5 research outputs found

    Addressing Security and Architecture Through Proposing Innovative Conceptual Idea On Landed Housing Windows

    Get PDF
    Metal grill for housing windows that is fixed to the wall is commonly used in most of the residential houses in Malaysia. Due to high numbers of burglary cases reported across the country in a year, the feature seems desperately needed. However, the window grill creates a dispute, especially on the emergency exit, building façade, and opportunity to view surrounding outside. Through survey and input from the respondents, the purpose of the research is to propose an innovative idea on housing window that able to address both security and architecture aspects. Understanding behavior of typical housing residents, residents’ perception on window grill, and modus operandi of a burglar are important to ensure the innovation able to minimize the burglary ideation, without compromising the feature’s purpose as a housing window. Inspired by French windows of a traditional Malay kampong house, the design is improvised to correlate with the current context. In this research, the housing typology that is focused on is landed house, which may include bungalow, terrace, semi-detached, and townhouse

    Addressing Security and Architecture Through Proposing Innovative Conceptual Idea On Landed Housing Windows

    Get PDF
    Metal grill for housing windows that is fixed to the wall is commonly used in most of the residential houses in Malaysia. Due to high numbers of burglary cases reported across the country in a year, the feature seems desperately needed. However, the window grill creates a dispute, especially on the emergency exit, building façade, and opportunity to view surrounding outside. Through survey and input from the respondents, the purpose of the research is to propose an innovative idea on housing window that able to address both security and architecture aspects. Understanding behavior of typical housing residents, residents’ perception on window grill, and modus operandi of a burglar are important to ensure the innovation able to minimize the burglary ideation, without compromising the feature’s purpose as a housing window. Inspired by French windows of a traditional Malay kampong house, the design is improvised to correlate with the current context. In this research, the housing typology that is focused on is landed house, which may include bungalow, terrace, semi-detached, and townhouse

    Kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi pandemik Covid-19: kajian kes di Pulau Mabul, Sabah

    Get PDF
    Wabak COVID-19 yang dikesan pada 31 Disember 2019 di Wuhan, Wilayah Hubei, Republik Rakyat China akhirnya diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Di Malaysia, bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 berikutan peningkatan kes positif yang mendadak, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344), serta selaras dengan Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN 20). Pelaksanaan PKP ini melibatkan pelbagai fasa pengurusan kecemasan kesihatan awam termasuklah aspek kesiapsiagaan di pelbagai peringkat agensi atau institusi dan komuniti. Sehubungan itu, artikel ini membincangkan tentang langkah-langkah kesiapsiagaan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan berdasarkan MKN 20 di peringkat komuniti khususnya dalam memberikan kefahaman dan kesedaran tentang COVID-19 serta kaedah menanganinya, dengan fokus utama terhadap pengetahuan dan pematuhan dalam kalangan komuniti. Pendekatan kualitatif menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap 15 orang responden yang dipilih dalam kalangan pemimpinpemimpin komuniti dan ketua isi rumah telah digunakan dalam kajian ini. Kemudian, data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian mengenal pasti majoriti penduduk di Pulau Mabul adalah penduduk tiada kewarganegaraan dan tidak berpendidikan. Hal ini menyebabkan komuniti tersebut berdepan dengan isu pemahaman mengenai COVID19 dan kaedah menanganinya. Malahan ia turut mempengaruhi pematuhan komuniti terhadap Prosedur Operasi Standard (Standard Operating Procedure – SOP) PKP yang telah ditetapkan. Terdapat juga kontradiksi pematuhan SOP dalam kalangan kumpulan Bajau Laut (dikenali juga sebagai Palauh) yang tinggal di atas perahu disebabkan maklumat mengenai COVID-19 dan PKP tidak sampai kepada mereka. Begitu juga dalam hal berkaitan pengurusan kes suspek COVID-19 di mana pemimpin komuniti termasuk agensi penguatkuasa yang ada di Pulau Mabul tidak mendapat arahan yang khusus mengenainya. Hal ini menyebabkan aspek kesiapsiagaan dalam kalangan komuniti pulau ini berada pada tahap yang rendah. Justeru, pengukuhan pengetahuan dalam kalangan komuniti dapat mempengaruhi tindakan mereka untuk menghindari COVID-19 dan mematuhi SOP PKP. Selain itu, perlaksanaan langkahlangkah kesiapsiagaan yang lain seperti penyediaan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) dan latih amal yang berterusan oleh agensi yang terlibat juga wajar dilaksanakan di peingkat komuniti Pulau Mabul bagi membolehkan tahap kesiapsiagaan mereka ditingkatkan dalam menghadapi pandemik COVID-19

    Pengetahuan Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) dalam kalangan komuniti di Pulau Mabul, Sabah

    Get PDF
    Artikel ini membincangkan tentang pengetahuan dan pemahaman komuniti mengenai COVID-19 dan pelaksanaan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) yang bertujuan untuk membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Komuniti yang diberi fokus dalam kajian ini adalah komuniti yang tinggal di pulau atau dikenali sebagai komuniti pulau. Dalam konteks negeri Sabah, sebahagian penduduk tinggal di kepulauan terutama di daerah Semporna. Oleh kajian ini menjelaskan sejauh mana sosialisasi pendidikan COVID-19 dan SOP PKP berlaku dalam kalangan komuniti pulau, khususnya di Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Metodologi kajian yang digunakan pendekatan kualitatif melalui dua kaedah iaitu borang tinjauan dan temu bual separa berstruktur terhadap 105 orang responden yang terdiri daripada 13 peratus warganegara Malaysia, 9 peratus penduduk tetap, 21 peratus orang pelarian dan 57 peratus penduduk tiada kewarganegaraan. Unit analisis kajian ini adalah komuniti yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti dan ketua isi rumah. Data kajian mendapati pengetahuan komuniti Pulau Mabul mengenai COVID-19 berada pada tahap baik. Hal ini kerana ciri-ciri COVID-19 telah dapat digarap oleh responden dengan memberikan pelbagai ciri COVID-19 berdasarkan pengetahuan mereka. Pengetahuan tersebut banyak diperolehi daripada televisyen dan media sosial. Oleh kerana unit analisis kajian adalah komuniti, maka totaliti pelbagai ciri yang responden berikan menunjukkan bahawa komuniti Pulau Mabul tahu mengenai COVID-19 secara umum. Walau bagaimanapun, pengetahuan COVID-19 tidak berhubung secara positif dengan pengetahuan terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai tindakan kerajaan bagi memutuskan rangkaian COVID-19. Selain itu, aspek amalan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka dilihat amat terabai dalam komuniti Pulau Mabul. Antara faktor utama yang menyebabkan pengabaian ini adalah ramai komuniti di Pulau Mabul tidak berpendidikan kerana majoriti penduduk adalah bukan warganegara. Oleh itu, mereka tidak dapat memahami dengan jelas kepentingan pematuhan SOP dalam membendung wabak COVID-19 daripada tersebar. Keadaan ini amat membimbangkan kerana ianya boleh mendedahkan komuniti pulau terhadap jangkitan COVID-19

    Cabaran dan polemik bekerja dari rumah

    Get PDF
    Sebelum berlakunya pandemik COVID-19, amalan bekerja dari rumah (BdR) dalam kalangan negara-negara maju bermatlamat untuk meningkatkan keseimbangan kerjakehidupan pekerja. Sifat BdR yang anjal dan tugas yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja menjadikannya amalan popular di negara maju. Namun, asas amalan BdR dalam konteks pandemik COVID-19 di Malaysia adalah untuk mengekang penularan virus. Justeru, ketidakpastian mengenai pengaturan kerja yang anjal, perubahan tempat kerja dari pejabat ke rumah, serta adaptasi terhadap perubahan ini telah menimbulkan pelbagai pandangan dan polemik kerana keberkesanan tindakan yang disyorkan masih belum jelas dari aspek perundangan dan pelaksanaannya. Bersandarkan bahan sekunder dari kajian lepas, makalah ini membincangkan cabaran dan polemik pengamalan BdR ketika pandemik COVID-19. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tujuh tema cabaran dalam melaksanakan WFH ketika pandemik iaitu: kesampaian internet dan infrastruktur digital; persekitaran nyahmanusia; keseimbangan dan konflik kerja-kehidupan; produktiviti; peralihan tanggungjawab majikan kepada pekerja; waktu bekerja dan; pengasingan sosial. Sama ada amalan BdR ini akan diteruskan sebagai normal baharu selepas pandemik COVID-19, perkongsian pintar antara kesemua aktor yang terlibat seperti pemerintah, majikan, kesatuan sekerja mahupun pekerja adalah amat kritikal dalam memastikan kejayaan BdR sama ada ia akan kekal menjadi pilihan selepas pasca COVID-19 atau tidak. Ia harus digunakan secara bijaksana untuk memastikan pekerja dilatih, dimotivasi dan dimanfaatkan untuk memberikan yang terbaik ke arah hasil yang diinginkan
    corecore