30 research outputs found

    Sekali air bah, sekali pantai berubah : evolusi kefahaman mengenai perpaduan di Malaysia

    Get PDF
    ‘Perpaduan’ ialah sebuah konsep yang telah diwar-war luas, dibincang dan dikajiselidik semenjak peristiwa konflik etnik pada 13 Mei 1969. Sebelum konsep perpaduan diperkenalkan dalam Rancangan Malaysia Kedua, 1971-75, konsep ‘kesatuan’ lebih kerap digunakan mencirikan sifat sosio-politik Malaysia. Alasan konsep perpaduan diperkenalkan selepas 1969 ialah kerana masyarakat Malaysia dianggap sudah berpecah belah dan perlu dikembalikan pada suatu keadaan yang mengamalkan perpaduan, khususnya menggunakan pendekatan perancangan pusat, atau institusi Rancangan Lima-Tahun Malaysia yang sedia ada. Untuk lima tahun pertama selepas 1969 konsep perpaduan awal bertindak sebagai satu konsep dan matlamat tunggal negara. Selepas Malaysia makmur maka ditubuhkan Majlis Konsultatif Negara pada 2013 untuk meneliti keadaan perpaduan terkini justru kemudiannya diperkenalkan konsep perpaduan bercorak tiga serangkai – perpaduan, kesepaduan dan penyatupaduan. Semenjak ditubuh kembali Kementerian Perpaduan Negara pada Mac 2020 Dasar Perpaduan Negara, Blueprint Perpaduan Negara, Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Indeks Perpaduan Nasional konsep perpaduan tiga serangkai diaplikasikan dalam dokumen berkenaan. Esei ringkas ini ialah sebuah naratif mengenai evolusi dan signifikannya konsep perpaduan dalam konteks sejarah moden Malaysia

    Malaysian Multi-Ethnic Discrimination Scale: preliminary factor and psychometric analysis

    Get PDF
    —The aims of this study were to determine the factor structure and psychometric properties (i.e., reliability and convergent validity) of the Malaysian Multi-Ethnic Discrimination Scale (MMEDS). It consists of 71-items measure experience, strategies used and consequences of ethnic discrimination. A sample of 649 university students from one of the higher education institution in Malaysia was asked to complete MMEDS, as well as Perceived Ethnic and Racial Discrimination. The exploratory factor analysis on ethnic discrimination experience extracted two factors labeled ‘unfair treatment’ (15 items) and ‘Denial of the ethnic right’ (12 items) which accounted for 60.92% of the total variance. The two sub scales demonstrated clear reliability with internal consistency above .70. The convergent validity of the Scale was supported by an expected pattern of correlations (positive and significant correlation) between the score of unfair treatment and denial of the ethnic right and the score of Perceived Ethnic and Racial Discrimination by Peers Scale. The results suggest that the MMEDS is a reliable and valid measure. However, further studies need to be carried out in other groups of sample as to validate the Scale

    Pengaruh tindakan afirmatif kepada agihan kekayaan antara etnik di Malaysia

    Get PDF
    Tindakan afirmatif merupakan mekanisme penyelesaian konflik dalam situasi ketegangan etnik dan ketidakseimbangan sosioekonomi. Di Malaysia, tindakan afirmatif dilaksanakan melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) mulai 1970 bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik melalui agihan semula ekuiti dengan matlamat 30% dimiliki Bumiputra dan 40% dimiliki bukan Bumiputra. Setelah kira-kira 40 tahun perlaksanaannya, matlamat agihan ekuiti masih gagal dicapai. Namun, adakah perlaksanaan tindakan afirmatif memberi kesan kepada agihan kekayaan bagi setiap etnik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai pengaruh tindakan afirmatif kepada agihan kekayaan antara etnik di Malaysia. Kajian ini menggunakan data ekuiti mengikut etnik bagi tempoh 1969 hingga 2012 dan diuji menggunakan pendekatan Autoregrasi Lat Tertabur (ARDL). Dapatan menunjukkan perlaksanaan tindakan afirmatif mempunyai pengaruh dalam mempengaruhi agihan kekayaan antara etnik dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Kajian juga membuktikan agihan kekayaan antara kumpulan etnik diagihkan melalui ekonomi yang berkembang dan bukannya melalui pengambilan hak milik etnik lain terutamanya etnik Cina dan dipindahkan kepada Bumiputra

    Islam and human rights in a culturally-embedded Malaysia

    Get PDF
    Perbahasan tentang Hak Asasi Manusia di Malaysia amat menarik memandangkan rakyat Malaysia merangkumi pelbagai etnik yang masingmasing mempunyai budaya tersendiri di samping nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama. Kesan-kesan budaya penjajah dan amalan keagamaan seperti Hindu, Buddha dan Islam juga sedikit sebanyak telah mencorakkan pelbagai interaksi dan gaya hidup setiap kaum. Dalam makalah ini penulis menganalisis rasional perbahasan di antara Islam dengan persoalan Hak Asasi yang berkaitan dengan orang Melayu khususnya dengan mengambil kira realiti latar belakang budaya kepelbagaian etnik rakyat Malaysi

    Ulasan Buku/Book Review - Adat politik & politik adat: Memerhati daripada jendela Rais Yatim

    Get PDF

    Rancangan Malaysia kedua: satu penilaian dan kritikan teoritis

    No full text
    Esei ini membicarakan tentang Rancangan Malaysia Kedua (RMK). Penulis menekankan bahawa RMK sebagai sebuah rencana pembangunan (atau satu pendekatan praktik terhadap persoalan pembangunan) mempunyai asas dan orientasi teoritis yang tersirat. Lalu kemudian dihuraikan beberapa pendekatan teoritis yang terdapat dalam pengajian pembangunan berasaskan klasifikasi yang dikemukakan oleh A.E. Havens. Berikutnya, dengan cara menyorot dari objektif teoritis RMK dilandaskan pada pendekatan yang dikenal sebagai Diffusionist-Equilibrium. Setelah itu dikemukakan pendapat, dengan disokong oleh beberapa data empiris, tentang bagaimana pendekatan yang sedemikian tidak berjaya membawakan pembangunan dan kemajuan kepada rakyat terbanyak. Puncanya menurut penulisnya adalah 'kesilapan' teoritis yang wujud dalam pendekatan dan orientasi itu sendiri

    Patron-client relationship in peasant society: a theoretical critique and a re-evaluation of its application to Malay peasant society

    No full text
    Keadaan hubungan patron-client yang wujud dan berfungsi dalam masyarakat tani telah diperhatikan oleh ramai sarjana sebagai hasil "jurang sosial". Pada kebiasaannya jurang ini adalah jurang fizikal yang selari dengan jurang rural-urban, dan memisahkan penduduk-penduduk kampung dengan dunia luar. Andaian mengenai perseimbangan antara ruang sosial dan geografi telah menjadi model yang popular dan terpenting bagi menghuraikan hubungan patron-client. Kertas ini mengutarakan satu kritik terhadap konsepsi seumpama itu dan sebaliknya menyarankan dua alternatif. Pertamanya tidak ada jurang dalam struktur sosial masyarakat. Apa yang memisahkan antara penduduk-penduduk kampung, dan di antara mereka dengan penduduk-penduduk dunia luar ialah perbezaan peluang bagi mengumpul harta dan memiliki kuasa yang jelas kelihatan dalam kedudukan struktur kelas ekonomi dan kekuasaan politik. Keduanya hubungan patron-client dan juga perkara-perkara yang terlibat di dalamnya ialah aspek ideologi tani di mana kedua-dua kumpulan percaya dan berpegang kepadanya sebagai satu model yang disedari. Ideologi mereka membantu untuk mengekalkan status quo yang memberikan huraian yang kuat tentang hubungan struktur. Dalam kertas ini reformulasi model patron-client ini dijelaskan dengan merujuk kepada masyarakat tani Melayu khususnya dan masyarakat-masyarakat tani yang lain umumnya

    llmu Kolonial Tunjang Pembinaan ilmu sains sosial di Malaysia: satu perbincangan kritis

    No full text

    Masyarakat Malaysia dan Alam Sosialnya

    No full text
    xvi, 148 ha

    Globalization, democracy & September 11 : a critical reflection on the Muslim response

    No full text
    corecore