1 research outputs found

    Bentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid: satu tinjauan literatur

    Get PDF
    Komunikasi merupakan aspek yang amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara formal atau tidak formal. Pengajian takmir masjid merupakan salah satu bentuk pengajian tidak formal yang berkonsepkan pembelajaran sepanjang hayat (lifelong learning). Komunikasi dalam pengajaran ini lebih ditentukan mengikut mesej agar diterima oleh khalayak sasaran untuk membantu kefahaman dan penghayatan hidup beragama yang lebih berkualiti. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kajian deskriptif. Dengan menggunakan metod analisis kandungan, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentukbentuk komunikasi pengajaran dalam pengajian takmir di institusi masjid. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat bentuk komunikasi pengajaran yang digunakan dalam kalangan pengajar-pengajar takmir di Malaysia iaitu berbentuk komunikasi syarahan, motivasi, tunjuk cara dan berbantukan teks. Dapatan ini menunjukkan bentuk komunikasi yang digunakan memberikan kesan terhadap penerimaan pengajaran takmir di institusi masjid
    corecore