2 research outputs found
Labuan pulau bebas cukai dan potensinya sebagai pusat membeli-belah
Dengan pengisytiharan semula Labuan sebagai Pulau Bebas Cukai (PBC) pada tahun
1956, maka terbuka luaslah pintu Labuan untuk menerima peIancong tempatan dan luar
negara untuk datang menikmati keindahan alam semula jadinya ataupun mengambiI
kesempatan untuk membeli-belah. Kajian ini telah dijalankan untuk meneliti beberapa
persoalan yang berkaitan dengan kemampuan Labuan dan potensinya untuk menjadi
pusat membeIi-belah. Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat 1) potensi Labuan
menjadi sebuah pusat membeli-belah terkenal; 2) trend membeli-belah para pelancong
dan 3) jenis barangan yang menjadi tumpuan para pelancong.
Responden kajian ini terbahagi kepada tiga kumpulan utama, iaitu pelancong (200 orang)
yang terdiri daripada pelancong tempatan dan luar negara, pekedai (131 orang) yang
meliputi 22 jenis barangan utama yang dijuaI, dan penduduk tempatan (198 orang).
Kaedah temubual langsung melalui soal-selidik telah digunakan dan data dianalisis
menggunakan jadual taburan frekuensi dan juga jadual silang untuk beberapa angkubah
utama yang berkaitan.
Hasil kajian menunjukkan bahawa para pelancong yang datang ke Labuan dengan
berbagai tujuan, rata-ratanya membelanjakan wang untuk membeli-belah. Tumpuan
barangan pilihan mereka ialah tekstil, cokelat, barangan eIektIik, rokok, alkohol dan
barangan kosmetik. Beberapa variasi dapat dikenal pasti. di kalangan responden
terutamanya tumpuan dan jumlah perbelanjaan. Para pekedai pula mer~akan bahawa
mereka telah menawarkan berbagai jenis barangan dengan harga yang agak stabil.
Namun masih banyak yang perlu mereka Iakukan untuk membantu Labuan menjadi pusat
membeli-belah yang terkenal.
Kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa Labuan sebagai PBC mempunyai potensi
untuk menarik pelancong membeli-belah dan ia mempunyai potensi untuk menjadi pusat
membeli-belah berdasarkan pandangan dan trend membeli-belah yang diperhatikan di
kalangan para pelancong. Kajian ini juga mencadangkan beberapa langkah yang perIu
diambil oleh berbagai pihak untuk membantu Labuan mencapai matlamat menjadi sebuah pusat membeli-belah