24 research outputs found

    Effectiveness of Responsibility Model for Personal and Social Development in Physical Education

    Get PDF
    An experiment to assess the effects of the responsibility model on students' personal and social development was conducted in a school in Shah Alam, Selangor. Instruction using the specific teaching strategies served as the intervention programme, and a pre test-post test control group research design was utilised. The study involved 146 Form One students (75 males and 71 females) in four classes. The teaching of personal and social development in physical education classes used the responsibility model developed by Hellison (1985) and adapted to Malaysian physical education curriculum. It was hypothesised that the responsibility model would improve students' personal and social development and would assist students in responding to sports and non-sports related dilemmas. It was further hypothesised that gender and level of competition did not have any influence on the-students' ability to respond to dilemmas. The hypotheses of the study received significant support. Students in the experimental group improved significantly after exposure to the responsibility model. Gender and number of years in competitive sports had no effect on the ability to adapt to the responsibility model. The implication of the study showed that the responsibility model did influence students' personal and social development. Therefore, it is recommended that specific teaching strategies be used in teaching physical education so that the aim of producing students who are able to choose right from wrong and good from bad be no longer taken for granted

    Hubungan antara Kepuasan Kerja dan Kesihatan Psikologi dalam kalangan Pekerja Wanita di Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya

    Get PDF
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi dalam kalangan pekerja wanita di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Putrajaya. Borang soal selidik Job Satisfaction Survey (Spector, P. E. 1997) diguna pakai untuk mengukur lima faktor kepuasan kerja, iaitu gaji, penyeliaan, suasana pekerjaan, rakan sekerja dan kenaikan pangkat. Manakala General Health Question (Goldberg and Hillier, 1979) diguna pakai untuk mengukur tiga dimensi kesihatan psikologi, iaitu kegelisahan dan insomnia, disfungsi sosial dan kemurungan. Seramai 175 pekerja wanita di KBS terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang negatif antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi. Hasil penyelidikan ini dapat disimpulkan bahawa kepuasan kerja dan kesihatan psikologi adalah penyebab penting kepada kesihatan pekerja. Apabila pekerja berasa gembira dengan kerja mereka, mereka menjadi lebih produktif dan cenderung untuk menjadi lebih sihat. Apabila pekerja merasa tertekan dengan bebanan kerja, dan secara tidak langsung boleh mempengaruhi kesihatan mereka. Cadangan kajian adalah agar lebih banyak kajian yang dibuat dengan lebih luas dan terbuka dan pemboleh ubah lain yang mempunyai kesan terhadap kepuasan kerja dan kesihatan psikologi pekerja juga diambil kira. Sebagai contoh, hubungan antara kepuasan kerja dan kesihatan psikologi di kalangan pekerja wanita perlu dibandingkan pada kedua-dua sektor iaitu sektor kerajaan dan swasta untuk melihat perbezaan faktor kepuasan kerja dan juga faktor kesihatan psikologi dalam kalangan pekerja wanita di Malaysia yang mungkin dipengaruhi oleh faktor lain

    Different Stages of Rally Score Distinguish Performance Level in Badminton: A preliminary study

    Get PDF
    The study aimed to investigate the use of visual display badminton game rallies to determine the level of sports intelligence. Methods of this study reveal the study participants with video display real game of badminton where some strokes rally divided into several shots. The result showed expert level players led the perceptual-cognitive task among another tested group. This preliminary study could suggest that the 'software' approach in skilled performance has been heading the search for systematic differences in information processing strategies between expert and novice athletes. Keywords: perceptual-visual; prediction; decision making; video task eISSN: 2398-4287 © 2022. The Authors. Published for AMER ABRA cE-Bs by e-International Publishing House, Ltd., UK. This is an open-access article under the CC BY-NC-ND license (http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0/). Peer–review under the responsibility of AMER (Association of Malaysian Environment-Behaviour Researchers), ABRA (Association of Behavioural Researchers on Asians), and cE-Bs (Centre for Environment-Behaviour Studies), Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA, Malaysia. DOI: https://doi.org/10.21834/ebpj.v7iSI7.382

    Kesan Pengambilan Kopi Segera Berkafeina Terhadap Prestasi Larian Pecut 100m (The Effect Of Instant Coffee Consumption Towards 100m Sprint Performance)

    Get PDF
    Kopi merupakan sumber semula jadi kafeina yang boleh merangsang daya ketahanan dan kekuatan badan manusia. Namun, didapati tiada penelitian kesan ergogenik kopi segera terhadap prestasi larian pecut 100m. Maka, hubungan di antara pengambilan kopi segera terhadap masa yang diambil untuk menghabiskan larian 100m dikaji dengan mengadaptasikan konsep 1-repitasi-maksimum dalam 2 cubaan larian 100m. Sampel kajian seramai n = 6 orang atlet telah diberi sejenis minuman suplemen 30 minit sebelum larian pecut 5 hari berturut-turut diselangi 2 hari rehat selama 3 minggu. Turutan minuman adalah kopi segera dekaf (DC), air (W) dan kopi segera berkafeina (C). Masa diambil pada jarak 60m (t60m) dan 100m (t100m). Bagi memastikan dapatan kebarangkalian teguh terhadap ralat jenis I, data t100m yang tidak homogen diubahsuai menggunakan kaedah Nonparametric Levene’s Test (Diff_Rt100m). Berdasarkan analisis ANOVA satu hala, didapati ada perbezaan skor min yang signifikan untuk Diff_Rt100m (F(2,87) = 5.583, p = .005, ηp2 = .127). Selanjutnya, analisis Post-hoc data Diff_Rt100m menunjukkan perbezaan signifikan di antara skor min DC dan C untuk masa larian 100m. Didapati tiada perbezaan signifikan untuk catatan masa pada 60m. Kesimpulannya, minuman kopi segera mempengaruhi prestasi larian 100m. Namun begitu, kajian lanjut harus dijalankan untuk mengenal pasti kesan ergogenik kafeina dalam bentuk kopi segera terhadap prestasi larian 100m

    The Comparison between Different types of Cold Fluid Ingestion towards Endurance Exercise in Hot and Humid Condition

    Get PDF
    The rise in body core temperature associated with continuous exercise in hot and humid environments is known to possess a particularly stressful challenge to the maintenance of normal body temperature and fluid homeostasis. Recent evidence has shown that internal cooling methods, such as drinking cold fluids, are able to lower core temperature and enhance endurance performance in the heat. Pre-cooling (before exercise) and per-cooling (during exercise) methods were use, as ingesting cold fluids is easily implemented on site and provides additional benefit of hydration for athletes. Therefore, this study examines the effectiveness of pre-cooling and per-cooling methods on endurance exercise towards heart rate, rectal temperature, sweat rate, and power output of athletes ingesting different types of cold fluids. 3 female high-performance cyclists were asked to complete a 30km time trial on a cycle ergometer. The familiarisation and experimental sessions were identical, however application of fluid ingestion at 4-5°C before and during exercise differs (plain water = PW, Guava juice = GJ, isotonic drink = ID). Fluid is ingested every 15 minutes during the exercise sessions. As different athletes possess different work intensities, results showed that there is no significant difference on the effects of different types of cold fluid ingestion towards thermoregulation of the body as each fluid succeeded in enhancing athletes’ performance. Therefore, it is suggested that the consumption of any types of fluid at cold temperature could help in body thermoregulation as well as enhancing continuous exercise performance

    The construction of the Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI): a large scale assessment initiative / Joharry Othman...[et al.]

    Get PDF
    of a nation’s human resource is undeniable. In Malaysia, teaching has always been perceived as a financially secure and relatively easy job by many, resulting in mass application for entry into teacher education programmes. Many of those who aspire and opto to go into the teaching profession however do so regardless of their personal interests, potential, and values. Pursuing a program that does not fit a person’s personality and interest – despite initially having good academic credentials and excellent co-curricular involvement in school – may result in unsatisfactory academic performance, frustration, change of program and even withdrawal at college level. Hence, in the quest for selecting suitable teacher trainee candidates, a psychometrically sound instrument known as the Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) was developed as a screening measure to filter the large number of teacher hopefuls. This paper specifically describes the theoretical basis and the constructs of the instrument developed

    Pendekatan P-P FIT dalam proses pemilihan calon guru di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia

    Get PDF
    Pemilihan bidang kerjaya khususnya dalam bidang pendidikan menjadi semakin kompleks ketika ini ekoran terdapatnya kebolehan manusia yang pelbagai dan keperluan pelajar yang begitu kritikal selaras dengan ciri pembangunan dan pembentukan insan yang berdaya saing. Pemilihan kerjaya sesuai merupakan salah satu permasalahan terbesar remaja di Malaysia. Masalah ini meliputi masalah dalam membuat keputusan sama ada ingin menceburkan diri dalam kerjaya keguruan ataupun tidak. Amalan pemilihan sedia ada calon untuk kemasukan ke program keguruan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan pencapaian akademik, ko-kurikulum dan pilihan pelajar. Walaupun pencapaian akademik dan ko-kurikulum pelajar memenuhi syarat, namun pilihan yang dibuat oleh pelajar berkemungkinan tidak tepat dengan personaliti, minat, nilai, dan potensi sebenar diri mereka. Keadaan ini boleh membawa kepada pencapaian yang tidak memuaskan dalam pengajian, kekecewaan, pertukaran program dan penarikan diri daripada program pengajian berkenaan. Ketidakselarasan antara aspek personaliti dan minat merupakan pembaziran modal insan yang berpotensi. Keadaan ini juga merugikan universiti yang telah banyak menghabiskan masa untuk melatih pelajar. Sehubungan itu ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) yang dibangunkan berasaskan Personality-Programme Fit (P-P Fit) diharapkan dapat mengatasi permasalahan ini

    Orientasi akademik: pendekatan alternatif dalam program pendidikan guru siswazah di Malaysia

    No full text
    Artikel ini ialah satu penelitian ke atas keberkesanan pendekatan program pendidikan guru di Malaysia dalam menghasilkan guru berkesan, khususnya di peringkat praperkhidmatan. Berdasarkan tinjauan kepustakaan mengenai pendekatan program pendidikan guru yang sedia ada, kajian ini memanfaatkan orientasi konseptual pendidikan guru yang diutarakan oleh Feiman-Nemser sebagai kerangka teorinya. Dalam kelima-lima orientasi yang Feiman-Nemser kemukakan (iaitu akademik, praktikal, teknologi, peribadi dan kritikal), guru pelatih diiktiraf sebagai pemikir dan pembuat keputusan. Akan tetapi, dari segi program pendidikan guru di Malaysia, kajian ini menunjukkan bahawa program itu masih mengamalkan orientasi teknologi yang secara amnya memandang guru sebagai juruteknik. Orientasi ini menganggap guru berkesan boleh dibentuk apabila seseorang telah menguasai teknik-teknik pengajaran sedangkan untuk menjadi guru sedemikian, seseorang itu juga perlu dididik untuk menaakul secara kreatif dan kritis dalam tindak tanduknya. Di samping menghujahkan bahawa orientasi teknologi tidak sejajar dengan pandangan semasa baik dari segi mempelajari cara mengajar mahupun dari segi ciri-ciri guru berkenaan, artikel ini menganjurkan bahawa amalan dalam orientasi akademik lebih sealiran dengan kefahaman semasa tentang pengajaran, pembelajaran dan pendidikan guru

    Tahap Motivasi Pemain Bola Tampar dalam Melaksanakan Latihan Kendiri

    No full text
    Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat tahap motivasi pemain bola tampar dalam melaksanakan latihan kendiri. Seramai 65 orang pemain bola tampar yang terdiri daripada 27 orang lelaki dan 38 orang perempuan. Kesemua sampel kajian ini merupakan pemain bola tampar Kelantan dalam Daerah Kota Bharu Utara yang mana pernah mewakili sekolah untuk ke peringkat MSSD Kota Bharu 2020/2021. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan soal selidik Task and Ego Orientation in Sport Questionnaire (TEOSQ) yang terbahagi kepada dua subskala iaitu subskala tugasan (7 item) dan subskala ego (6 item). Hasil dapatan kajian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap motivasi pemain bola tampar lelaki dan perempuan dalam melaksanakan latihan kendiri bagi dalam Daerah Kota Bharu Utara yang pernah mewakili sekolah ke peringkat MSSD Kota Bharu 2020/2021. Oleh yang demikian dapat disimpulkan bahawa tahap motivasi pemain bola tampar lelaki dan perempuan tidak mempengaruhi latihan kendiri yang dilaksanakan oleh kedua-dua kumpulan pemain tersebut
    corecore