1 research outputs found
Pembangunan Perisian Pengajaran Berasaskan Model Konstruktif Needham 5 Fasa Bagi Tajuk Keelektrikan Dalam Matapelajaran Sains Sekolah Rendah
Projek ini bertujuan untuk membangunkan suatu perisian pendidikan bagi tajuk Keelektrikan dalam mata pelajaran Sains khusus untuk pelajar sekolah rendah. Keseluruhan isi kandungan perisian ini disusun berdasarkan huraian sukatan pelajaran Sains (KPM, 2003). Perisian ini menggunakan aktiviti pembelajaran berdasarkan pendekatan Model Konstruktif Needham 5-Fasa yang mengandungi fasa orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi. Bagi reka bentuk pembangunan, perisian ini menggunakan model ADDIE. Perisian PowerPoint 2003 pula digunakan sepenuhnya dalam pembangunan perisian. Ia nyata dapat menyepadukan pelbagai media seperti seperti grafik, teks, video dan animasi dalam satu alat bantu yang interaktif, menarik dan berkesan. Perisian ini turut dinilai oleh individu yang terlibat secara langsung didalam bidang ini. Keputusan penilaian menunjukkan bahawa perisian tersebut memuaskan dari segi isi kandungan, reka bentuk dan penggunaannya