4 research outputs found

    Perpustakaan Digital: Peranan Repositori Institusi Universiti Sains Malaysia

    Get PDF
    Repositori Institusi Universiti Sains Malaysia (Repository@USM) berfungsi sebagai repositori untuk menyimpan pelbagai bahan maklumat elektronik seperti artikel daripada majalah akademik, buku, tesis, kertas peperiksaan, laporan penyelidikan, gambar dan sebagainya. Repositori ini menyediakan akses percuma di seluruh dunia dan bebas digunakan untuk tujuan penyelidikan dan pembelajaran di Universiti. Ianya dapat dijadikan sebagai sumber rujukan dalam talian yang mudah, berkesan dan boleh diakses pada bila-bila masa melalui internet

    Repository@USM: Isu, Cabaran dan Kekangan

    Get PDF
    Proses pendigitalan bahan di Perpustakaan Hamzah Sendut telah bermula pada tahun 1996 dengan memberi fokus kepada kertas peperiksaan dan tesis yang menjadi permintaan utama pelajar pada ketika itu. Bagi memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna, pelbagai usaha dan inisiatif telah dilakukan dalam membuat pendigitalan bahan ini sehingga tertubuhnya repositori institusi dengan menggunakan perisian sumber terbuka eprints pada tahun 2008. Semestinya pelbagai isu, cabaran dan kekangan telah dilalui melibatkan pelbagai aspek terutama sekali dalam hal kewangan dan kemahiran.Dalam pendigitalan bahan, beberapa perkara tidak boleh diabaikan seperti metadata, kandungan, pengaksesan, penyerahan dan pemeliharaan bahan. Aspek-aspek ini perlu diteliti dan dijaga kerana keseluruhan bahan adalah harta bernilai Universiti. Selain itu isu hak cipta dan penguatkuasaan dari pengurusan tertinggi Universiti masih menjadi masalah utama sehingga hari ini. Apabila bahan boleh diakses secara dalam talian, sudah semestinya banyak perkara yang perlu dititik beratkan terutama sekali dalam meletakkan repositori ini pada kedudukan yang baik dalam Ranking Web of World Repositories yang sedikit sebanyak juga memberi kesan kepada kedudukan Universiti secara keseluruhannya dalam Webmotectrics Ranking of World Universities. Walau bagaimana pun, segala isu, cabaran dan kekangan telah membantu repositori institusi Perpustakaan ini menjadi lebih dikenali dan penggunaannya juga semakin meningkat dari semasa ke semasa

    Perpustakaan Universiti Sains Malaysia dan kesejahteraan sosial: apa peranan kami?

    Get PDF
    Kerja komuniti merupakan satu proses menghasilkan dan mengekalkan penyesuaian di antara sumber-sumber kebajikan sosial dan keperluan kebajikan sosial di dalam satu kawasan geografi atau bidang perkhidmatan yang khusus. Universiti Sains Malaysia sebagai sebuah universiti perintis berusaha untuk memperkasakan dan menonjolkan bakat masa hadapan dan mengupayakan golongan terkebawah demi mentransformasi kesejahteraan sosioekonomi ke arah perkembangan minda dan perluasan ilmu bagi peningkatan taraf pendidikan seluruh lapisan masyarakat. Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (PUSM) sebagai gedung ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam merealisasikan kesejahteraan sosial dalam masyarakat. Pembudayaan membaca sebagai satu mekanisme utama untuk meningkatkan ilmu amat sinonim dengan perpustakaan
    corecore