5 research outputs found

    The concept of accessibility in public transportation services

    Get PDF
    In the world of modernization and globalization, accessibility plays an important role in daily social activities. Public transportation also plays an important role in the movement of people from one place to another. However, the concept of accessibility has different meanings based on statements made by previous scholars based on the geographical position of a particular space. Therefore, the objective of this paper is to look at the concept of accessibility in general and the mode of public transportation services is to be looked into in particular. This study uses secondary sources to explain the concept of accessibility in general and the mode of public transportation services specifically. Among the secondary sources used in this study are journal articles, books, theses and reports. Therefore, content analysis was implemented in this study to unravel the concept of public transport accessibility in depth. The results of this study found that the concept of public transportation accessibility is influenced by several aspects such as social, economy and politic. The implications of this study can be divided into two parts namely; the implications of the body of knowledge and the implication on the view of practical points in order to contribute help to policy planners and decision-makers to better understand the concept of public transportation accessibility so that the future formulation of policies could be enacted with taking the indicator of public transportation accessibility into account

    Residents’ accessibility to public transportation services in Kota Kinabalu City, Sabah

    Get PDF
    Accessibility is the convenience of getting to a destination that uses multiple modes of transportation. One example of such mode is the public transportation. However, the public transportation is often associated with inefficiencies such as incomplete service routes. This study identifies factors that influence the accessibility of public transportation (public buses) services in Kota Kinabalu city. The study used primary data through direct observation of public buses services on several major routes to the city center. Several interview sessions were held with government agencies and bus operators and a set of survey forms were distributed to 274 respondents through the purposive sampling method. This study uses descriptive analysis such as frequency, percentage and mean values using the Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS). The results show that there are several main roads to the city center, where there is no public buses service. The three factors contributing to the buses route services are the bus operators, the demand from resident’s factors and the Local Authority factors. The average mean score indicates that the bus operator factor is the highest factor for overall route services (average mean = 3.01) followed by resident’s factor (average mean = 2.90) and Local Authority factor (average mean = 2.83). These findings help the Local Authorities and some relevant agencies to design and planning a more comprehensive public buses service policy for residents in Kota Kinabalu city

    Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu

    Get PDF
    Ketersampaian (access1b!lityJ bas awam memainkan peranan yang penting dalam membantu pergerakan penduduk dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ketersampaian bas awam di laluan-laluan utama menuju ke pusat bandar Kata Kinabalu. Sumber primer seperti borang soal selidik, pemerhatian langsung, temu bual dan gambar serta sumber sekunder seperti tinjauan literatur dan bahan-bahan daripada pihak yang bertanggungjawab digunakan untuk melengkapkan kajian ini. Teknik analisis deskriptif seperti min, min purata dan frekuensi digunakan dalam kajian ini melalui alat sokongan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 20 serta Geographic Information Systems (GIS) versi 9.3 dalam usaha untuk memetakan laluan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat kemudahan perkhidmatan bas awam ke semua laluan-laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kata Kinabalu seperti di laluan Tuaran, Sepanggar, Inanam, Bukit Padang, Tanjung Aru, Putatan dan Penampang dengan kekerapan bas sebanyak lebih dari 100 buah bas bermula dari pukul lapan pagi hingga lima petang. Waiau bagaimanapun kesemua laluan tersebut mempunyai permasalahan yang perlu diatasi untuk meningkatkan kecekapan ketersampaian bas awam seperti persekitaran pengangkutan awam yang tidak kondusif dan kekurangan street furniture dalam abad ke 21 di Bandaraya ini. Semestinya, ia memberi kesan kepada pengguna apabila pengguna berhajat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam. Terdapat juga laluan yang tiada kemudahan bas awam menuju ke pusat bandar Kota Kinabalu seperti di laluan Tuaran By Pass dan Lintas. Antara faktor penyebab kepada ketiadaan bas awam di laluan tersebut adalah faktor dalaman seperti pengusaha bas awam yang tidak konsisten dan Pihak Berkuasa Tempatan serta faktor luaran seperti sosioekonomi penduduk yang tinggal di kawasan tersebut. Faktor dalaman iaitu pengusaha bas merupakan faktor utama yang menyebabkan keadaan sedemikian berlaku. Natijahnya, situasi ini memberi kesan negatif terhadap penduduk setempat di laluan tersebut seperti kesan kepada kos, masa dan alternatif pengangkutan lain yang terpaksa digunakan oleh penduduk yang tidak mempunyai akses untuk menggunakan bas awam. Oleh itu, hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kata Kinabalu pada masa akan datang

    Ketersampaian penduduk terhadap perkhidmatan pengangkutan awam di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Ketersampaian merujuk kepada kemudahan untuk menuju ke sesuatu destinasi menerusi penggunaan pelbagai mod pengangkutan. Salah satunya adalah pengangkutan awam. Namun mod ini seringkali dikaitkan dengan ketidak berkesanannya seperti laluan perkhidmatan yang tidak menyeluruh terhadap beberapa laluan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi ketersampaian perkhidmatan pengangkutan awam (bas awam) di Bandaraya Kota Kinabalu. Kaedah kajian menggunakan data primer menerusi pemerhatian langsung terhadap perkhidmatan bas awam di beberapa laluan utama ke pusat Bandaraya. Beberapa sesi temu bual diadakan bersama agensi kerajaan dan pengusaha bas serta satu set borang kaji selidik diedarkan kepada 274 responden menerusi kaedah pensampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan dan nilai skor min dengan menggunakan alat analisis Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS). Hasil kajian menunjukkan terdapat beberapa jalan utama yang menghala ke pusat bandar tidak menerima perkhidmatan bas awam. Tiga faktor yang menyumbang kepada perkhidmatan laluan bas iaitu faktor pengusaha bas, faktor permintaan penduduk dan faktor Pihak Berkuasa Tempatan. Menerusi skor min purata menunjukkan faktor pengusaha bas adalah faktor tertinggi terhadap perkhidmatan laluan yang tidak menyeluruh, diikuti oleh faktor penduduk dan faktor Pihak Berkuasa Tempatan. Penemuan ini dapat membantu Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa agensi berkaitan untuk merangka dan merancang polisi perkhidmatan bas awam yang lebih menyeluruh kepada penduduk khususnya di Bandaraya Kota Kinabalu

    Aksesibiliti pengangkutan awam (bas) di Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

    Get PDF
    Aksesibiliti pengangkutan awam merupakan satu indikator penting dalam mengukur perancangan pengangkutan dan juga turut memainkan peranan penting dalam pergerakan penduduk khususnya di sesebuah bandar. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti kekerapan dan mod perkhidmatan bas awam yang menggunakan laluan utama untuk ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Sumber primer melalui pemerhatian langsung di lokasi kajian dan temu bual mendalam secara berstruktur diaplikasikan dalam penyelidikan ini untuk mendapatkan data kekerapan bas awam agar aksesibiliti bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu dapat diperhatikan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kemudahan perkhidmatan bas berhenti-henti dan bas mini di kesemua laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Penemuan ini membuktikan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai aksesibiliti yang baik menerusi perkhidmatan pengangkutan awamnya. Namun, terdapat beberapa isu aksesibiliti perkhidmatan bas awam di laluan utama menuju ke pusat Bandaraya Kota Kinabalu. Antaranya ialah kekerapan perkhidmatan bas awam yang tidak seimbang pada waktu puncak dan waktu normal. Bukan itu sahaja, terdapat juga laluan utama yang tidak mempunyai perkhidmatan bas awam sama sekali dan isi ini kurang mendapat pemantauan daripada pihak yang bertanggungjawab. Secara tidak langsung, situasi ini akan memberi kesan kepada aksesibiliti seseorang yang ingin bergerak dari satu destinasi ke destinasi di Bandaraya Kota Kinabalu. Hasil dapatan penyelidikan ini dapat membantu pihak berkuasa untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terutamanya perkhidmatan bas awam di Bandaraya Kota Kinabalu pada masa yang akan datang
    corecore