3 research outputs found

    Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi individu terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan, persepsi terhadap perasaan individu apabila berlaku kecurangan serta persepsi terhadap daya tindak yang dilakukan oleh individu jika berlaku kecurangan dalam hubungan.Seramai 191 orang (63 lelaki dan 128 perempuan) yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia telah dijadikan sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang dibangunkan oleh Gallagher (2010) telah digunakan dalam kajian ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Namun demikian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek persepsi terhadap kecurangan fizikal dan emosi, perasaan yang dialami jika berlaku kecurangan dan daya tindak yang dilakukan jika berlaku kecurangan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan

    Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan (kecurangan fizikal dan emosi) pasangan mengikut jantina. Seramai 695 orang yang terdiri daripada pekerja dan pelajar prasiswazah di salah sebuah universiti awam di Malaysia telah dijadikan responden kajian. Responden dikehendaki melengkapkan satu set soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pencetus kecurangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat enam tema utama yang menjadi persepsi faktor pencetus kecurangan terhadap pasangan bagi lelaki dan tujuh tema utama bagi perempuan. Faktor komunikasi dipersepsikan sebagai faktor utama pencetus kecurangan. Terdapat tiga sub tema dalam faktor komunikasi iaitu ketiadaan persefahaman bagi kedua-dua jantina dan tambahan sub tema salah faham dan sentiasa bergaduh antara pasangan bagi perempuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan indigenous psychology melalui pengkategorian, pengkodan terbuka dan pengkodan paksi. Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan
    corecore