1 research outputs found
Perusahaan sos tiram: Pearl Enterprise / Ahmad Kamal Ngadiron…[et al.]
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang ekonomi yang amat menguntungkan. Namun begitu ia memerlukan kegigihan, ketabahan dan kesungguhan bagi menjayakan perniagaan yang ditubuhkan. Aspek lain yang panting ialah keyakinan diri, semangat Juang yang tinggi, kreativiti, inovatif, berwawasan, berdaya saing dan peka terhadap dunia perniagaan yang semakin mencabar.
Bersesuaian dengan zaman yang serba moden ini, kami PEARL ENTERPRISE mengeluarkan barangan berbentuk baru yang bertujuan memberi kemudahan dan manfaat kepada pengguna. Selain daripada itu ia juga mengurangkan kos dan mengelakkan pembaziran. Kami mengeluarkan satu produk iaitu sos tiram yang di namakan MUTIARA di mana ianya di pek dalam bungkusan kecil seberat 50 gram. Pada kebiasaannya sos tiram di jual dalam bentuk botol tetapi ia biasanya tidak tahan lama setelah digunakan sedikit