1 research outputs found

    Komunikasi Digital Melalui Seni Arca

    Get PDF
    Penyelidikkan ini bertujuan mengkaji siri karya seni arca dengan cara menganalisa komunikasi digital melalui teknologi mobil. Teknologi mobil merupakan satu kaedah komunikasi popular di abad ke 21. Pengarca mengaplikasikan komunikasi digital melalui pelantar teknologi mobil sebagai medium dalam penghasilan karya. Penyelidikan ini menggunakan kaedah praktis studio melalui kajian yang melibatkan eksperimentasi. Justeru itu, fabrikasi bentuk menerusi modifikasi dan manipulasi menjadi teras dalam proses eksperimentasi kajian seni arca. Di Malaysia, pendekatan komunikasi digital sebagai medium adalah sangat terhad. Ini disebabkan oleh perkembangan seni arca di Malaysia adalah terkebelakang berbanding barat. Objektif penyelidikan ini adalah untuk mengembangkan komunikasi digital merentasi media dalam konteks seni arca dan merupakan medium baru dalam bidang seni kontemporari. Teknologi mobil merupakan keperluan bagi generasi hari ini kerana kepentingan multi fungsinya. Peranti mudah alih, pada suatu ketika dahulu dianggap sebagai barang mewah yang hanya digunakan oleh individu tertentu sahaja. Namun, kini telah menjadi gaya hidup digital dan mampu dimiliki oleh setiap golongan masyarakat tanpa mengira usia atau pun jantina. Disebalik perkembangan teknologi mudah alih ini, fungsi gajet telah menjadi begitu penting melibatkan beberapa bidang utama di dalam kehidupan. Ia mempengaruhi serta membentuk budaya komunikasi dan hiburan. Hasil kajian ini mendapati komunikasi digital dalam kontek seni arca menjelaskan kebergantugan dan interaksi manusia dengan mesin melalui gaya hidup digital. Ia merupakan suatu ekspresi terhadap aspirasi, emosi dan obsesi yang menjelaskan gaya hidup digital masa kin
    corecore