1 research outputs found

    Kesan lilin ke atas sifat hidrofobik permukaan daun pisang

    Get PDF
    Pengekstrakan lilin dilakukan ke atas dua jenis daun pisang iaitu Musa parasidiaca L. (pisang berangan) dan Musa acuminata Colla (pisang lemak manis) dengan merendamkan daun pisang ke dalam larutan kloroform bertujuan untuk mengenal pasti sifat-sifat hidrofobik dan pembersihan kendiri. Larutan hasil dikeringkan dan diikuti dengan proses penghabluran. Mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM) digunakan untuk melihat profil morfologi kedua-dua jenis sampel lilin dan elemen kimia yang diperoleh adalah karbon dan silikon melalui serakan x-ray (EDX). Takat lebur lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 80.2oC dan 82.9oC manakala sudut sentuhan air pada permukaan lilin Musa parasidiaca L. dan Musa acuminata Colla adalah 137.3o dan 132.8o. Sudut sentuhan bagi kedua-dua sampel lilin melebihi 90o menunjukkan daun pisang adalah bersifat hidrofobik yang mana Musa parasidiaca L. menunjukkan nilai sudut sentuhan yang lebih tinggi dan sesuai untuk aplikasi biomimetik. Pencirian yang terdapat pada lilin daun pisang boleh diaplikasikan di dalam industri salutan permukaan dan tekstil
    corecore