2 research outputs found

    Wajah moral masyarakat Melayu pascamoden: Antara realiti, harapan dan gagasan pendidikan moral tinggi

    Get PDF
    Dewasa ini dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru. Pascamodenisme yang ditandai arus gelombang peringkat ketiga telah memberi impak yang bukan sedikit dalam kehidupan moral masyarakat khususnya masyarakat Melayu. Nilai-nilai yang dibawah oleh ideologi pascamodenisme menerusi pelbagai medium telah memberi dampak moral-sosial yang amat menakutkan. Hal ini tidak terkecuali meresapi ke dalam jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu samada di Bandar mahu pun di luar Bandar. Statistik kebejatan social membuktikan hal ini. Sebut apa jua bentuk perlakuan tidak bermoral – pembunuhan, sumbang muhrim, pelacuran, gangsterisme, alkoholisme, perjudian, vandalisme dan sebagainya – setiap satu daripada amat ramai melibatkan masyarakat Melayu. Justeru itu, generalisasi dapat dibuat bahawa wajah moral masyarakat Melayu berada pada tahap yang amat kronik dan kritikal. Justeru itu, kertas kerja konseptual ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian. Pada bahagian pertama kami akan menghuraikan secara konsep-konsep asas kertas kerja ini selain memaparkan hujah ‘rupa bentuk wajah’ moral masyarakat Melayu dulu dan kini. Kami juga akan memberikan justifikasi sebab-sebab munculnya wajah moral masyarakat Melayu masa kini pada bahagian kedua kertas kerja ini, kami akan mengagaskan usaha-usaha yang telah dan sedang dibuat bagi ‘mencantikkan’ wajah moral masyarakat Melayu. Dalam hal ini, kami turut melontarkan idea dan kritikan pendekatan-pendekatan yang dibuat selain mengagaskan suatu pendekatan yang lebih bersepadu. Pada bahagian akhir kertas kerja ini, kami menampilkan suatu pendekatan pendidikan moral tinggi yang mampu mengembalikan semula wajah moral yang indah dan bersih itu

    Reka cipta & inovasi dalam perspektif kreativiti

    Get PDF
    Reka Cipta & Inovasi dalam Perspektif Kreativiti ialah sebuah karya yang memaparkan mauduk reka cipta daripada perspektif ilmiah. Buku ini memerihalkan konsep, teori dan praktis kreativiti, iaitu dalam konteks penjana idea, reka cipta dan penghasilan produk kreatif. Setakat ini tiada buku yang seumpamanya di pasaran memerihalkan tentang tema yang berkaitan tentang konsep, teori, teknik berfikir kreatif dan fungsi pemikiran kreatif. Ini berlaku kerana disiplin kreativiti masih baru dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Walaupun kreativiti itu sendiri telah lama digunakan dalam kehidupan seharian; namun ia masih belum dihadam secara ilmiah. Buku ini mengandungi enam bab dan setiap satu daripadanya digarap bertali-temati di antara satu sama lain. Bab 1 (Kreativiti dan Reka Cipta); Bab 2 (Perkembangan Reka Cipta); Bab 3 (Pereka Cipta dan Reka Cipta); Bab 4 (Reka Cipta Pada Era Inovasi); Bab 5 (Hadiah Nobel dan Kreativiti Saintifik) dan; Bab 6 (Negara Kreatif dan Inovatif)
    corecore