151 research outputs found

    Production and perception of English Word Final Stops By Malay Speakers

    Get PDF
    A few influential speech studies have been carried out using established speech learning models, which confirmed that the analysis of first language (L1) and second language (L2) at a phonemic level provides only a partial view of deeper relationships between languages in contact. Therefore, studies focusing on cross-language phonetic differences as a causative factor in L2 learner difficulties have been proposed to understand second language learners’ (L2) speech production and how listeners respond perceptually to the phonetic properties of L2. This paper presents a study of the production and perception of the final stops by English learners (L2) whose first language is Malay (L1). A total of 23 students, comprising 16 male and 7 female Malay subjects (L1 as Malay and their L2 as English) with normal hearing and speech development participated in this study. A short interview was conducted in order to gain background information about information about each subject, to introduce them to the study, to inform them about the process of recording, the materials to be used in the recording session, and how the materials should be managed during recording time. Acoustic measurements of selected segments occurring in word final positions (via spectrographic analysis, syllable rhyme duration and phonation) were taken. Results of the voicing contrast realisation in Malay accented English and Malaysian listeners' perceptual identification/discrimination abilities with final voiced/voiceless stops in Malay and English are presented and discussed. The findings revealed that the Malay students’ realisation of final stops in L2 is largely identical to their L1. In addition, the results also showed that accurate ‘perception’ may not always lead to accurate ‘production’

    Dielectric Property of Waste Tire Dust-Polypropylene (WTD-PP) Composite For High Voltage Outdoor Insulation Application

    Get PDF
    High voltage insulation technology is still undergoing continuous development and improvement from time to time, from conventional ceramic type since to newly polymeric composite insulation material. This includes the development of new composite materials. This paper focused on the possibility of using Waste Tire Dust-Polypropelene (WTD-PP) composite with Alumina Trihydrate (ATH) as the main reinforcement filler for high voltage insulation material. Compound of WTD-PP without and with ATH were prepared with different compositions of WTD-PP content and different amount of ATH filler. A step of processes to produce this newly polymeric composite is presented in this paper. The basic requirement to determine and evaluate the performance of the selected materials as high voltage outdoor application shall comply to the international standard, BS EN 62039:2007. This standard lists several requirements of electrical and mechanical properties that must be fulfilled for materials to be used for high voltage outdoor application. Experimental work has been conducted on the dielectric strength of WTD-PP composite. Breakdown test complying with BS EN 60243-1:1998 is adopted to examine the breakdown strength of this newly polymeric composite. It was found that the breakdown strength of these composites is less than 10kV/mm due to it carbon black content but can be used for lower voltage insulation application

    Pola pertembungan bahasa dalam komunikasi berbahasa Melayu oleh penutur natif Iban

    Get PDF
    Kertas kerja ini bertujuan memerihalkan beberapa perkara menarik berkaitan pertembungan bahasa pertama (Bahasa Iban) dan bahasa kedua (Bahasa Melayu) yang wujud ketika penutur Iban berkomunikasi dalam bahasa Melayu standard.Penelitian ke atas realisasi vokal bahasa Melayu yang dituturkan oleh penutur Iban dikaji menerusi analisis spektrograf.Perbandingan pola akustik vokal ketika subjek berkomunikasi secara lisan dalam Bahasa Melayu menyerlahkan beberapa fenomena yang unik tentang fenomena pertembungan bahasa.Kajian ini mendapati bahawa wujud kecelaruan berkomunikasi (yang wujud dalam realisasi vokal tertentu) secara bipolar iaitu gangguan bahasa ibunda-tulin (GBIt) dan pencairan dua sistem (PDS) (i.e. kerancuan antara bahasa pertama dan kedua).Pola GBIt lebih bersifat fenomena konvensional dalam konteks pertembungan antara bahasa pertama dan kedua, manakala pola PDS adalah isu baru dalam kajian seperti ini. Pola PDS, bahkan, didapati lebih dominan wujud dalam data kajian ini berbanding dengan pola GBIt. Pola PDS ini juga dapat diklasifikasikan kepada tiga iaitu Sistem Pertengahan, Generalisasi Terlampau-besar dan Generalisasi Terlampau-kecil.Penemuan kajian ini memberi implikasi yang signifikan terhadap kajian tentang pertembungan bahasa, khususnya, terhadap pemahaman kita tentang aspek kerancuan berkomunikasi dalam bahasa Melayu, di samping persepsi umum tentang bahasa serumpun Iban-Melayu serta perkembangan metod penelitian bahasa berasaskan teknologi makmal

    Variasi dialek Pahang : keterpisahan berasaskan jaringan sungai

    Get PDF
    Kajian ini cuba membawa perspektif baharu terhadap penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Kajian lepas terhadap penamaan dan penggolongan sangat dipengaruhi oleh konsep bahawa sempadan politik, menyamai sempadan dialek, sehinggakan dialek Pahang dikatakan memiliki lapan “subdialek” berdasarkan di daerah mana sundialek itu dituturkan. Dialek Pahang lantas digolongkan pula kepada dua kumpulan yang berbeza berdasarkan ciriciri linguistik yang ditonjolkan oleh setiap subdialek. Satu kumpulan di dalam memperlihatkan ciri dialek Pahang dan satu kumpulan lagi memperlihatkan ciri percampuran antara dialek Pahang dan dialek-dialek lain. Dalam usaha meneroka perspektif yang berbeza, kajian ini cuba menjadi sistem sungai di Pahang sebagai asas kepada penamaan dan penggolongan dialek Pahang. Varian-varian linguistik yang ada di tiga batang sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis dianalisis dan diperbandingkan untuk mengesan ciri persamaan dan perbezaan mereka. Kajian ini mendapati hanya wujud hanya dua subdialek di Pahang iaitu subdialek Hulu Pahang dan Subdialek Hilir Pahang yang sempadannya ditentukan oleh aliran sungai tersebu

    Profil pemikiran Banjar: satu kajian perbandingan antara Suku Banjar di Malaysia dan di Indonesia (Profile of thinking: a comparative study among Banjar in Malaysia and Indonesia)

    Get PDF
    Kajian ini cuba menyelidiki profil pemikiran Banjar dalam aspek sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, aspek keusahawanan dan kesetiaan pada negara. Kaji selidik telah dilakukan untuk memperolehi profil pemikiran mereka. Alat pengukuran sahsiah, pandangan terhadap kemajuan dunia, keusahawanan dan kesetiaan pada negara telah ditadbirkan kepada responden yang berketurunan Banjar seramai 300 orang. Responden terdiri dari 257 orang berketurunan Banjar di Malaysia dan 43 orang berketurunan Banjar di Indonesia. Melalui analisis statistik deskriptif didapati tahap pemikiran Banjar dari segi sahsiah berada pada tahap yang tinggi (78.02), manakala dari aspek pandangan terhadap kemajuan dunia berada pada tahap sederhana (67.12), aspek keusahawanan berada pada tahap tinggi (71.23), dan aspek kesetiaan pada negara pula turut berada pada tahap yang tinggi (87.25). Secara keseluruhan, indeks pemikiran Banjar berada pada tahap yang tinggi (75.96). Ujian t memperlihatkan perbezaan yang signifikan dari segi pandangan terhadap kemajuan dunia (t = 2.200, p<0.05) antara Banjar di Malaysia (min 85.37) dan di Indonesia (min 81.07). Demikian juga, ujian t memperlihatkan perbezaan yang signifikan dari segi keusahawanan (t = 8.542, p<0.05) antara Banjar di Malaysia (min 39.61) dan di Indonesia (min 31.71). Namun dari segi sahsiah dan kesetiaan pada negara, ujian t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara Banjar di Malaysia dan di Indonesia. Dengan menggunakan ujian ANOVA dua hala dan ANOVA tiga hala, didapati wujud perbezaan tahap sahsiah antara negara, tempat tinggal dan jantina (F = 6.728, p <0.05), dan dengan ujian ANOVA dua hala didapati terdapat perbezaan tahap keusahawanan antara negara dan tempat tinggal (F = 7.818, p <0.05), juga perbezaan tahap kesetiaan yang signifikan mengikut negara dan tempat tinggal (F = 7.738, p <0.05). Pengkaji berharap dapatan kajian ini dapat memberikan sumbangan idea untuk meningkatkan pemikiran Banjar, dan seterusnya memajukan lagi masyarakat Banjar di seluruh Nusantara

    Komunikasi sosial dalam kalangan etnik di Lembangan Sadong: gendang Melayu Sarawak

    Get PDF
    Persembahan seni muzik sering dianggap sebagai medium hiburan semata-mata. Namun dalam penulisan ini, pengkaji cuba meneroka peranan lain persembahan seni muzik iaitu mengeratkan interaksi sosial antara ahli masyarakat. Dengan menjadikan program persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak sebagai subjek kajian, penulisan ini mengguna pendekatan sekunder dan primer bagi mendapatkan data. Temu bual bebas dan berstruktur secara bersemuka dengan informan pakar menjadi alat penting bagi memperoleh maklumat. Kajian di lapangan memfokus kepada masyarakat Melayu Sarawak yang tinggal di sekitar Kuching, Kampung Simunjan dan persekitarannya serta sebahagian ahli masyarakat dalam kalangan etnik Iban, China dan Melanau. Memandangkan persembahan Gendang Melayu Sarawak merupakan aktiviti popular dalam beberapa acara persembahan kesenian di kalangan masyarakat Melayu Sarawak, maka dengan menjadikan aktiviti persembahan tersebut sebagai kajian kes, penulisan ini berusaha melihat sejauh mana persembahan Gendang Melayu Sarawak mampu mengeratkan interaksi antara ahli masyarakat yang terlibat. Dapatan awal memperlihatkan masyarakat Melayu di persekitaran sungai Sadong khususnya dalam kalangan generasi dewasa dan tua amat meminati persembahan gendang Melayu dan sering memenuhi setiap persembahan yang diadakan. Malahan mereka yang terlibat akan memberikan sumbangan tenaga, moral dan kewangan bagi menjayakan seni persembahan gendang Melayu Sarawak. Sekali gus komunikasi sebegini mewujudkan amalan kerjasama atau ‘gotong-royong’ dalam kalangan mereka. Begitu juga dalam kalangan etnik lain seperti Iban, China dan Melanau yang sedar akan kewujudan persembahan seni muzik Gendang Melayu Sarawak dan boleh menerimanya sebagai salah satu daripada produk seni budaya tradisi masyarakat di Sarawak

    Varian Dialek Melayu Tioman-Aur-Pemanggil: analisis linguistik bandingan

    Get PDF
    Kajian tanah air umat Melayu (bangsa Austranesia) tidak pernah berhenti dibincangkan baik oleh ilmuan dalam bidang kebudayaan mahu pun linguistik. Ada yang mengatakan bahawa umat Melayu ini berasal daripada China dan Taiwan, dan ada yang mengatakan mereka tidak berasal daripada mana-mana, dan wilayah Nusantara inilah merupakan tanah air mereka. Berlandaskan pernyataan di atas, maka pengkaji berpendapat bahawa masih ada jaringan dialek Melayu yang belum dikaji dengan tuntas. Oleh itu, kajian ini memfokuskan ke atas keberadaan dialek Melayu di wilayah Barat Daya Laut China Selatan, iaitu mencakupi Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Kajian ini adalah salah satu usaha untuk membincang status inovasi bersama yang wujud dalam ragam di Tioman-Aur-Pemanggil. Perbincangan berkaitan inovasi bersama dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil ini menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Bagi memperoleh ciri inovasi bersama, perbandingan fonem vokal, diftong dan konsonan dilakukan antara bahasa Melayik Purba dengan dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil. Hasil perbandingan memperlihatkan adanya ciri inovasi dan retensi yang diturunkan dalam dialek Pulau Tioman-Aur-Pemanggil dalam varian semasa iaitu Tekek, Juara dan Salang. Sehubungan itu, dengan adanya data linguistik ini, memperlihatkan bahawa, umat Melayu atau bangsa Austronesia sebenarnya telah lama menjadikan wilayah Nusantara ini sebagai wilayah hunian mereka. Justeru, tanggapan tokoh-tokoh linguistik Barat yang mengatakan bangsa ini produk dari utara (China dan Taiwan) sama sekali tidak benar

    Sistem jaringan komunikasi Langkawi varian Kedawang

    Get PDF
    Makalah ini membicarakan salah satu varian dialek Melayu Langkawi (DML) yang terdapat di Pulau Langkawi Kedah, iaitu varian Kedawang (VKDWG). Metodologi kualitatif melalui jenis kajian kepustakaan dan lapangan diterapkan. Objektif kajian dalam makalah ini ialah menilai dan menyusun semula aspek-aspek fonologi yang masih belum mendapat penjelasan terhadap beberapa kajian tentang DML VKDWG terutamanya dalam menentukan jumlah inventori fonem. Justeru, kajian ini bertujuan menyentuh aspek fonetik dan fonologi dengan cara mendeskripsikan sistem fonologi DML VKDWG dengan memaparkan penyebaran bunyi vokal, diftong, konsonan dan melihat keberadaan alternasi dalam DML VKDWG ini. Pendekatan yang dimanfaatkan dalam mencapai objektif kajian ini ialah pendekatan struktural. Hasil kajian membuktikan bahawa DML VKDWG mempunyai lapan fonem vokal /i, u, e, o, ɛ, ɔ, ə, a/, memiliki tiga diftong iaitu /-oj, -aw, -aj/ dan 20 fonem konsonan yang terdiri daripada tujuh konsonan letupan /p, b, t, d, k, g, dan ʔ/, dua konsonan letusan /tʃ, dʒ/, empat konsonan geseran /s, ç, ɣ, h/, empat konsonan nasal /m, n, ɲ, ŋ/, satu konsonan sisian /l/ dan dua konsonan separuh vokal /w, j/. Penemuan kajian ini diharap dapat memberikan satu sumbangan yang baharu dan dapat melengkapkan kajian terdahulu dalam bidang linguistik. Selain itu, kajian ini juga dapat membantu menyusun semula keberadaan dialektal dialek Melayu Kedah

    Maklumat profil digital sistem dialektal Melayu Lenggong

    Get PDF
    Sistem digital berkaitan maklumat dialektal varian Melayu Lembah Lenggong tidak akan dapat diwujudkan jika maklumat keberadaan dialek berkenan tidak diperoleh. Justeru, dalam penulisan ini dijelaskan keberadaan sistem dialektal varian Melayu Lembah Lenggong. Lembah Lengong yang subur diapit kiri dan kanannya oleh pergunungan Bintang dan Banjaran Titiwangsa didiairi pula oleh Sungai Perak menjadikan kawasan ini tempat hunian manusia yang sudah wujud ribuan tahun yang lalu. Lima kampung dijadikan lokasi penelitian, iaitu Kampung Batu Sapi, Kampung Telemong, Kampung Luat, Kampung Batu Reng dan Kampung Sumpitan. Reka bentuk kajian adalah kualitatif deskriptif. Pengumpulan data menggunakan metod semak dan cakap dan dijabarkan melalui teknik temu bual mendalam berstruktur dan tidak berstruktur. Perakaman, pencatatan dan pengajuan gambar ialah teknik-teknik lain yang dimanfaatkan dalam usaha memperoleh data. Data dianalisis menggunakan pendekatan linguistik bandingan dan pemaparan data menggunakan terminologi khas dalam bidang ini, di samping penggunaan jadual yang bersesuaian. Hasil kajian mendapati bahawa sistem dialektal Melayu Lembah Lenggong mempunyai 8 buah vokal purba dan 18 buah konsonan purba. Wujud juga kesamaan ciri fonologi dalam varian-varian berkenaan kerana ciri kesamaan ini menceritakan bahawa tahap pemisahan antara varian ini masih baru apatah lagi kewujudan varian ini di sepangang Sungai Perak yang membenarkan akses terus berlaku. Signifikan kajian dialektal ini menggambarkan bahawa Perak mempunyai tiga jaringan dialek Melayu, iaitu sistem jaringan dialektal utara, sistem jaringan dialektal Lenggong-Kuala Kangsar dan sistem jaringan dialektal tengah

    Rekonstruksi vokal dan diftong Bahasa Melanau Purba

    Get PDF
    Kajian ini adalah untuk merekonstruksi vokal dan diftong bahasa Melanau Purba (BMLP) yang wujud di Sarawak. Rekonstruksi BMLP ini dijalankan dengan menggunakan kaedah perbandingan kualitatif. Rekonstruksi vokal dan diftong ini menggunakan kaedah rekonstruksi dalaman. Kriteria rekonstruksi yang digunakan ialah menentukan kata kognat, mencari perangkat kesepadanan, menentukan rekurensi fonem dan memperoleh fonem purba.Tiga belas varian Melanau (VM) Sarawak telah diselidiki, iaitu Bintulu (BT), Balingian (BLGN), Mukah (MKH), Oya (OA), Igan (IGN), Dalat (DLT), Matu (MT), Daro (DO), Medong (MDG), Sungai UD (SG UD), Rajang (RJG), Kanowit (KNWT) dan Tanjong (TJG). Hasil kajian membuktikan bahawa BMLP yang direkonstruksikan ini memiliki 5 fonem vokal, iaitu *i, *u, *o,*, dan *a dan 6 buah diftong, iaitu *-w, *-aw, *-aj, *-ej, *uj, dan *-oj. Kehadiran fonem-fonem purba ini, iaitu fonem vokal atau fonem diftong terjadi secara teratur dan dapat diramalkan. Keberadaan beberapa ciri sporadik pada fonem vokal, misalnya BMP *i, *u, *o, *, *a, dan fonem diftong, iaitu *-w, *-aw, *-aj, *-ej, *uj, dan *-oj pada distribusi yang tertentu adalah satu ciri yang menggambarkan bahawa fenomena ini terjadi masih baru dan sulit untuk diperjelaskan. Namun begitu, andaian awal kita ialah terjadinya inovasi sporadik ini kemungkinan disebabkan oleh faktor migrasi setempat. Proses migrasi ini baru terjadi sehingga mewujudkan ciri inovasi tersebut. Kajian rekonstruksi BMP ini adalah satu kajian pada tahap rendah dan kajian ini telah merintis usaha-usaha untuk merekonstruksi BMP pada tahap yang lebih tinggi, iaitu dengan melakukan perbandingan fonem vokal dan diftong dengan bahasa Melayu Polinesia Purba (PMP)
    corecore