1 research outputs found
Minat dan persepsi murid Melayu daripada keluarga sosioekonomi tinggi di sebuah sekolah antarabangsa terhadap pembelajaran bahasa Melayu
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dalam konteks pendidikan di Malaysia. Di sekolah
antarabangsa, Bahasa Melayu ialah bahasa kedua kepada murid-murid warganegara Malaysia yang belajar
di sekolah antarabangsa tersebut. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meneroka minat murid pembelajaran
Bahasa Melayu dalam murid kaum Melayu yang datang daripada keluarga sosioekonomi tinggi (Top 20-
T20) di belajar di sebuah sekolah antarabangsa. Seramai tiga orang murid keluarga T20 dijadikan peserta
kajian. Ketiga-tiga peserta kajian berumur 11 tahun dan kesemua mereka ialah murid lelaki. Kajian
kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual dan analisis dokumen. Data temu bual dianalisis secara
bertema. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid T20 ini tidak berminat belajar Bahasa Melayu.
Mereka beranggapan Bahasa Melayu tidak penting dan membosankan. Ibu bapa murid Melayu T20 tidak
ada masa, sibuk bekerja, tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sebaliknya bertutur bahasa Inggeris di
rumah. Implikasi daripada kajian ini ialah Bahasa Melayu tidak penting bagi murid-murid yang belajar di
sekolah antarabangsa, termasuk dalam kalangan murid kaum Melayu. Faktor sosioekonomi murid yang
datang daripada keluarga T20 banyak mempengaruhi penggunaan Bahasa Melayu, terutamanya di rumah.
Oleh itu, guru-guru Bahasa Melayu yang mengajar di sekolah antarabangsa perlu mempelbagaikan kaedah
pengajaran mereka agar murid-murid T20 ini berminat, berasa seronok dan bermotivasi untuk belajar
Bahasa Melayu. Sikap negatif mereka terhadap Bahasa Melayu yang dianggap tidak penting dan
membosankan perlu diatasi melalui pengajaran yang kreatif dan menyeronokkan