3 research outputs found

    Penentuan tahap kelangkaan spesies tumbuhan hutan tropika sebagai langkah pemuliharaan di Rizab Biosfera UNESCO Malaysia

    Get PDF
    Pemuliharaan spesies tumbuhan tropika biasanya terhad kepada faktor taburan spesies di peringkat rantau Asia Tenggara tanpa mengambil kira faktor julat geografi setempat, limitasi taburan spesies kepada julat habitat yang khusus dan saiz populasi di peringkat landskap. Kajian ini melibatkan perbandingan kelangkaan spesies tumbuhan di tiga zon pengurusan Rizab Biosfera Tasik Chini (TCBR), Pahang. Tahap kelangkaan spesies dikelaskan kepada lapan sel (A–H) berdasarkan Skim Rabinowitz. Penentuan spesies yang endemik turut dilakukan berdasarkan Turner. Kajian merekodkan 771 spesies tumbuhan di TCBR. Sejumlah 600 spesies (77.8%) direkodkan sebagai spesies langka (Sel B–H) manakala selebihnya (22.2%) adalah spesies yang biasa ditemui (Sel A). Spesies yang paling langka (Sel H, 49.3%) adalah spesies dengan geografi yang terbatas, habitat yang khusus dan saiz populasi yang kecil. Sejumlah 20 spesies tumbuhan direkodkan sebagai spesies endemik. Dua daripada 20 spesies endemik tersebut ialah spesies yang biasa ditemui berdasarkan Skim Rabinowitz. Manakala, empat spesies endemik merupakan spesies langka yang mempunyai julat geografi yang meluas tetapi mempunyai habitat dan saiz populasi yang terhad (Sel D) dan 14 spesies endemik selebihnya ialah spesies yang paling langka (Sel H). Lebih kurang 76% spesies yang tidak endemik tetapi termasuk dalam kategori spesies langka. Kajian ini memberi penunjuk bahawa usaha pemuliharaan spesies pada peringkat landskap seperti TCBR perlu turut mengambil kira tahap kelangkaan setempat di samping faktor taburan spesies pada peringkat serantau

    Nilai Taksonomi ciri anatomi daun genus Schoutenia Korth. Malvaceae subfam. Brownlowioideae)

    Get PDF
    Kajian anatomi dan mikromorfologi daun telah dijalankan ke atas lima takson dalam genus Schoutenia Korth. (Malvaceae subfam. Brownlowioideae). Lima takson yang dipilih dalam kajian ini ialah S. kunstleri, S. leprosula, S. accrescens subsp. accrescens, S. accrescens subsp. borneensis dan S. accrescens subsp. stellata. Kajian anatomi melibatkan kaedah hirisan dengan mikrotom gelongsor pada bahagian petiol, lamina, tulang daun dan tepi daun, kaedah penjernihan lamina dan kaedah siatan epidermis daun, penjernihan dengan larutan peluntur, pewarnaan dengan Safranin dan Alcian Blue, pelekapan Canada Balsam dan cerapan bawah mikroskop cahaya. Kajian mikromorfologi melibatkan kaedah pendehidratan, titik pengeringan kritikal, saduran emas dan cerapan bawah mikroskop imbasan elektron. Objektif kajian ialah untuk melihat nilai taksonomi ciri anatomi dan mikromorfologi daun dalam genus yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat sembilan ciri sepunya, tujuh ciri variasi yang boleh digunakan untuk pembezaan spesies dan dua ciri diagnostik yang boleh digunakan untuk pengecaman spesies. Ciri tersebut ialah corak hiasan kutikel pada S. kunstleri dan juga kehadiran sel kolenkima lamela pada S. accrescens subsp. stellata. Hasil kajian menunjukkan ciri anatomi serta mikromorfologi daun dalam genus Schoutenia mempunyai nilai taksonomi terutama dalam pembezaan dan pengecaman pada peringkat spesies dan subspesies
    corecore