2 research outputs found

    Penggunaan Buku Nombor dalam Pengajaran Awal Matematik Kanak-Kanak Prasekolah

    Get PDF
    Menyediakan kanak kanak untuk pendidikan awal Matematik mendapat banyak perhatian dalam bidang pendidikan awal kanak kanak. Perkembangan awal Matematik dan kemahiran literasi awal adalah saling berhubung kait. Buku nombor boleh membantu kanak-kanak memahami konsep dan memperkukuhkan lagi pengetahuan dan kemahiran awal Matematik. Artikel ini membincangkan tentang peranan buku nombor dalam membantu kanak-kanak belajar Matematik

    Membangunkan modul stem haiwan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah

    Get PDF
    Pembelajaran STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik) di peringkat prasekolah masa kini tidak kertelihatan dengan jelas. Kajian ini bertujuan membangunkan satu modul STEM haiwan dengan menggunakan pendekatan projek untuk kanak-kanak prasekolah. Pelaksanan aktiviti pembelajaran berasaskan pendekatan projek ini menfokuskan kepada aktiviti beberapa haiwan dalam membina tempat tinggal mereka (sarang). Hal ini dipercayai boleh meningkatkan minat kanak-kanak di peringkat awal terhadap STEM kerana aktiviti bertemakan Haiwan sangat sesuai dengan kanak-kanak. Fasa pertama melibatkan aktiviti pengenalan melalui video tentang haiwan. Fasa kedua melibatkan penyiasatan, penyoalan dan pelaksanaan aktiviti iaitu kanak-kanak akan berbincang dengan ibu bapa mereka dengan kolaborasi guru. Fasa ketiga memerlukan kanak-kanak menceritakan aktiviti yang dilaksanakan. Idea yang disampaikan oleh kanak-kanak selaras dengan usaha menjadikan mereka saintis kanak-kanak. Aktiviti ini merupakan satu contoh STEM pendekatan projek yang dapat dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri Sabah disebabkan Covid-19 dengan penglibatan guru, ibu bapa dan persekitaran sebagai guru ketiga dalam pendidikan awal kanak-kanak
    corecore