2 research outputs found
Strategi pembelajaran membaca Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Wilayag Yala, Selatan Thailand
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan strategi pembelajaran bahasa Melayu (SPBM) bagi kemahiran membaca dalam kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di wilayah Yala, Selatan Thailand. Kajian ini berlandaskan Klasifikasi Strategi Pembelajaran Bahasa (Wenden, 1991) yang membahagikan strategi pembelajaran kepada dua, iaitu (i) strategi kognitif: memilih maklumat, memahami, simpan, dan dapatkan semula maklumat; dan (ii) strategi pengurusan diri: memantau atau menguruskan proses pembelajaran seperti pembelajaran kendiri. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih secara rawak mudah bagi menjawab borang soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Science (SPSS) versi 23.0 dengan menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pelajar IPT mempunyai tahap penguasaan kemahiran membaca bahasa Melayu pada tahap yang sederhana (3.23). Tumpuan ketika guru membaca teks bahasa Melayu (min, 3.60) merupakan SPB yang paling kerap digunakan oleh pelajar IPT di Yala. Kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan guru bagi memilih strategi pembelajaran bahasa yang sesuai supaya dapat meningkatkan tahap penguasaan membaca bahasa Melayu dalam kalangan pelajar khususnya pelajar yang mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa asing
Persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar peralihan membaca dan menulis
Sistem Pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya
terutama memiliki keupayaan literasi (kemahiran membaca dan menulis). Sehubungan itu,
setiap murid perlulah menguasai bahasa Melayu agar sejajar dengan keperluan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Menulis dan membaca merupakan suatu
elemen yang penting dalam perkembangan murid merujuk DSKP bahasa Melayu. Elemen ini
dapat dikenalpasti melalui capaian yang mudah dari prestasi keputusan yang meningkat hasil
daripada proses pembelajaran yang teratur, sistematik dan berterusan. Kajian ini bertujuan
untuk mendapatkan persepsi guru terhadap gaya pembelajaran VAK dalam membantu pelajar
peralihan membaca dan menulis di sebuah sekolah di Puchong. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kualitatif dengan melibatkan seramai 3 orang guru dengan kaedah temu bual
berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa mereka mempunyai sikap yang positif
terhadap gaya pembelajaran VAK dan mengaplikasikan dalam PdPc kelas peralihan.
Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan murid juga penting
dalam mengoptimumkan keberkesanan proses membaca dan menulis