3 research outputs found
Pola pertembungan bahasa dalam komunikasi berbahasa Melayu oleh penutur natif Iban
Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan beberapa perkara menarik berkaitan pertembungan bahasa pertama (Bahasa Iban) dan bahasa kedua (Bahasa Melayu) yang wujud ketika penutur Iban berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard.Penelitian ke atas realisasi vokal bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur Iban dikaji menerusi analisis spektrograf.Perbandingan pola akustik vokal ketika subjek berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Melayu menyerlahkan beberapa fenomena yang unik tentang fenomena pertembungan bahasa.Kajian ini mendapati bahawa wujud kecelaruan berkomunikasi (yang wujud dalam realisasi vokal tertentu) secara bipolar iaitu gangguan bahasa ibunda-tulin (GBIt) dan pencairan dua sistem (PDS) (i.e. kerancuan antara bahasa pertama dan kedua).Pola GBIt lebih bersifat fenomena konvensional dalam konteks pertembungan antara bahasa pertama dan kedua, manakala pola PDS adalah isu baru dalam kajian seperti ini. Pola PDS, bahkan, didapati lebih dominan wujud dalam data kajian ini berbanding dengan pola GBIt. Pola PDS ini juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu Sistem Pertengahan, Generalisasi Terlampau-besar dan Generalisasi Terlampau-kecil.Penemuan kajian ini memberi implikasi yang signifikan terhadap kajian tentang pertembungan bahasa, khususnya, terhadap pemahaman kita tentang aspek kerancuan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, di samping persepsi umum tentang bahasa serumpun Iban-Melayu serta perkembangan metod penelitian bahasa berasaskan teknologi makmal
Pemerian akustik plosif Bahasa Iban berasaskan kaedah analisis spektrograf
Sorotan kosa ilmu menunjukkan bahawa kajian-kajian fonologi BIb yang menggunakan fonetik akustik (analisis spektrograf) sebagai pendekatan kajian adalah sangat terbatas.Makalah ini, justeru, berusaha meneliti realisasi fonetik bunyi plosif bahasa Iban. Ujian Pengujaran melibatkan seramai 41 orang penutur natif berbangsa Iban. Penelitian ini menggunakan pendekatan fonetik akustik iaitu analisis spektrograf ciri-ciri akustik plosif bahasa Iban yang hadir di posisi awal kata. Parameter bagi semua spektrogram dalam kajian ini ditetapkan dengan nilai standard iaitu 0-5000
Hz bagi julat frekuensi, 1 saat bagi kepanjangan tetingkap (Window Length) dan 60 dB bagi julat daya gerakannya.
Pengukuran nilai VOT dilakukan dengan meletakkan kursor pada jaluran menegak yang menandakan kehadiran ledakan bunyi yang dirujuk sebagai Transient Burst of Noise. Hasil analisis akustik menyerlahkan realisasi fonetik yang dimiliki oleh plosif tak bersuara dan plosif bersuara bahasa Iban. Dapatan menunjukkan bahawa bunyi plosif bahasa Iban berada dalam kelompok bahasa yang memiliki Masa Mula Suara (VOT) bercirikan Penyuaraan Tertunda Singkat (SVL) bagi plosif tak bersuara dan Penyuaraan Awalan (VLd) bagi plosif bersuara. Penelitian ini mendapati VOT mampu menjadi isyarat akustik yang kompeten menyerlahkan ciri-ciri akustik setiap plosif yang diteliti. Data spektrogram menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi bahasa secara spesifik dan menjadi bukti sahih dalam menjelaskan ciri-ciri bunyi kajian. Perbezaan kontras penyuaraan antara plosif tak bersuara dengan plosif bersuara ditentukan dengan kehadiran Transient Burst Of Noise dan palang suara yang menentukan sama ada VOT berkenaan bercirikan positif ataupun negatif. Kajian yang melibatkan bunyi bahasa Iban harus mempertimbangkan fonetik akustik sebagai satu pendekatan kajian kerana pendekatan seperti ini lebih bersifat saintifik dalam meneliti serta memerihalkan isu atau permasalahan yang timbul dalam kosa ilm
Penelitian akustik terhadap aspek sebutan Bahasa Melayu oleh penutur Iban
Artikel ini bertujuan memerihalkan fenomena kesalahan yang berlaku dalam sebutan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua penutur Iban. Data yang diperoleh menerusi Ujian Pengujaran oleh 20 orang pelajar Iban dianalisis menggunakan analisis spektrograf bagi menyerlahkan pola akustik bunyi bahasa sasaran. Analisis Masa Mula Suara (Voice Onset Time) ke atas bunyi bahasa sasaran iaitu plosif /p, t, k, b, d, g/ di posisi awal kata bahasa Melayu menunjukkan gangguan bahasa pertama bukanlah merupakan faktor utama kesalahan dalam sebutan bahasa Melayu. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Iban menghasilkan satu kesalahan sistem sebutan yang tidak menyerupai bahasa pertama (bahasa Iban) mahupun bahasa kedua (bahasa Melayu) dan kesalahan ini bersifat sistematik. Tegasnya, gangguan bahasa pertama bukanlah faktor utama berlakunya masalah dalam pembelajaran bahasa kedua. Kajian ini memberikan implikasi yang signifikan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa kedua di Malaysia. Tegasnya, dalam usaha memantapkan penguasaan sebutan bahasa Melayu, analisis kesalahan dalam sebutan tidak seharusnya hanya berpaksikan kepada faktor gangguan bahasa pertama sahaja