10 research outputs found

    Kajian pilihan raya negeri Sabah: isu dan cabaran

    Get PDF
    Dalam konteks perkembangan sistem demokrasi, pilihan raya telah diterima sebagai satu mekanisme utama sama ada kepada aktor politik bagi dipilih atau rakyat bagi yang memilih di dalam proses politik. 8agi aktor-aktor khususnya, pilihan raya merupakan suatu b entuk 'ujian p olitik' yang amat getir dan serius kerana melalui pilihan rayalah nasib mereka akan ditentukan sama ada terpilih ataupun tidak sebagai wakil rakyat. Telah banyak kajian akademik yang dilakukan mengenai pilihan raya. Secara umumnya, kajian-kajian yang dilakukan boleh dikelaskan kepada dua jenis. Pertama, kajian yang melihat proses pilihan raya dan isu-isu yang timbul sewaktu menjelang pilihan raya atau sewaktu kempen pilihan raya sedang berjalan. Kedua, kajian pilihan raya yang khusus ditumpukan kepada persoalan persediaan yang dibuat oleh aktor-aktor politik yang terlibat secara langsung dalam sesuatu pilihn raya. Perjalanan dan perkembangan pilihan raya di Malaysia dan di Sabah khususnya (semenjak Merdeka) juga tidak terlepas dari aspek yang dinyatakan di atas. Kajian-kajian pilihan raya di Malayisa boleh dikatakan tertumpu kepada aspek isu dan strategi. Gomez (1995) yang menjalankan kajian pilihan raya Malaysia tahun 1985, jelas memberikan tumpuan terhadap aspek terse but. Demikian juga kepada kajian-kajian yang dijalankan oleh Khai (1988), Rudner 2 (1970) Ratnam (1969) (sekadar menyatakan beberapa sarjana tertentu). kesemuanya menumpukan aspek isu dan strategi pilihan raya. Dengan meneliti dan memberi perhatian kepada aspek tersebut, suatu bentuk generalisasi umum telah dibuat oleh sarjana-sarjana tersebut bahawa pilihan raya di Malaysia dalam banyak hal (seperti mana juga dengan sifat budaya politiknya) lebih dipengaruhi oleh unsur etnik, perkauman dan juga elemen primordial dalam menentukan kejayaan seseorang calon ataupun parti yang bertanding. Dalam erti kata lain, pilihan raya di Malaysia 'dicengkam kukuh' oleh unsur-unsur perkauman yang menebal. Apakah benar kenyataan atau premis tersebut? Perkembangan terkini politik Malaysia dalam arus globalisasi dan pendemokrasian sekarang menunjukkan bahawa sifat dan tingkahlaku politik dan masyarakatnya telah banyak berubah dengan mengambil sikap yang seiring dengan perkembangan yang global. Hakikat itu nampak jelas wujud apabila masyarakat Malaysia (tanpa mengira kaum) mula mengambil berat terhadap hal-hal yang berhubung kait dengan persekitaran politik mereka, keadilan, keamanan, kesejahteraan awam, ketelusan dan pelbagai lagi isu yang berkait rapat dengan kesejagatan kehidupan bermasyarakat dan bernegara mula mengambil tempatnya dalam kepercayaan politik masyarakat Malaysia yang berbilang kaum itu. Dan ini diperkukuhkan dengan perkembangan masyarakat sivil yang semakin dominan dalam kerangka politik Malaysia. Perkembangan ini sebenarnya memperkukuhkan premis yang dikemukakan oleh Ohame (1996) yang menyatakan bahawa arus globalisasi membawa bersamanya perkembangan identiti politik yang sejagat sifatnya. Sebagai sebuah masyarakat yang diklasifikasikan sebagai masyarakat yang sedang berkembang (psikologi dan juga material), perubahan adalah merupakan antara aspek utama dalam perkembangan politik Malaysia han ini. Justeru, ramai pemerhati politik yang menyatakan bahawa pilihan raya umum kali ini bakal mewujudkan suatu bentuk pemisah atau watershed dalam sejarah perkembangan politik Malaysia dan Sabah khususnya. Berasaskan premis di atas, kajian ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek perubahan yang semakin wujud dalam pilihan raya negeri Sabah kali ini dalam konteks tingkah laku pengundi dan juga faktor-faktor parti politik yang bertanding

    Rejim Brooke: kesan pelajaran kepada Masyarakat Bumiputra.

    No full text
    Dalam zaman pemerintahan Raja-Raja Brooke, Sarawak tidak mempunyai satu dasar pelajaran yang sistematik dan berfaedah untuk perkembangan baru. Dasar pelajaran yang diperkenalkan tidak dapat mengwujudkan perasaan taatsetia dan perpaduan di kalangan rakyat dari berbagai-bagai etnik dan keturunan. Pelajaran adalah kurang mencukupi bagi memenuhi keperluan yang sesuai dengan perkembangan-perkembangan selepas Perang Dunia Kedua. Sebahagian besar iaitu kira-kira sembilan puluh tiga peratus rakyat bumiputra masih buta huruf mengikut banci tahun 1947. Sepanjang pemerintahan Rejim Brooke dapat dilihat bahawa dasar 'bebas' yang dipegang oleh mereka itu tidak cukup kuat untuk menghalang kemasukan unsur-unsur pelajaran Barat menerusi institusi gereja dan sekolah mubaligh Kristian. Pengenalan pelajaran Barat dan kemasukan orang-orang China secara besar-besaran pada awal abad kedua puluh telah memberi kesan kepada perubahan struktur masyarakat tradisional Sarawak. Dengan demikian penjajah Brooke seperti juga penjajah Inggeris baik secara langsung atau tidak langsung telah meninggalkan warisan yang sama iaitu kewujudan masyarakat berbilang etnik yang akhirnya menelurkan bibit-bibit perasaan perkauman

    Pemerintahan Brooke dan pelajaran bumiputera di Sarawak

    Get PDF

    Sabah priority issues: setting the course for change

    Get PDF

    Projek pendokumentasian warisan kampung air di Sabah

    No full text
    Dari sudut sejarah awal di Sabah, kelompok masyarakat yang dikaitkan dengan kewujudan Kampung Air adalah keturunan kaum Melayu Brunei di bahagian pantai barat dan kaum Bajau di bahagian pantai timur. Kampung Air menjadi satu fenomena habitat masyarakat yang semakin berkembang pesat pada tahun 1970an di kalangan masyarakat pribumi dan bukan pribumi. Kesan daripada perkembangan yang berlaku telah menyebabkan wujud dua pola petempatan, iaitu Kampung Air di kawasan bandar dan Kampung Air di kawasan luar bandar. Hakikatnya, Kampung Air di luar bandar masih mengkekalkan warisan masyarakat asal. Manakala Kampung Air di kawasan bandar telah menjadi kediaman bagi pelbagai kaum. Berdasarkan hasil kajian didapati populasi penduduk pribumi di Kampung Air mula merosot pada awal dekad 1990an. Hal ini berkait rapat dengan faktor pembangunan wilayah dan faktor migrasi. Kemudian berlaku pertambahan pesat rumah-rumah di kawasan Kampung Air pada tahun 1990an, khususnya di sekitar kawasan bandar dan ini telah menimbulkan berbagai-bagai masalah sosial dan alam persekitaran. Keadaan ini menjadikan masyarakat di Kampung Air secara umumnya telah dikelompokkan sebagai salah satu komuniti terpinggir. Lantaran menimbulkan tanggapan serong masyarakat luar terhadap cara hidup mereka dalam Iingkungan taraf kehidupan di kawasan bandar. Kertas kerja ini akan menjelaskan status Kampung Air sebagai satu warisan bangsa dan budaya yang menghadapi cabaran arus pembangunan

    Auditing prestasi pemimpin/wakil rakyat Barisan Nasional: Kajian kes kawasan parlimen Barisan Nasional-UMNO Sabah

    Get PDF
    Sebagaimana yang telah tersedia maklum, malahan tidak keterlaluan untuk dinyatakan disini bahawa, dalam konteks pembangunan politik Malaysia, Barisan Nasional adalah parti pemerintah yang begitu hegemoni kedudukannya. Ini amat jelas malah turut di persetujui oleh para sarjana politik, samada dari dalam atau luar negeri yang mengkaji perkembangan politik Malaysia1• Justeru, persoalan hegemoni politik Barisan Nasional adalah suatu aspek yang amat menarik untuk diteliti, khususnya dalam konteks persaingan pilihamaya antara Barisan Nasional Sabah-UMNO dengan parti-parti pembangkang seperti Democratic Action Party (DAP), Parti Islam seMalaysia (PAS), dan juga KeAdilan. Oleh kerana Barisan Nasional adalah satu-satunya parti politik yang memerintah Malaysia semenjak dari tahun 1964 hinggalah kini [2006], sebarang persaingan politik yang boleh menggugat hegemoni Barisan Nasional bakal dilihat oleh para pemerhati dan pengamat sebagai suatu perkembangan yang menarik perhatian ramai samada dari kalangan kelompok masyarakat awam atau komuniti akademik
    corecore