1 research outputs found

    Perkaitan konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasan keibubapaan dalam kalangan wanita bekerja semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)

    Get PDF
    Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada tahun 2020 sehingga sekarang telah memberi kesan kepada semua aspek kehidupan manusia termasuklah pengaruh konflik kerja dan keluarga terhadap kepuasaan keibubapaan wanita bekerja. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan untuk mengkaji pengaruh konflik kerja dan keluarga terhadap tahap kepuasan ibu bapa dalam kalangan wanita dwikerjaya sepanjang tempoh PKP. Seramai 339 respondan yang terdiri daripada wanita yang berkerja dari seluruh negara telah mengikuti kajian ini. Para responden dikehendaki untuk menjawab soal selidik yang terdiri daripada Parenting Sense of Competence Scale (PSOC) dan Work-Family Conflict Scale (WAFCS). Hasil kajian menunjukkan bahawa konflik kerja dan konflik keluarga yang dialami oleh responden akan mempengaruhi tahap kepuasan keibubapaan dalam kalangan wanita sepanjang tempoh PKP. Konflik kerja dan konflik keluarga yang dihadapi oleh wanita yang berperanan sebagai pekerja dan ibu dalam rumahtangga mempengaruhi kepuasaan keibubapaan wanita tersebut. Adalah amat penting untuk mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam dalam kajian-kajian seterusnya supaya pihak tertentu dapat membantu bagaimana untuk mengurangkan konflik kerjad an keluarga dalam kalangan wanita bekerja terutamanya semasa pandemik
    corecore