2 research outputs found

    Perbandingan alat pengekstrakan data teks janaan pengguna

    Get PDF
    Era Big Data dan perlombongan data telah mewarnai dunia penyelidikan data teks yang dijana pengguna. Peningkatan pengguna media sosial setiap tahun bermaksud pertambahan data dan maklumat yang dijana pengguna memenuhi ruang pelayan di kerangka utama laman sesawang terlibat. Data dan maklumat ini amat bernilai sekiranya digunakan untuk tujuan penyelidikan. Namun begitu, bagaimanakah untuk mengekstrak bilangan data teks dalam jumlah yang banyak dengan mudah? Terdapat alat-alat pengesktrakan data teks yang telah dicipta untuk menyelesaikan masalah ini. Malah, banyak kajian terdahulu yang menggunakan data teks sebagai data utama dalam kajiannya tetapi tiada penerangan jelas tentang cara menggunakan alat pengekstrakan data teks tersebut. Oleh itu, kajian ini membincangkan berkenaan lima alat pengesktrakan data teks, ciri-ciri alat pengekstrakan data teks dan perbandingan terhadap 5 alat tersebut. Kajian ini telah melalui fasa penerokaan penting iaitu pemasangan perisian, pengujianan dan hasil output bagi setiap alat tersebut. Hasil kajian ini mendapati bahawa, setiap penggunaan alat pengekstrakan data teks mempunyai ciri istimewa yang tersendiri iaitu jenis perisian, tahap penggunaan, asas pengetahuan pengguna dan jenis laman sesawang yang boleh diekstrak. Selepas melalui proses pengujian bagi setiap alat, kajian ini mendapati bahawa alat pengekstrakan data teks ini sangat memudahkan pengguna untuk mendapatkan data teks dalam kuantiti yang banyak secara sistematik. Oleh itu, semoga kajian ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi membolehkan para penyelidik berinteraksi dan berkongsi idea dengan ramai orang serta menjadi rujukan untuk penyelidikan akan datang

    Model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial di institusi pendidikan tinggi

    Get PDF
    Dalam dunia pendidikan hari ini, penggunaan media sosial bagi menyokong tugas pengajaran dan pembelajaran diterima dan dilaksanakan secara meluas. Perkembangan ini bersesuaian dengan corak kehidupan pelajar yang mewakili generasi Z dalam mengakses maklumat dan berkomunikasi. Masih belum banyak kajian berkenaan penggunaan media sosial bagi tujuan pembelajaran bermakna yang boleh memberi pemahaman mendalam tentang perlaksanaannya di Institusi Pengajian Tinggi. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri penggunaan media sosial dan pembelajaran bermakna dan mencadangkan model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial di Institusi Pengajian Tinggi. Kajian ini dilakukan melalui pendekatan kualitatif menggunakan kajian literatur dengan melaksanakan analisis kandungan terhadap data yang dikumpulkan. Hasil kajian menunjukkan penggunaan media sosial dalam pembelajaran mempamerkan ciri kebebasan, fleksibel, autentik, individual dan masa nyata yang berpotensi untuk merangsang pelajar berinteraksi dengan bahan dan persekitaran pembelajaran bagi mengukuhkan pemahaman konsep dan mendorong kegunaan konsep dalam kehidupan. Model pembelajaran bermakna melalui penggunaan media sosial yang dicadangkan dijangka dapat memberi panduan kepada tenaga pengajar dan penyelidik tentang keserasian dua pendekatan dikaji untuk dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi
    corecore