19 research outputs found

    Tahap Kompetensi Keusahawanan Dalam Kalangan Usahawan Teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III Bertaraf Bumiputera Di Sekitar Kawasan Johor Bahru

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi keusahawanan dalam kalangan usahawan teknikal Kontraktor Elektrik Kelas III bertaraf Bumiputera yang melibatkan tahap pengetahuan, sikap, kemahiran dan kreativiti. Keempat-empat aspek tersebut mencakupi tiga belas kompetensi keusahawanan iaitu inisiatif, melihat dan merebut peluang, kecekalan, keupayaan mencari maklumat, menitik beratkan mutu kerja yang tinggi, komitmen terhadap perjanjian kerja, berorientasi ke arah kecekapan, membuat perancangan yang sistematik, menyelesaikan masalah secara kreatif, yakin terhadap keupayaan diri, ketegasan, meyakinkan orang lain dan menggunakan strategi pengaruh. Seramai 40 orang responden iaitu Kontraktor Elektrik kelas III bertaraf Bumiputera di sekitar kawasan Johor Bahru telah terlibat dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan ialah berbentuk soalan soal selidik yang terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Data-data dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package for Social Science (SPSS) v14” untuk mencari peratusan dan min bagi mendapatkan hasil kajian. Secara keseluruhan, tahap kompetensi mereka berada pada tahap yang tinggi. Walaupun begitu, terdapat sebahagian dari tiga belas kompetensi keusahawanan yang diabaikan oleh mereka dan perlu diberi penekanan

    Development of employability skills assessment tool for manufacturing industry

    Get PDF
    Mastering employability skills is one of the global problems which employers are facing with graduates or their future employees. Various research on employability skills have been conducted nationally and internationally and it was found that many technical graduates nowadays are lack of employability skills rather than technical skills. The main goal of this research is to develop an employability skill assessment tool using the Kepner-Tregoe (K-T) method in which weight factor is set. Samples for this research consisted of 107 employers from five types of Malaysian manufacturing industry. The results showed that employers in all five categories of manufacturing industry are in consensus on the importance for all seven of the employability skills. These skills were ranked as follows; interpersonal skills, thinking skills, personal qualities/values, resource skills, system and technology skills, basic skills and informational skills. From these means, an employability skills assessment tool was developed using the K-T Method and an Employability Skills Assessment Tool Development Model was produce

    VOCATIONAL PEDAGOGY A DIMENSION OF VOCATIONAL LEARNING WITH WORKPLACE REQUIREMENT

    Get PDF
    Rapid changes are taking place in industry, the labor market, work to work organization. The changes of taking places in industry have an important implication for Vocational Education and Training (VET). These widespread changes have significant implications for the learning requirement of workers and for the pedagogical methods to facilitate that learning. This paper focuses in the learning of instructor, learners in the perspective of their readiness with teaching and learning challenge in VET. Some theoretical consideration in behavioral and cognitive psychology will be discussed derived from the concept of learning content vocational institutions; pedagogical strategies such as demonstration, practice and feedback implemented by the instructors for learning occur. The learners’ preferences based on their characteristics to cater their ability to learn in VET. Learners’ learning styles were investigated to identify their preferences in learning and match with the curriculum and practices in teaching VET. The shift in pedagogical orientation will focus in potential of individual, engage learners in development of their own vocational knowledge and skills. VET instructors and trainers must be able to recognize and adapt their teaching and learning practice in order to response to these needs

    Physical environment in school setting: conceptual reviews

    Get PDF
    Increasing numbers of educators have begun to believe that the physical environment might have an impact on students' outcomes. There are several research findings indicate that students academic outcomes are affected positively or adversely by the visual, acoustical, and thermal characteristics of the classroom environment (Bowers et al. 1987) such as student behavior (Cash, 1993); attitudes (Weinstein, 1979); and achievement (Cash, 1993; O’Sullivan, 2006); personality development (Roberts and Robins, 2004); student preferences and comfort (Corgnati et al., 2007). Concrete foundation is needed to discuss the circumstances of the physical environment in school setting. The valuable theorists mostly cited as a guidance is person-environment fit theory (Caplan and Van Harrison, 1993). The match between attributes of the person and attributes of the environment reflects the concept of person-environment (PE) fit (Roberts and Robins, 2004). This paper will reviews the related concept of physical environment from ergonomics perspectives which is mostly applied in workplaces setting in order to relate it with the condition or situation in classroom setting

    Amalan Pengurusan Perniagaan Peniaga-Peniaga Kedai Runcit Bumiputera Di Luar Bandar Daerah Hilir Perak

    Get PDF
    Peruncitan merupakan satu bidang perniagaan yang paling mudah untuk dimasuki berbanding perniagaan dalam sektor pembuatan, pembinaan, automotif, pelancongan dan sebagainya. Ini adalah kerana perniagaan ini mempunyai system organisasi yang lebih mudah dan operasi yang senang difahami. Peranan dan sumbangan perniagaan kecil ini dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar. Oleh yang demikian, kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui amalan pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar dalam meningkatkan perniagaan mereka. Seramai 38 orang responden yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar Daerah Hilir Perak telah dipilih untuk menjawab borang set soal-selidik untuk kajian ini. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dalam bentuk frekuensi dan peratus dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 14.0). Ia mengandungi 50 item yang diukur dengan menggunakan skala binari. Hasil kajian menunjukkan amalan pengurusan perniagaan berada pada skor sederhana. Terdapat dua sahaja amalan pengurusan yang berada pada skor yang baik, manakala dua amalan pengurusan lagi berada pada skor yang sederhana. Oleh itu, amalan pengurusan perniagaan peniagapeniaga kedai runcit bumiputera ini perlu ditingkatkan untuk menjamin kekukuhan perniagaan mereka pada masa akan datang. Di akhir kajian ini, beberapa cadangan telah diberikan untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada pengurusan perniagaan peniaga-peniaga kedai runcit luar bandar

    Persepsi Pelatih - Pelatih Lelaki Sekolah Henry Gurney, Telok Mas Melaka Terhadap Program Latihan Kemahiran Vokasional Yang Dijalankan

    Get PDF
    Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi persepsi pelatih- pelatih Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka terhadap latihan kemahiran vokasional yang dijalankan. Faktor- faktor yang dikaji ialah faktor minat, kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih, keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya serta suasana pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar. Sampel kajian terdiri daripada 116 orang pelatih lelaki di Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka. Set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian ini. Nilai kebolehpercayaan item soal selidik adalah ? = 0.85. Hasil kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 12.0 untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan faktor minat (min = 4.05), faktor kesedaran terhadap kepentingan latihan kemahiran vokasional dalam menentukan masa depan pelatih (min = 4.06), faktor keyakinan pelatih terhadap latihan kemahiran vokasional untuk diaplikasikan dalam kerjaya (min = 4.06) serta pembelajaran seperti kemudahan peralatan, kaedah pembelajaran dan tenaga pengajar (min = 4.23) kesemuanya berada pada tahap tinggi. Beberapa cadangan dikemukakan bagi memungkinkan kajian lanjutan dilakukan. Kata kunci: Vokasional, Statistical Package For Social Science (SPSS), Sekolah Henry Gurne

    Tahap Keberkesanan Usaha-Usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian

    Get PDF
    Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian. Antara usaha-usaha yang difokuskan ialah keberkesanan penggunaan teknologi dalam pertanian, usaha dalam menguruskan kewangan mereka, usaha dalam pemasaran yang telah dilakukan dan usaha dalam latihan atau kursus yang pernah disertai oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa. Instrumen kajian yang digunakan ialah temuduga berstruktur yang diberikan kepada seramai 30 orang petani di kampung-kampung Segamat, Johor. Datadata yang telah dikumpul dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program latihan pertanian dan strategi pemasaran adalah berada di tahap yang rendah. Tetapi, tahap keberkesanan pengurusan kewangan dan penggunaan teknologi berada di tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah dibuat seperti menggalakkan penggunaan bioteknologi dan terdapat juga model pertanian yang dibuat oleh penyelidik untuk memudahkan usahawan tani ini Berjaya dalam bidang mereka. Hasil dapatan kajian dan model ini diharapkan dapat membantu kajian-kajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh usahawan tani
    corecore