2 research outputs found

    Mitos Angkapio medium interaksi antara alam dan manusia menurut kepercayaan Murut Paluan

    Get PDF
    Interaksi antara alam dan manusia adalah unik dan rumit. Kelakuan dan bunyi merupakan dua isyarat yang kompleks yang dapat ditafsir oleh kearifan sesebuah masyarkat. Dalam masyarakat Murut Paluan khususnya, mitos angkapio memaparkan kepercayaan terhadap hubungan manusia dengan alam. Makalah ini membincangkan mengenai persekitaran alam yang berinteraksi dengan manusia dan menerangkan tentang kejadian yang telah berlaku dan bakal berlaku. Maklumat mengenai peristiwa sedih dan gembira yang bakal dihadapi hanya difahami oleh kelompok yang ahli dalam mentafsirnya. Perkhabaran mengenai maklumat yang disampaikan secara visual dan bunyi membuatkan masyarakat Murut Paluan lebih bersedia menghadapi peristiwa buruk yang akan menimpa mereka. Interaksi alam kepada manusia berperanan penting dalam mengimbangi perlakuan mereka agar tidak melanggar hukum alam. Oleh itu, manusia akan lebih berhati-hati agar dapat menerima interaksi yang membawa petanda yang baik selaras dengan kemahuan manusia itu sendiri. Kajian ini dijalankan secara lapangan dengan sokongan kajian ilmiah. Makalah ini akan mengetengahkan konsep interaksi masyarakat Murut Paluan yang menjalinkan hubungan akrab dengan alam sekeliling mereka. Kehidupan mereka yang fleksibel dengan alam telah menunjukkan satu sistem interaksi yang dipercayai menghindarkan mereka daripada malapetaka. Tinjauan ini seterusnya akan memaparkan jiwa “kemurutan” yang peka terhadap sekeliling mereka

    Konflik migran Cina dengan masyarakat peribumi Kalimantan Barat: suatu analisis Syair Perang Cina di Monterado

    Get PDF
    Kalimantan tanah terasing yang bernilai. Realitinya pulau yang turut dijoloki dengan nama Borneo ini bukanlah sekadar hamparan tanah purba yang kosong seperti didakwa. Suatu masa dahulu, yakni diperkirakan sekitar abad ke-18 hingga 19 Masihi, kilauan emas khususnya di Kalimantan Barat pernah begitu menyilaukan pulau ini lantas menjadikannya sebagai administratif Kalimantan yang berharga. Keberadaan emas dalam jumlah yang banyak di Kalimantan Barat pada waktu itu mulai menjelmakan keterujaan dalam diri penguasa tempatan terutamanya Panembahan Mempawah dan Sultan Sambas, Sultan Umar Akkamuddin II sehingga memungkinkan mereka mengundang sejumlah migran Cina bagi mengusahakan lombong emas milik mereka yang akhirnya memberikan pulangan yang lumayan kepada kedua-dua kerajaan terbabit. Sungguhpun riwayat dagang emas di Kalimantan Barat pada waktu itu tidak semasyhur seperti di Singapura mahupun juga di Batavia, namun kehadirannya bawah kelolaan migran Cina menjanjikan tiga perkara iaitu kejayaan, kekuasaan dan konflik yang merupakan sebuah harga yang perlu dibayar oleh masyarakat peribumi di sana akibat emas yang berkilauan. Dengan menggunakan pendekatan sejarah dalam menekuni naskhah Syair Perang Cina di Monterado yang khusus merakamkan perisitwa konflik seperti yang diperkatakan, hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa sikap onar migran Cina yang mengeruhkan keadaan di Kalimantan Barat sehingga menjadi pencucuh kepada sumbu penentangan masyarakat peribumi di Kalimantan Barat
    corecore