2 research outputs found

    Zunar dan kartun / Noorhazalen Saad, Shaliza Dasuki dan Liza Marziana Mohammad Noh

    Get PDF
    Kartun dan politik sering menjadi isu yang selalu dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini lebih menjurus secara am perkembangan kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque. Zunar menerima anugerah tertinggi dalam bidang kartun di peringkat antarabangsa, namun dalam masa yang sama kartunnya diharamkan di Malaysia pada tahun 2009 sehingga Mei 2018. Walaupun Zunar melalui pengalaman pahit ditangkap polis, disumbat dalam lokap dan kebanyakkan buku kartunnya dirampas pihak berkuasa namun Zunar tetap dengan perjuangannya ‘…Even My Pen Has A Stand!’. Penulis menyelongkar kronologi kerjaya Zunar sejak awal Zunar berkecimpung dalam bidang kartun sehinggalah peralihan karya-karyanya yang bertemakan sosio-politik Malaysia selepas Reformasi. Kartun Zunar berjaya menyebarkan mesej dan propaganda dengan mengkritik kerajaan dan membongkar salah laku pemimpin tertinggi kerajaan dalam bentuk yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Kartun Zunar disampaikan dalam bentuk gaya visual yang ringkas, padat serta mengandungi unsur humor yang menarik. Ternyata karya-karya Zunar menyumbang ke arah penambahbaikan dalam dunia kartun dan memeriahkan lagi khazanah kartun politik negara

    Analisis formalistik dalam kartun politik Zunar

    Get PDF
    Kartun dan politik sering menjadi isu yang sering dimainkan oleh kartunis bagi mengkritik pemimpin dan kerajaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pendekatan visual dalam kartun politik yang dilukis oleh kartunis politik paling prolifik di Malaysia iaitu Zunar (Zulkiflee bin S.M. Anwar Haque). Tujuan utama kajian ini adalah untuk menganalisis bagaimana visual kartun politik Zunar menyebarkan mesej dalam lukisannya. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen dan prinsipal seni dalam kartun politik Zunar menggunakan teori formalistik yang diperkenalkan oleh Ocvirk. Penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang berteraskan analisis kandungan. Kajian ini memfokuskan kepada buku kartun Zunar yang paling dominan, iaitu Pirate of Carry-BN yang mengandungi 120 halaman dengan jumlah panel sebanyak 132. Dua daripada 69 panel yang mengandungi imej karikatur Perdana Menteri Malaysia ke-enam Dato’ Sri Najib Razak dalam buku tersebut digunakan sebagai sampel kajian. Analisis formalistik menunjukkan aspek keseimbangan (balance), pergerakan (rhythm), nilai (value), ruang (space), pengulangan (repetition), tipografi, dan penekanan (emphasis) digunakan oleh Zunar dalam setiap karya kartun politiknya. Zunar menyampaikan mesej kepada pembaca dengan menggunakan visual kartun secara langsung agar pembaca faham mesej yang ingin disampaikan
    corecore