11 research outputs found

    The cost of radiology procedures using Activity Based Costing (ABC) for development of cost weights in implementation of casemix system in Malaysia

    Get PDF
    Presently there is a gross lack of information on cost and cost weights in many developing countries that implement casemix system. Furthermore, studies that employed Activity Based Costing method (ABC) to estimate the costs of radiology procedures were rarely done in developing countries, including Malaysia. The main objective of this study is to determine the costs of radiology procedures for each group in casemix system, in order to develop cost weights to be used in the implementation of the casemix system. An economic evaluation study was conducted in all units in the Department of Radiology in the first teaching hospital using the casemix system in Malaysia. From the 25,754 cases, 16,173 (62.8%) of them were from medical discipline. Low One Third and High One Third (L3H3) method was employed to trim the outlier cases. Output from the trimming, 15,387 cases were included in the study. The results revealed that the total inpatients’ charges of all the radiology procedures was RM1,820,533.00 while the cost imputed using ABC method was RM2,970,505.54. The biggest cost component were human resources in Radiology Unit (Mobile) (57.5%), consumables (78.5%) of Endovascular Interventional Radiology (EIR) Unit, equipment (81.4%) of Magnetic Resonance Imaging (MRI) Unit, reagents (68.1%) of Medical Nuclear Unit. The one highest radiology cost weight, was for Malaysia Diagnosis Related Group (MY-DRG¼) B-4-11-II (Hepatobiliary and Pancreas Neoplasms with severity level II, 2.8301). The method of calculation of the cost of procedures need to be revised by the hospital as findings from this study showed that the cost imposed to patient is lower than the actual cost

    Environmental factors related to quality of life of parents of children with autism spectrum disorder: a scoping review

    Get PDF
    Concerns about the quality of life (QoL) of parents of children with autism spectrum disorder have been raised by previous study. Policy decision-makers and healthcare professionals can be better informed about the environmental factors associated with parental QoL, which will enhance outcomes for both parents and children. The objective of this review is to perform a comprehensive review that assesses the environmental relevant factors associated with quality of life (QoL) of parents of ASD children (under 18 years old). To identify the environmental factors associated with parental QoL, a scoping review was conducted using the Arksey and O'Malley original and enhanced framework. Three electronic database (PubMed, Scopus & WOS) and reference list checks were used in the search. Social support, family support, residential condition, and access to services were all factors linked to the parental quality of life in this group. The review highlighted environmental factors as one of the variables that have an association with parental QoL. The results of this analysis also highlighted potential areas of support that have implications on future policy and practices

    Pembinaan dan validasi soal selidik faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia

    Get PDF
    Soal selidik sebagai alat untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan jangkitan COVID-19 masih belum digunakan secara meluas oleh kebanyakan penyelidik. Di Malaysia, tiada soal selidik yang dibina dan disahkan untuk tujuan tersebut. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk membina dan mengesahkan soal selidik sebagai alat ujian yang baru bagi mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli di Malaysia. Kajian rintis ini melibatkan 30 orang penduduk Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang. Indeks Kesahan Kandungan (CVI) digunakan untuk menguji kesahan kandungan soal selidik, manakala kesahan konstruk dan kebolehpercayaan konsistensi dalaman soal selidik ditentukan menggunakan Exploratory factor analysis (EFA) dan Cronbach’s Alpha. Satu set soal selidik terdiri daripada empat konstruk telah dibina iaitu kepercayaan, amalan perubatan tradisional, adat dan budaya tradisional, dan sokongan sosial. Sebanyak 16 item telah dikekalkan di dalam EFA dengan nilai Cronbach’s Alpha setiap konstruk adalah 0.617, 0.778, 0.773 dan 0.779. Soal selidik yang telah dibina ini berjaya divalidasi dan boleh digunakan untuk mengukur faktor sosiobudaya berkaitan COVID-19 dalam kalangan Orang Asli. Walau bagaimanapun, penambahbaikan masih perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan soal selidik ini relevan terutamanya jika ia digunakan ke atas populasi atau dari negara yang berbeza dari Malaysia, dengan mengambil kira juga penyakit yang berbeza

    Gelagat perbelanjaan golongan isi rumah b40 terhadap produk kesihatan semula jadi: pemerhatian awal di perumahan awam Sri Kota, Cheras

    Get PDF
    Produk kesihatan semula jadi merupakan salah satu produk yang menjadi pilihan dalam kalangan pengguna di Malaysia seperti kosmetik, wangian, makanan, suplemen mahupun ubat-ubatan yang berasaskan produk semula jadi yang dianggap berkesan dan selamat. Trend penggunaan produk kesihatan semula jadi semakin meningkat terutamanya dalam tempoh pandemik Covid-19 yang mana pengguna semakin sedar dan prihatin kepentingan suplemen kesihatan agar kehidupan lebih sihat dan sejahtera. Kajian ini merupakan pemerhatian awal gelagat perbelanjaan golongan isi rumah B40 terhadap produk kesihatan semula jadi di kawasan Perumahan Awam Flat Sri Kota, Cheras, Kuala Lumpur. Seramai enam orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjalani sesi temu bual. Hasil daripada sesi temu bual dianalisis dengan mengeluarkan tema-tema yang menunjukkan faktor yang mempengaruhi pembelian pengguna terhadap produk kesihatan semula jadi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tujuh faktor yang mempengaruhi keputusan perbelanjaan golongan isi rumah B40 iaitu harga barang itu sendiri, pendapatan, harga barang lain, cita rasa, fesyen atau trend masa kini, maklumat barangan dan peraturan atau undang-undang kerajaan. Hasil daripada pemerhatian awal ini dapat dijadikan sebagai panduan dan asas kepada penyelidikan yang berkaitan

    Impak program komuniti: ‘rakyat sihat, inspirasi negara’

    Get PDF
    Penyakit tidak berjangkit termasuk hipertensi, diabetes dan penyakit jantung merupakan penyakit kronik yang menjadi punca utama morbiditi dan mortaliti serta menimbulkan cabaran penting kepada sistem penjagaan kesihatan. Pengetahuan tentang faktor risiko dan komplikasi penyakit ini penting dalam menggalakkan amalan gaya hidup yang positif. Aktivti pencegahan menerusi pendidikan individu atau berkumpulan untuk meningkatkan tahap pengetahuan adalah aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian. Kajian rintis berbentuk program komuniti ini bertujuan meningkatkan tahap pengetahunan mengenai gejala dan komplikasi tiga penyakit tidak berjangkit utama iaitu hipertensi/tekanan darah tinggi, diabetes dan penyakit jantung dalam kalangan komuniti di sebuah kawasan perumahan awam. Seramai 40 orang penghuni telah terlibat di dalam program ini. Aktiviti program komuniti ini berdasarkan adaptasi daripada modul yang telah dibina dengan sedikit ubahsuai untuk menepati peserta sasaran. Modul yang terlibat adalah ‘Modul Status Kesihatan, Kualiti dan Keperluan Hidup di Kalangan Wanita B40 di Malaysia’. Satu set borang soal selidik digunakan untuk pengumpulan data iaitu: i) sosiodemografi ii) penilaian impak program dan iii) penilaian proses program. Seramai 36 peserta menjawab soalan pra-program dan 33 peserta menjawab soalan pasca-program. Bagi penilaian impak, daripada 17 soalan, terdapat peningkatan peratusan (64.5%) peserta yang menjawab soalan dengan betul. Untuk penilaian proses, item “secara keseluruhannya, program ini adalah berjaya dan bermanfaat” mendapat min skor tertinggi [4.91 (sp 0.29)]. Terdapat peningkatan tahap pengetahuan tehadap gejala dan komplikasi tiga penyakit berjangkit utama ini. Peserta berpuashati dengan proses pelaksanaan program. Dapatan kajian rintis ini boleh menjadi asas untuk membentuk strategi program komuntiti yang lebih komprehensif di masa hadapan

    Penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat: pemerhatian awal dalam kalangan penduduk perumahan awam Sri Kota, Cheras

    Get PDF
    Pasca pandemik penggunaan produk kesihatan semulajadi semakin meningkat dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, dan juga di Malaysia. Terdapat beberapa tujuan penggunaan produk kesihatan berasaskan bahan semulajadi oleh pengguna iaitu untuk merawat penyakit, mengawal simptom penyakit, mencegah penyakit dan untuk kesihatan umum. Seringkali penggunaan produk kesihatan semulajadi ini merupakan keputusan peribadi pengguna, dan sukar dipantau. Justeru itu, penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat merupakan satu aspek yang penting untuk ditangani. Kesedaran dan pengetahuan pengguna perlu dipertingkatkan supaya keselamatan pengguna dapat dijaga. Kajian ini merupakan pemerhatian awal di Perumahan Awam Sri Kota, Cheras, dimana seramai 32 orang penduduk ditemubual secara ringkas untuk mendapatkan maklumat awal berkaitan penggunaan produk kesihatan semulajadi yang selamat. Terdapat lima (5) soalan ringkas ditanya untuk mendapatkan maklumat mengenai i) elemen produk yang disemak sebelum membuat pembelian produk, ii) individu yang dirujuk dalam penggunaan produk, iii) Faktor pemilihan/penggunaan produk, iv) logo yang dilihat pada produk dan v) pendaftaran produk melalui Quest 3+. Daripada kelima-lima soalan ini, didapati bahawa majoriti ahli komuniti yang ditemubual di Perumahan Awan Sri Kota, Cheras mempunyai tahap pengetahuan yang sederhana rendah mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat. Oleh yang demikian, inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai penggunaan produk kesihatan yang selamat perlu dipergiat melalui pelbagai pendekatan agar masyarakat menjadi pengguna produk kesihatan yang bermaklumat dan selamat

    Success factors in adaptation of newly graduated nurses: a scoping review

    No full text
    Abstract Background Difficulties in adapting to the workplace can affect newly graduated nurses’ transition. Such nurses must adapt quickly, as it can affect their future career prospects. Therefore, this review aimed to identify the success factors that promote newly graduated nurses’ effective transition and adaptation. Methods The Joanna Briggs Institute scoping reviews methodology was used. Data were extracted from MEDLINE, Scopus, EBSCOhost, and Web of Science publications published between 2011 and 2020. A total of 23 articles were included in this review, which comprised qualitative, quantitative, and mixed methods primary research studies focusing on the contributing factors that aided newly graduated nurses’ adaptation to the work environment during their transition period. Key emerging themes were identified with thematic analysis. Results Three main themes were identified: (1) organisational contribution (social development, organisational culture, work characteristics, work readiness, work commitment, professional role), (2) personality traits (self-embodiment, personality masking, being proactive and confident), and (3) academic institutions (pre-entry knowledge and role of nursing faculty). Newly graduated nurses’ adaptation should begin during nursing education, be supported by the workplace organisation, and driven by the nurse’s personality. We determined that that the role of nursing education in aiding the provision of the required knowledge and actual clinical experiences to students profoundly affected developing nurses’ self-confidence levels in delivering nursing care effectively. Additionally, a warm environment supported nurses emotionally and physically. Conclusions While organisations and educational institutions have undertaken numerous efforts to ensure that newly graduated nurses are adequately supported, the nurse’s personality and values are also equally important to ease adaptation during the transition process. Academic and workplace programs designed for newly graduated nurses should apply and emphasise this knowledge to develop and strengthen their personalities and values, especially to increase confidence and promote proactive values that facilitate newly graduated nurses’ rapid and effective adaptation to their new employment
    corecore