3 research outputs found

    Konsep Bandar Selamat: Kronologi dan Pelaksanaan di Sabah

    Get PDF
    Pelakuan jenayah berlaku di kebanyakan bandar di dunia. Masalah ini semakin kompleks dan sukar dibendung. Konsep Bandar Selamat (KBS) atau (Safe City) diperkenalkan bagi menbendung permasalahan jenayah sekaligus meningkatkan kesejahteraan dan keselamatan penduduk bandar. Di Malaysia, pelaksanaan KBS pada tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) dengan menggariskan sebanyak 23 langkah pencegahan jenayah di peringkat awal pelaksanaannya melalui 3 strategi utama iaitu melalui (i) rekabentuk persekitaran fizikal, (ii) memperkasakan kawasan sasaran dan kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan (iii) kempen kesedaran. Namun begitu, KBS telah ditakrifkan dan distrukturkan semula pada tahun 2010. Di Sabah, KBS telah dilancarkan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kemudiannya diperluaskan ke daerah lain di Sabah seperti daerah Tawau dan Sandakan. Kertas kerja ini cuba mengetengahkan Bandar selamat dari aspek pentakrifan Bandar Selamat, latar belakang pengenalan dan kronologi pelaksanaanya di Malaysia juga di Sabah dengan lebih terperinci

    Kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah dalam program bandar selamat mengikut perspektif keruangan di Sabah : tinjauan lokal

    Get PDF
    Masalah pelakuan jenayah banyak melanda di kebanyakan bandar utama seluruh dunia kerana dipengaruhi oleh faktor perbandaran. Usaha mengurangkan kadar jenayah di kawasan bandar telah membawa kepada pelaksanaan program bandar selamat di Malaysia. Dalam konteks Sabah, pelaksanaan program bandar selamat telah dilaksanakan pada tahun 2010 dengan melibatkan tiga buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Densiti penduduk yang tinggi dan kepelbagaian prasarana dibangunkan dari aspek ekonomi dan sosial berbanding daerah-daerah lain menjadikan ketiga-tiga daerah ini menjadi tumpuan pelakuan jenayah bandar yang melibatkan etnik lokal mahupun warga asing. Makalah ini membincangkan aspek kesesuaian pelaksanaan langkah-langkah bandar selamat dengan merujuk kepada aspek keruangan bandar yang melibatkan tiga strategi utama. Pendekatan yang digunakan adalah secara kutipan data lapangan melalui edaran borang soal selidik yang melibatkan 1500 orang responden, temubual mendalam bersama responden dan pegawai yang bertanggungjawab serta pemerhatian secara langsung. Hasil kajian menunjukkan kesesuaian langkah bagi strategi mereka bentuk persekitaran fizikal adalah pada langkah pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor dan kawalan tanaman landskap di laluan pejalan kaki, strategi memperkasakan kawasan sasaran adalah melalui penggunaan cermin keselamatan dan pencahayaan serta strategi melalui kegiatan sosial, kemasyarakatan, pendidikan dan kesedaran awal pula adalah dengan kaedah meningkatkan rondaan kawasan perumahan dengan nilai min masing-masing (4.39), (4.55) dan (4.50). Secara keseluruhannya, ketiga-tiga strategi pelaksanaan konsep bandar selamat yang diketengahkan dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif di ketiga-tiga kawasan kajian

    Tinjauan tahap persepsi pelaksanaan 15 langkah bandar selamat yang membantu meningkatkan keselamatan wanita daripada pelakuan jenayah di ruang awam Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Aspek keselamatan diri merupakan kebimbangan utama golongan wanita apabila berada di kawasan bandar. Hal ini kerana, wanita merupakan golongan yang sering menjadi mangsa bagi pelakuan jenayah yang biasanya berlaku di ruang awam bandar seperti di jalanan, taman, semasa menaiki pengangkutan awam, di sekolah, di tempat kerja, di dalam tandas awam atau di kawasan kejiranan mereka sendiri. Bagi mengurangkan masalah pelakuan jenayah yang semakin kompleks serta bagi menjaga kesejahteraan penduduk, maka konsep Bandar Selamat mula diperkenalkan dan dilaksanakan di peringkat dunia oleh UN-Habitat pada tahun 1996. Di Malaysia, konsep ini mula diperkenalkan sejak tahun 2004 di bawah tanggungjawab Jabatan Perancangan Bandar dan Desa dan telah memperkenalkan 15 Langkah Program Bandar Selamat pada tahun 2010. Justeru, kertas kerja ini bertujuan meneliti tahap persepsi wanita terhadap pelaksanaan 15 langkah Bandar Selamat yang benar-benar membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah di ruang awam, Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 300 orang responden wanita yang bekerja di sekitar kawasan kajian di pusat Bandaraya Kota Kinabalu terlibat dalam kajian in. Sumber data primer diperolehi melalui kaedah tinjauan borang soal selidik. Hasil kajian mendapati kesemua langkah Bandar Selamat yang dilaksanakan sememangnya dipersetujui oleh golongan ini dalam membantu meningkatkan keselamatan mereka daripada pelakuan jenayah namun 2 langkah paling dominan yang dikenalpasti adalah langkah ke-9 pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di premis perniagaan dan tempat awam serta langkah ke-10 iaitu pencahayaan dalam strategi 2 Langkah Bandar Selamat: Memperkasakan kawasan sasaran
    corecore