia berteraskan visi nilai universal kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan mendapat min yang terendah pada tahap sederhana iaitu 3.62. Oleh itu terdapat keperluan untuk memantapkan penghayatan jiwa pendidikan dalam kalangan bakal guru terutamanya tentang matlamat pendidikan
    corecore