2 research outputs found

    Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis

    Get PDF
    Pada tahun 1996, kerajaan Malaysia mensasarkan kadar peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains berbanding sastera pada nisbah 60:40. Sehingga tahun 2012, peratusan penyertaan pelajar dalam aliran sains tidak pernah mencapai 60% malahan berlaku trend penyusutan yang membimbangkan. Sehingga kini, terdapat banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada senario ini. Sehubungan itu, satu kajian analisis sorotan tesis telah dijalankan ke atas 344 tesis peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran yang telah dilakukan di sembilan buah IPTA bagi tempoh 2001-2010. Tujuan utama kajian ini adalah untuk merumuskan faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang utama kepada kekurangan penyertaan pelajar dalam aliran sains di negara ini dan seterusnya mencadangkan tindakan yang perlu diambil untuk memperbaiki ketidakseimbangan ini. Kajian mendapati bahawa ramai pelajar lepasan menengah rendah mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk meneruskan pengajian dalam aliran sains. Mereka juga mempunyai minat yang tinggi dan sikap yang positif terhadap bidang sains dan matematik. Bagaimanapun, kerisauan mengenai kesukaran pembelajaran dan tahap keyakinan akademik yang rendah dalam matapelajaran sains dan matematik dikenalpasti sebagai faktor utama menyebabkan ramai dalam kalangan mereka tidak memilih aliran sains di peringkat tingkatan empat dan ke atas. Selain itu, faktor pengajaran guru, sistem penilaian, faktor demografi dan pengurusan sekolah juga menyumbang kepada sebab mengapa pelajar kurang menyertai aliran sains. Sebanyak empat cadangan teras telah diutarakan untuk menangani masalah ini

    Faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains: satu analisis sorotan tesis

    Get PDF
    Since 1967, the government of Malaysia targeted 60:40 ratio of student participation in Science and Art subjects respectively. Until 2012, the percentage of student participation in secondary schools has never achieved the 60% target. In contrast, student achievement and participation in science stream deteriorated. Therefore, a meta-analysis study on theses highlight was conducted to identify problems faced by students, teachers and schools in the learning of mathematics and science in Malaysia. A total of 344 theses at Master and Doctorate levels from 9 universities in Malaysia which offered post-graduate education programmes were collected to determine problems faced and possible causes that led to decreasing participation of students. The study found that students had high level of interest and positive attitude towards mathematics and science. However, there were concerns among students regarding the assessments in mathematics and science subjects compared to art subjects which eventually led to students not choosing science stream. Besides that, factors such as teaching styles, family and peer influence, negative perception towards mathematics and science subjects, lack of exposure regarding opportunities for further studies and future careers had contributed to the cause of student's poor participation in science stream. Four thrusts of recommendations were tabled to address the problem
    corecore