2 research outputs found

    Parameter penulisan wasatiyyah pendakwah untuk menangani ekstremis Melayu muslim menerusi media sosial

    Get PDF
    Fenomena ekstremisme agama bukanlah perkara baru dalam kehidupan manusia. Perkembangan teknologi dalam dunia kini secara tidak langsung cuba menjejaskan kehidupan orang Melayu Islam khususnya dalam penulisan di media sosial. Kumpulan ekstremis menjadikan media sosial sebagai salah satu platform untuk menyebarkan ideologi mereka. Medium tanpa sempadan ini menyebabkan kumpulan pelampau menyebarkan maklumat secara bebas dan mudah sehingga menyebabkan masyarakat Melayu Islam terpedaya dengan fahaman ekstrem. Pelbagai tulisan yang berbentuk ekstremis dan longgar bertebaran dalam masyarakat seperti tulisan yang mengelirukan tanpa ada sandaran rujukan, berita yang dipenuhi dengan fitnah, berita yang tidak benar, tulisan yang memburukkan ulama silam dan tulisan yang meragui kesahihannya tanpa menggunakan kaedah yang betul. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji parameter penulisan pendakwah wasatiyyah dalam menangani pelampau Melayu Islam. Kajian ini diperoleh menggunakan metodologi kualitatif iaitu melalui kaedah temu bual dengan 4 orang informan dan melalui perbincangan meja bulat yang terdiri daripada 5 orang panel. Pemilihan informan ditentukan secara persampelan bertujuan. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Atlas.ti. Hasil kajian ini mendapati bahawa antara parameter pemikiran wasatiyyah pendakwah dalam menangani pelampau Melayu Islam ialah pembuktian kaedah (manhaj) pembuktian yang sah dan tepat menurut ahli sunnah wal jamaah, sumber rujukan yang muktabar dan mengiktiraf kesarjanaan keilmuan silam. Implikasi daripada ukuran ini boleh dijadikan panduan kepada pendakwah dalam menangani golongan ekstremis Melayu Islam

    Had ta’lif dan sokongan sosial dalam mensejahterakan mualaf

    Get PDF
    Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan 120 | Had Ta’lif dan Sokongan Sosial dalam Mensejahterakan Mualaf sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka
    corecore