5 research outputs found

    Pencemaran habuk di Lembah Klang melalui analisis statistik boxplot

    Get PDF
    Salah satu punca masalah kemerosotan kualiti udara bandar di Lembah Klang berlaku akibat daripada peningkatan bahan pencemar udara partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikron (PM10) daripada kenderaan bermotor selain faktor perbandaran yang pesat. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tren kepekatan purata bulanan PM10 di lima stesen kualiti udara di Lembah Klang iaitu Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras dari 2000 hingga 2009 dengan menggunakan kaedah statistik boxplot. Hasil kajian mendapati bahawa tren kepekatan purata bulanan PM10 adalah lebih tinggi daripada nilai kesetaraan Recommended Malaysian Air Quality Guidelines (RMAQG) iaitu 103.5 μg/m3 untuk tempoh sebulan bagi beberapa stesen kajian. Nilai kepekatan PM10 bulanan yang tertinggi direkodkan adalah pada Ogos 2005 sebanyak 590 μg/m3 di stesen Klang, 482 μg/m3 (Petaling Jaya), 371 μg/m3 (Kajang) serta 587 μg/m3 (Shah Alam) dan Cheras sebanyak 465 μg/m3 sewaktu peristiwa jerebu pada ketika itu. Selain nilai maksimum, analisis boxplot turut mewakili nilai Q2 (kuartil 2) iaitu nilai median atau penengah data, IQR (julat antara kuartil) iaitu angka penengah antara nilai yang paling kecil dan median serta Q3 (kuartil 3) merupakan nilai tengah antara median dan nilai tertinggi sesuatu set data. Stesen Klang mencatatkan nilai Q3, IQR dan Q2 tertinggi pada tahun 2005 masing-masing sebanyak 342 μg/m3, 75 μg/m3 dan 277 μg/m3 pada bulan Ogos berbanding stesen lain. Episod jerebu yang serius berlaku di Semenanjung Malaysia pada waktu tersebut berasal daripada pembakaran biojisim di Sumatera, Indonesia dan faktor kedudukan Klang yang paling hampir dengan Sumatera adalah punca utama kepada peningkatan kepekatan PM10 yang tinggi di stesen tersebut

    Analisis pola taburan reruang PM10 dan O3 di Lembah Klang dengan mengaplikasikan teknik Geographic Information System (GIS)

    Get PDF
    Sumber utama masalah kemerosotan kualiti udara bandar terutamanya di Lembah Klang adalah berpunca daripada jumlah kenderaan bermotor yang tinggi. Beberapa Laporan Kualiti Alam Sekitar dan Laporan Tahunan yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dari 2003 hingga 2009 telah membuktikan penyataan ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap kualiti udara dan menganalisis pola taburan reruang tahunan bahan pencemar partikel zarah terampai berdiameter kurang daripada 10 mikrometer (PM10) dan ozon (O3) di beberapa stesen kualiti udara terpilih di Klang, Petaling Jaya, Kajang, Shah Alam dan Cheras. Analisis pola taburan reruang tahunan menggunakan teknik interpolasi Inverse Distance Weighted (IDW) dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS) menunjukkan kepekatan PM10 yang berjulat antara 50 hingga 100 μg/m3 turut melebihi nilai setaraan purata tahunan RMAQG (Recommended Malaysian Air Quality Guidelines), iaitu 50μg/m3 di setiap stesen kajian antara 2004 dan 2009. Impaknya, kemerosotan kualiti udara bandar Lembah Klang akibat daripada kenderaan bermotor bukan sahaja memburukkan masalah alam sekitar bahkan turut juga memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia

    Aplikasi kerangka konseptual DPSIR USEPA bagi pencemaran udara bandar daripada kenderaan bermotor: kajian kes Kuala Lumpur, Malaysia

    Get PDF
    Pencemaran udara di Kuala Lumpur berpunca daripada kenderaan bermotor sehingga membahayakan kesihatan manusia dan kemerosotan kualiti udara. Pendekatan secara holistik dan komprehensif perlu diperkenalkan bertujuan bagi memahami dengan mendalam pengaruh, impak dan pengurusan dalam menangani isu tersebut. Kerangka konseptual Driver-Pressure-State-Impact-Response (DPSIR) oleh United State Environmental Protection Agency (USEPA) yang bersifat menyeluruh dan sistematik diaplikasi bertujuan untuk mengkaji hubungan antara aspek persekitaran fizikal dan manusia dalam mempengaruhi pencemaran udara bandar. Rekod daripada Jabatan Alam Sekitar membuktikan bahawa kenderaan bermotor dikenalpasti sebagai sumber utama bahan pencemar yang dibebaskan daripada peningkatan jumlah kenderaan bernotor yang berdaftar di Kuala Lumpur. Kuala Lumpur mencatatkan jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar iaitu 4,963,646 unit pada 2011 dan pernah mengalami kualiti udara tidak sihat terutama zarah terampai (PM10) yang mencatatkan purata 24 jam yang melebihi Garis Panduan Kualiti Udara Ambien Malaysia (RMAQG) iaitu sebanyak 150 µg/m3 pada tahun 2014 daripada pelbagai sumber tempatan dan jerebu rentas sempadan. Kemerosotan kualiti udara secara langsung mengakibatkan masalah pernafasan dan penyakit akut yang serius dalam kalangan penduduk Kuala Lumpur. Aplikasi kerangka konseptual DPSIR sangat penting kepada pihak pembuat dasar dan keputusan dalam usaha pengawalan dan pengurangan impak negatif pencemaran trafik melalui pelaksanaan pelbagai langkah dan implementasi strategi untuk mewujudkan persekitaran mampan pada masa akan datang

    Perbandingan kualiti udara antara tahun 2002 dan 2003 di kawasan padi sewaktu pembakaran jerami di Mergong, Kedah (Comparison of air quality between 2002 and 2003 in the area during the burning of rice straws in Mergong, Kedah)

    Get PDF
    Pembakaran jerami padi yang lazimnya dilakukan pada bulan Mac sering menyebabkan pencemaran udara berlaku di jelapang padi sekitar Alor Star, Kedah. Ia dibuktikan dengan Indeks Pencemar Udara (IPU) setiap jam yang melebihi nilai 70 pada bulan Mac 2002. Selain itu, berlaku juga peningkatan bahan pencemar udara lain saperti karbon monoksida (CO), sulfur dioksida (SO2) dan zarah terampai (PM10) yang dilepaskan ke udara. Contoh perbandingan kualiti udara antara Mac 2002 dan Mac 2003 menunjukkan kepekatan tertinggi gas CO adalah 1.03 ppm pada tahun 2003 berbanding 1.43 ppm pada tahun 2003. Kepekatan zarah terampai PM10 tertinggi pula adalah 208 ,g/m3 pada tahun 2003 berbanding 312 ,g/m3 pada tahun 2002. Bagi gas pencemar SO2 kepekatan maksimum pada tahun 2002 adalah sebanyak 0.013 ppm berbanding 0.006 ppm pada tahun 2003. Malah, hasil ujian t untuk dua sampel dengan anggaran sama varians turut menyokong keadaan tersebut. Terdapat perbezaan yang ketara bagi gas pencemar SO2 yang dilepaskan ke udara bagi tempoh masa 24 jam bagi kedua-dua tahun. Bagaimanapun, ujian t bagi tempoh masa harian tidak menunjukkan perbezaan yang ketara untuk gas pencemar dan zarah teramp
    corecore