892 research outputs found

    Pembelajaran bahasa Arab Di Universiti Malaysia Sabah: persepsi pelajar bukan Islam

    Get PDF
    Kertas kerja ini disediakan untuk melihat dan meneliti pelajar-pelajar bukan Islam terhadap pembelajaran bahasa Arab di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, UMS. Mereka terdiri dari pelbagai etnik serta kaum seperti China, India, Kadazandusun, Sino kadazan, Iban, Kayan, Melanau, Rungus dan sebagainya. Mereka langsung tidak mempunyai asas bahasa Arab sebelum memasuki UMS sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Mereka dianggap sebagai pelajar minoriti mempelajari bahasa Arab, kerana majoriti pelajar yang mempelajari bahasa adalah pelajar Islam yang sudah menjadi kelaziman di mana-mana institusi pengajian tinggi di Malaysia

    Analisis Al-Maf’ul Al-Mutlaq dalam surah–surah Al-Mufassal: satu kajian kemukjizatan linguistik al-quran

    Get PDF
    Korpus kajian ini melibatkan dua dimensi iaitu dimensi agama dan dimensi linguistik. Dimensi agama dapat dijelaskan melalui penglibatan al-Quran yang mendasari kajian ini. Sementara dimensi linguistik dapat dikesan melalui pengaplikasian bahasa Arab yang merupakan medium al-Quran itu sendiri. Salah satu elemen tatabahasa bahasa Arab dalam gugusan “akusatif� (al-Mansubat) iaitu al-Mafcul al-Mutlaq (absolute accussive) dipilih sebagai wacana kajian bagi membuktikan bahawa kemukjizatan linguistik al-Quran bukan sahaja terletak pada keunggulan retorika dan seni sasteranya, namun ianya bermula daripada keunggulan pembentukan sistem sintaksis (al-Tarkib) dan morfologinya (al-sarf). Bagi menjelaskan fenomena ini, surah-surah al-Quran dari ketegori al-Mufassal iaitu bermula dari surah Qaf hingga surah al-Nas dianalisis secara induktif bagi mendapatkan data-data yang relevan dan signifikan untuk mengesan aspek-aspek kemukjizatan yang terkandung dalam pembentukan sintaksis dan pola morfologi elemen al-Mafcul al-Mutlaq. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan teknik analisis dokumen dan kajian keperpustakaan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat kesignifikanan di antara pengaplikasian elemen al-Mafcul al-Mutlaq dengan jenis-jenis ayat al-Quran yang terdiri daripada ayat-ayat al-Makkiyyah dan al-Madaniyyah, dan terdapat juga kesignifikanan penggunaan al-Mafcul al-Mutlaq dalam surah-surah al-Mufassal dalam al-Quran yang dapat membuktikan bahawa skop kemukjizatan linguistik al-Quran dapat diperhati dan diteliti dalam sistem-sistem yang lebih kecil seperti sistem fonologi, morfologi dan sintaksisnya yang mendasari pembentukan dan kewujudan unsur-unsur wacana dan primasastera al-Quran yang sememangnya menjadi icjaz yang mencabar kelemahan dan kekurangan setiap yang mencabarnya dalam alam linguistik

    Asas Bahasa Arab 2

    Get PDF

    Aplikasi Lughat al-Faṣl dalam pengajaran Bahasa Arab using Lughat al-Faṣl in teaching Arabic language

    Get PDF
    Penggunaan bahasa Arab dalam proses pengajaran adalah penting bagi memahirkan murid berbahasa. Persekitaran berkomunikasi bahasa Arab yang baik boleh diwujudkan melalui aplikasi Lughat al-Faṣl secara ekspresif dan berkesan. Lughat al-Faṣl ialah perkataan atau ungkapan mudah yang mengandungi arahan, soalan, peneguhan dan larangan dalam Bahasa Arab yang selalu digunakan oleh guru sebagai bahasa perantaraan menyampaikan isi kandungan pelajaran ketika berinteraksi dengan murid dalam kelas. Kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru dan halangan yang dihadapi dalam mengaplikasi Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab di sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini juga mengetengahkan beberapa langkah dan cadangan untuk memperbaiki amalan Lughat al-Faṣl guru dan mengatasi halangan interaksi lisan tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pemerhatian dan protokol temu bual sebagai instrumen kajian. Peserta kajian terdiri daripada empat orang guru bahasa Arab sekolah rendah. Pemerhatian ke atas pengajaran guru dilaksanakan bagi mengenal pasti jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru. Manakala temu bual pula dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan halangan aplikasi Lughat al-Faṣl semasa melaksanakan PdP. Penganalisisan data dilakukan dengan membuat transkrip pengajaran dan temu bual berdasarkan rakaman yang dibuat. Hasil kajian mendapati terdapat tujuh jenis Lughat al-Faṣl yang digunakan guru dan mengenal pasti beberapa halangan yang dihadapi oleh guru ketika mengaplikasikan Lughat al-Faṣl dalam PdP Bahasa Arab termasuk halangan dari segi personaliti dan sikap guru, kelayakan guru dan persekitaran komunikasi bahasa Arab. Dapatan dari pemerhatian dan temu bual juga telah mencadangkan beberapa cara penyelesaian untuk guru mengatasi semua halangan tersebut

    Gaya Bahasa Al-Tawkid daripada Perspektif Nahu dan Balaghah Arab

    Get PDF
    This article expounds narratively the description of al-Tawkid element and its role in Arabic language and prime literature. Discussion concerning al-Tawkid is not only limited to the debate in Arabic grammatical knowledge; it also crosses the Arabian socioculture itself which is manifested through rhetorical authority (balaghah) and its literature (adab). The function and implication of al-Tawkid in Arabic language and culture have placed the language style (uslub) in a class of its own. The outcome of discussion in this article found that Arabic language and culture do not only describe al-Tawkid in daily discourse, but it also undertakes the aura of intellectuality and personal perseverance of the Arab nation in the stage of sustainable physics and linguistics. Look at how they express assertiveness in perceiving a certain thing which becomes an ambition or a thrust in everyday life; not only through grammar al-Tawkid al-Lafziyy or al-Ma'nawiyy alone, yet it extends over other grammatical elements such as al-Qasm (oath), al-Maf‘ul al-Mutlaq (extreme accusative), zarf al-Zaman (Position of Time), al-Nida' (summon), al-Badal (Substitution), al-Na'at (adjective) and so forth. Similarly, when searching through a treasure of literature in which stores various lines and strains of very fascinating and impressive Arabic prime literature; one of them involves the use of language style al-Tawkid in literary expressions by Arabian writers, such as al-Mubulaghah (Hyperbole), al-Itnab (Elaboration), al-Taqdim wa al-Ta’khir and et cetera. Hence, it is not surprising that al-Quran al-Karim is rich with messages concerning assertion and reinforcement of the verses of Allah SWT that uses language style al-Tawkid of the version of Arabic language and culture which lifts its prestige at once to the most honorable position in the world and hereafter

    Bahasa Arab dalam Ibadah: Satu Kajian Kefahaman Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    Get PDF
    Bahasa Arab adalah antara bahasa tertua dan digunakan sebagai bahasa urusan rasmi, keagamaan, pendidikan dan bahasa pertuturan seharian. Dianggarkan lebih dari 422 juta orang penutur bahasa Arab di seluruh dunia. Pada masa kini, penggunaan dan pembelajaran bahasa Arab semakin berkembang luas di seluruh dunia. Malaysia turut terlibat dalam perkembangan ini kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat Melayu amnya dan umat Islam khasnya. Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Arab dalam ibadah seharian. Ia bertujuan untuk menguji kefahaman pelajar kursus bahasa Arab, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Kota Kinabalu terhadap bahasa Arab yang digunakan dalam ibadah solat lima waktu. Kajian ini juga menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian lapangan dengan mengedarkan sebanyak 100 set soal selidik kepada pelajar. Data dan maklumat terkumpul dianalisis menggunakan SPSS Ver. 17 serta dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah. Hasil kajian ini dapat menambah pemahaman tenaga pengajar, pelajar kursus bahasa Arab khasnya serta masyarakat amnya terhadap kepentingan memahami bahasa Arab yang digunakan ketika solat. Kajian ini membuktikan dengan memahami setiap bacaan dalam solat akan menambah kekhusyukan dalam ibadah

    Tahap penguasaan literasi bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Sabah

    Get PDF
    Kemahiran literasi menjadi satu kemahiran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh seseorang individu terutamanya masyarakat awam di Sabah. Kemahiran mengenal atau celik huruf inilah yang dikenali sebagai kemahiran literasi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan literasi bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Sabah. Metod kajian adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data yang dibuat melalui edaran soal selidik, temu bual bersama responden yang terdiri daripada pengajar dan pelajar terpilih, serta pemerhatian dalam kelas iaitu ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bahasa Arab dijalankan. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan bahasa Arab adalah sederhana dengan bacaan skor min 3.39. Kajian ini akan memberi manfaat kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memperkemas dan memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Sabah

    Jenis-jenis seni kaligrafi Arab sebagai hiasan di masjid-masjid daerah di Sabah

    Get PDF
    Seni kaligrafi Arab atau seni khat adalah khazanah tertua di dunia yang dimiliki oleh umat Islam. Sejarah telah membuktikan perkembangannya seiring dengan perkembangan tamadun Islam yang mempunyai kedudukan tinggi dan mulia berikutan hubung kaitnya dengan ayat al-Quran. Masyarakat Islam di Sabah masih kurang mengetahui jenisjenis seni kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid di negeri ini. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis-jenis kaligrafi Arab yang menghiasi masjid-masjid daerah di Sabah. Kajian lapangan dijalankan seperti mengunjungi masjid-masjid dan mengambil gambar seni kaligrafi Arab menggunakan kamera yang kemudiannya dianalisis secara kualitatif dan kuantitatif. Sebanyak 17 buah masjid daerah yang telah dikaji. Antara jenis-jenis kaligrafi atau khat utama yang dikenal pasti dalam masjid-masjid tersebut ialah Khat Thuluth (94.1 peratus), Khat Nasakh (5.8 peratus), Khat Dīwānī (5.8%) dan Khat Kūfī (5.8 peratus). Selain itu, terdapat juga khat tambahan seperti khat Ruq‘ah/Riq‘ah dan Khat Fārisī. Hasil kajian ini berjaya mencapai objektif yang dinyatakan dan pengetahuan jenis-jenis kaligrafi yang diperoleh dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat Islam di Sabah

    Use of Twitter in Neurology: Boon or Bane?

    Get PDF
    Twitter is a free, open access social media platform that is widely used in medicine by physicians, scientists, and patients. It provides an opportunity for advocacy, education, and collaboration. However, it is likely not utilized to its full advantage by many disciplines in medicine, and pitfalls exist in its use. In particular, there has not been a review of Twitter use and its applications in the field of neurology. This review seeks to provide an understanding of the current use of Twitter in the field of neurology to assist neurologists in engaging with this potentially powerful application to support their work
    corecore