2 research outputs found

    Tahap kefahaman bahasa Arab mengikut taksonomi bacaan dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Membaca adalah satu proses kognitif untuk mencari maksud dari bahan teks yang dibaca. Proses Kognitif mempunyai enam tahap kefahaman mengikut Taksonomi Bloom. Kajian ini bertujuan; (1) untuk mengenal pasti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan pelajar melalui Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi; dan (2) untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Taksonomi sebagai alat kajian. Respon kajian ini seramai 60 pelajar tingkatan dua yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Namun, secara terperinci pula, dapatan kajian menunjukkan aras pertama Taksonomi berada pada tahap Sederhana, manakala aras selebihnya adalah pada tahap Lemah. Dari aspek Peringkat Kebolehbacaan pula, dapatan kajian menunjukkan dua aras pertama dan kedua pada Peringkat Bimbingan dan aras selebihnya pada Peringkat Kecewa. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab

    Tahap Kefahaman Bacaan Kloz dan hubungannya dengan pencapaian bahasa Arab

    Get PDF
    Membaca ialah satu proses mental yang aktif dan pembaca mentafsir aksara huruf dan perkataan menjadi makna. Membaca menjadi sedikit mencabar kepada pelajar bahasa kedua, termasuk pelajar bahasa Arab, memandangkan pembaca bahasa kedua memerlukan daya tafsiran yang lebih sedikit berbanding kemahiran membaca bahasa ibunda. Pada kebanyakan masa pula, pelajar perlu menterjemahkan dahulu perkataan Arab ke bahasa ibunda untuk memahami bahasa Arab. Kelajuan membaca bahasa kedua tidak selaju membaca bahasa ibunda. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti tahap kemahiran kefahaman bacaan teks bahasa Arab dalam kalangan murid melalui Ujian Kefahaman Bacaan Kloz, di samping mengamati hubungan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian mata pelajaran bahasa Arab. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan dengan menggunakan Ujian Kefahaman Bacaan Kloz sebagai alat kajian. Respon kajian ialah seramai 60 pelajar yang dipilih secara rawak. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap kefahaman bacaan bahasa Arab berada pada tahap Sederhana. Tahap ini menunjukkan pelajar memerlukan bimibingan untuk membaca petikan teks bahasa Arab. Mereka tidak mampu untuk membaca dan memahami secara bersendirian. Dapatan juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kefahaman bacaan dengan pencapaian bahasa Arab. Ini sekaligus menunjukkan tahap kefahaman bacaan memberi sumbangan kepada pencapaian bahasa Arab
    corecore