41 research outputs found

    Perkembangan Pasaran Modal Islam Dalam Pembangunan Ekonomi Negara

    Get PDF
    Selepas keruntuhan Sistem Ekonomi Sosialisme, kemunculan Sistem Ekonomi Islam semakin bersemarak dan diiktiraf oleh cendekiawan Islam dan bukan Islam. Institusi Perbankan Islam, Insurans Islam dan Pajak Gadai Islam (al-Rahnu) sudah tidak asing lagi. Satu bidang penting untuk pelaburan ialah Pasaran Modal Islam yang telah mula diperkenalkan sejak hampir dua dekad yang lalu namun masih belum dieksploitasi semaksimum mungkin. Dengan beberapa ciri dan pelbagai kelebihan yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam secara umum dan Pasaran Modal Islam secara khusus berbanding dengan pasaran modal yang sedia ada, sudah seharusnya Pasaran Modal Islam mampu untuk menjadi alternatif terbaik kepada pengumpulan dana yang besar bagi kemajuan dan pembangunan ekonomi negara

    Speculation: the Islamic perspective; a study on Al-Maisir (gambling)

    Get PDF
    Speculation is ineluctable. Every business transaction, including ancient barter systems, involves, to a certain extent, some aspect of speculative judgement due to human nature's striving for a better future. This article discusses the Islamic perspective on speculation with a special focus on the stock exchange. In particular, Al-Maisir (gambling) is examined in order to clarify the matter for readers interested in the subject

    EXPLORING AL -FAUZ AL KABIR’S FIVE THEMATIC ANALYSIS OF THE QURAN: A PERSPECTIVE FROM SHAH WALI ALLAH AL-DEHLAVI

    Get PDF
    Purpose: This study explores the contribution of Shah Wali Allah al-Dehlavi’s work on the Quran to classify it into five categories (themes) using a qualitative methodology known as thematic analysis in today’s world of research, in his book Al-Fawz al-Kabir. This paper is an attempt to show the contributions of Muslim scholars in the world of research by introducing the research methodology which is used even in today’s modern world. Methodology: A qualitative comparative analysis was employed by reviewing both the approaches such as Thematic Analysis and the approach applied by Shah Wali Allah to find five sciences. Main Findings: The result showed that both research approaches are similar. This study concludes that [our] classical scholars have formulated and used the research methodologies which may be applicable and relevant to the current research paradigms. Applications: This article can be used as a gateway by academics to review and analyze the work of Islamic classical scholars specifically their research techniques to derive new research methodologies. Novelty/Originality: The work of Shah Wali Allah (SWA) on the Quran to find out the relationship between the research methodology employed by SWA and the Thematic Analysis has been studied

    Persepsi masyarakat parlimen Pekan terhadap gagasan 1Malaysia

    Get PDF
    Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat yang berbilang etnik, kaum dan agama. Perbezaan ini memerlukan kepada satu gagasan yang mampu mengeratkan hubungan sedia ada. Justeru, pihak kerajaan melancarkan gagasan 1Malaysia dengan matlamat meningkatkan tahap hubungan sedia ada. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui sejauh manakah penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan, mengetahui halangan dan cabaran dalam merealisasikan gagasan 1Malaysia, mengenal pasti medium yang efektif dalam proses penyampaian gagasan 1Malaysia ke akar umbi dan menghasilkan model yang komprehensif untuk memajukan gagasan 1Malaysia. Bagi mencapai objektif kajian tersebut, kumpulan penyelidik telah menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif iaitu menggunakan instrumen soal selidik dan temu bual. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS dan N’Vivo 8.0. Dapatan kajian ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia berada pada tahap yang tinggi. Kajian ini memberi manfaat kepada banyak pihak terutama pihak kerajaan dalam usaha memajukan gagasan 1Malaysia dan meningkatkan keharmonian hubungan antara kaum di negara ini

    Mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan akhlak

    Get PDF
    Budaya dan tamadun memainkan peranan penting dalam mencorakkan rupa bentuk sesuatu bangsa atau masyarakat. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan peradaban Islam masa silam lahir daripada bangsa yang mempunyai jati diri dan berpegang teguh terhadap ajaran Islam. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan konsep budaya dan tamadun serta pandangan Islam terhadap kelangsungan budaya dan tamadun umat. Seterusnya perbincangan berkaitan pengaruh-pengaruh terhadap perubahan budaya khususnya budaya Melayu menyediakan satu kerangka kepada pembinaan budaya Niaga Melayu-Islam yang perlu diperkasakan. Perkara ini telah terbukti semasa zaman kegemilangan tamadun Islam di Alam Melayu. Penguasaan umat Melayu dalam perdagangan adalah satu bukti menunjukkan peranan tamadun Islam dalam mempengaruhi perkembangan ekonomi dan perdagangan yang sangat signifikan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini budaya ilmu yang menjadi teras kepada kekuatan tamadun Islam perlu diperkukuhkan dalam kalangan masyarakat Melayu termasuk golongan peniaganya. Sungguhpun begitu penguasaan terhadap budaya ilmu termasuk yang berkaitan dengan perkembangan ICT terkini perlu berteraskan akhlak Islam yang akan membentuk sikap keusahawanan yang beretika dalam kalangan usahawan Bumiputera-Muslim. Oleh yang demikian usaha berterusan melalui pendidikan formal dan tidak formal perlu diperkasakan bagi merealisasikan hasrat mengembalikan kegemilangan tamadun Melayu-Islam melalui pemupukan budaya niaga yang berakhlak

    Budaya usahawan berjaya

    Get PDF
    Bidang keusahawanan dan perniagaan merupakan satu bidang yang dipandang mulia oleh ajaran Islam. Di samping ianya merupakan satu bentuk ibadah kepada Tuhan, bidang ini juga turut menjanjikan pulangan yang tinggi serta merupakan satu sumber rezeki terbaik dibandingkan dengan sumber pendapatan lain. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merupakan model usahawan yang sangat berjaya bukan hanya di peringkat domestik tetapi juga merentasi sempadan negara lain sebelum baginda diutuskan menjadi pembawa risalah agama Islam. Kejayaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai seorang usahawan yang ditunjukkan melalui sikap gigih, dedikasi, sabar, dan amanah merupakan contoh terbaik untuk diikuti oleh usahawan muslim pada masa kini. Sehubungan itu, ajaran Islam menekankan proses pembentukan usahawan muslim yang berjaya namun dalam masa yang sama berpegang teguh kepada ajaran Islam. Justeru, pendidikan sepanjang hayat (life long learning) perlu diberi penekanan dalam proses pembentukan usahawan muslim berjaya. Buku ini sesuai digunakan sebagai rujukan, panduan, dan bahan bacaan oleh para usahawan, bakal usahawan, pakar motivasi keusahawanan, ahli akademik, ahli politik, dan para pelajar di institusi pengajian tinggi serta sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam bidang keusahawanan
    corecore