16 research outputs found

    Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Sebagai Medium Pembentukan Toleransi Etnik di Universiti Malaysia Sabah (UMS)

    Get PDF
    Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia atau TITAS ditawarkan sebagai kursus wajib di institusi pengajian tinggi (IPT) untuk mendedahkan para mahasiswa tentang sejarah perkembangan ketamadunan dunia dan Nusantara. Ia seterusnya bertujuan mewujudkan toleransi etnik di kalangan mahasiswa dalam kepelbagaian yang ada bersesuaian dengan konteks Malaysia yang berbilang kaum, etnik dan agama. Kajian ini dijalankan untuk meninjau keberkesanan kursus TITAS di Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai medium pembentukan toleransi etnik serta mengenalpasti keperluan kursus TITAS diteruskan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), UMS sebagai kursus liberal. Kaedah tinjauan menerusi borang soal selidik diadaptasi bagi menjawab objektif kajian dengan penglibatan seramai 475 orang mahasiswa yang telah mengambil kursus TITAS semasa berada pada tahun pertama pengajian. Dapatan kajian diperihalkan secara deskriptif dan kajian ini mencadangkan agar penawaran kursus TITAS diteruskan di PPIB, UMS bagi melestarikan sumbangan TITAS sebagai medium pembentukan toleransi etnik dalam kalangan mahasiswa

    Ethnic Relation Across Religion and Culture in Schools: A Narrative Research

    Get PDF
    Malaysia is a nation of multi-racial society in Peninsular Malaysia, Sabah dan Sarawak. Multiracialism in Malaysia requires a harmonious form of ethnic relations to ensure the nation’s solidarity. Therefore, ethnic relations across religion and culture among students is imperative as it is the core that shapes the concept of cultural unity at the preliminary schooling phase. However, previous studies have shown ethnic relations among school students from different religions and cultures to be distant dan unfriendly. This was due to suspicion, ethnocentrism and polarization among others. The objective of this study focuses on the ethnic relations across religion and culture among students in a few secondary schools in the district of Kudat, Sabah. Qualitative method with narrative research data collection was adopted by interviewing 12 experienced teachers as the research informants. Narrative research describes the process of collecting and analyzing stories people are telling about their experiences. The findings indicated excellent ethnic relations across religion and culture among the students. These findings explain the needs to sustain this form of harmonious relationship because it represents the situation for the future Malaysian generations in their efforts to consistently maintain the existing ethnic relations. This study is also imperative because harmonious ethnic relations across religion and culture among students in Sabah can be used as a platform to formulate an effective ethnic relations model that crosses religion and culture within the Malaysian contexts

    Aplikasi Teknik NGT (Nominal Group Technique-Teknik Kumpulan Nominal) dalam penilaian elemen model pembangunan profesionalisme pengurusan Pendidikan Islam

    Get PDF
    This article discussing about Nominal Group Technique (NGT) in assessment of an Islamic Education teaching professionalism model. The objective is to determine to what extent this technique can adopted in assessing the elements of the main component of themodel. This technique was conducted in final phase of researcher’s research about the development of an Islamic education teaching professionalism model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ to identify the usability of that model. The findings show this technique can help the researcher to gain the data in simple and fastest way becausethe usability of the model can acquire directly from the items percentage score

    Analisis kandungan standard profesionalisme keguruan: Cadangan implimentasi Standard Keguruan Pendidikan Islam Berasaskan ‘Riadhah Ruhiyyah’

    Get PDF
    Kajian ini adalah analisis kandungan standard guru di Malaysia dan beberapa negara lain. Objektif kajian adalah untuk mengkaji kandungan standard guru ini dan mencadangkan Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berdasarkan ‘Riadhah Ruhiyyah’ sebagai salah satu elemen dalam standard guru di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM) dan pelbagai standard guru dari negara lain yang diakses dalam talian sebagai instrumen dalam kajian ini. Dari tinjauan ini, piawaian guru Pendidikan Islam yang berpusat pada Model Profesionalisme Guru Pendidikan Islam berdasarkan ‘Riadhah Ruhiyyah’ dipastikan sebagai elemen yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam standard guru di Malaysia

    Analisis kandungan standard profesionalisme keguruan : cadangan implimentasi standard keguruan Pendidikan Islam berasaskan ‘RIADHAH RUHIYYAH’

    Get PDF
    This study is an analysis of the contents of the teacher standards in Malaysia and several other countries. The objective of the study was to examine the contents of these teacher standards and propose an Islamic Education Teacher Professionalism Model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ as one of the elements in the teacher standards in Malaysia. This study utilised the content analysis method with the Standard Guru Malaysia (SGM) document and various teacher standards from other countries which were accessed online as instruments in the study. From this review, Islamic Education teacher standards centred on the Islamic Education Teacher Professionalism Model based on ‘Riadhah Ruhiyyah’ were ascertained as viable elements to be incorporated into the teacher standards in Malaysia

    Content Analysis of Bahasa Melayu Skills in the Malaysian Preschool Curriculum

    Get PDF
    This study aimed to explore contents of Bahasa Melayu skills in the Malaysian preschool curriculum in Speaking and Listening Skill, Reading Skill and Writing Skill. Information obtained through the content analysis method. The National Preschool Curriculum 2001 and the National Preschool Standard Curriculum (Curriculumand Assessment Standard Document (KSPK DSKP 2017 Revision)) for Bahasa Melayu were used to identify the contents of the Bahasa Melayu skills in the preschool curriculum. The results showed that both documents fulfilled the needs of preschool education curriculum, which aimed for students to master language skills effectively. This paper also proposes teachers to prepare effective and fun instructional lessons for their students, which increases teacher’s creativity in designing teaching aids and varying their learning strategies according to the suitability of the students based on the latest KSPK 2017 Revision

    Pembangunan Model Khidmat Komuniti Pendidikan Atas Talian (Online Education Community Service - Oecs) Berorientasikan Sulam (Service Learning Malaysia - University for Society)

    No full text
    Penulisan ini mencadangkan pembangunan Model Khidmat Komuniti Pendidikan Atas Talian (OECS) Berorientasikan SULAM (Service Learning Malaysia - University for Society). Tujuannya adalah untuk memenuhi keperluan aktiviti khidmat komuniti pelajar yang tidak dapat dijalankan secara bersemuka ekoran keterbatasan pergerakan dalam situasi pandemik Covid-19. Cadangan dalam penulisan ini dibangunkan berasaskan dapatan kaedah kualitatif menerusi tinjauan literatur berkaitan aspek khidmat komuniti dalam kalangan pelajar. Bagi merealisasikan pembangunan model dihasratkan, beberapa metodologi kajian serta kaedah persampelan dicadangkan dalam penulisan ini. Antaranya adalah agar kaedah Kajian Rekabentuk dan Pembangunan (Design and Development Research - DDR Approach) dilaksanakan untuk membangunkan model. Ia boleh dijalankan secara berfasa menerusi fasa analisis keperluan, fasa rekabentuk komponen model serta fasa pembangunan model. Fasa analisis keperluan melibatkan kajian kepustakaan dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Fasa rekabentuk komponen model meliputi kaedah temubual separa berstruktur bersama pelajar, pensyarah serta ahli komuniti manakala kaedah soalselidik hanya melibatkan responden dari kalangan pelajar. Data kaedah temubual dicadangkan untuk dianalisis menggunakan perisian Nvivo manakala data kaedah soalselidik kajian rintis serta kajian sebenar dianalisis menggunakan perisian SPSS. Fasa pembangunan model kemudian diadakan melibatkan bengkel konsensus pakar menggunakan kaedah Teknik Fuzzy Delphi Method (FDM) berpandukan dapatan yang dimurnikan dari fasa pertama dan kedua kajian. Seterusnya dapatan fasa pembangunan model dianalisis menggunakan perisian Excel. Hasil penulisan ini diharap dapat menghasilkan satu cadangan pembangunan Model Khidmat Komuniti Pendidikan Atas Talian (OECS) Berorientasikan SULAM (Service Learning Malaysia - University For Society) selaras dengan hasrat pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menekankan kombinasi di antara hasil pembelajaran kursus dengan aspek khidmat komuniti dalam menghasilkan pelajar bersifat holistik. Dengan kata lain, pelajar berkongsi pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di universiti bersama anggota masyarakat dalam usaha menjadikan institusi pengajian tinggi sebagai Pusat Kecemerlangan (Centres of Excellence) ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 selain memenuhi Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs - Sustainable Development Goals) dalam usaha menjana aspek Pendidikan Berkualiti (Quality Education)

    Analisis kandungan terhadap penampilan kandungan, soalan dan aktiviti buku teks Bahasa Melayu Kurikulum standard Sekolah Rendah Tahap Dua: Data Anekdot

    Get PDF
    This qualitative study aimed to examine the appearance of Bahasa Melayu Primary School Standard Curriculum (KSSR) textbooks level two. Researchers use anecdotal data analysis as a techniqueof data collection and its analysis. The focus of the study was onthe appearance of the contents of the textbook, the instructions and content of the activities and the questions displayed. The data were qualitatively collected based on anecdotal data analysis form adapted by researcher from previous studies. The findings show that the appearance of the contents of Bahasa Melayu textbooks KSSR quite interesting in terms of visual display and has good continuity and sequence of topics and sub-topics. However, some activities and exercises showed certain weaknesses such asinstructions that are relatively general and unclear, repetitive and less likely to lead to critical thinking, problem solving and analogy

    Tinjauan penerimaan terhadap aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)

    Get PDF
    Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) menterjemahkan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam yang merencanakan pendidikan holistik sebagai asas untuk mencapai aspirasi pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk memenuhi keperluan tersebut dengan meninjau penerimaan terhadap aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar kerana perkara ini berkaitrapat dengan aspek sahsiah, nilai dan kerohanian dalam aspirasi dihasratkan. Kajian dilaksanakan dengan menggunakan kaedah kuantitatif menerusi edaran set soal selidik. Peserta kajian adalah seramai 82 orang pelajar dari sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di daerah Kota Kinabalu. Hasil analisis soal selidik menunjukkan penerimaan pelajar SMKA terhadap aspek hubungan etnik rentas agama dan budaya adalah baik dan memberangsangkan. Dalam aspek hubungan tersebut, para pelajar saling menghormati kepercayaan rakan-rakan berlainan agama, etnik dan budaya. Para pelajar juga bersedia untuk bergaul, melakukan aktiviti bersama, bekerjasama dan tolong-menolong dalam hal akademik dan program sekolah di samping sentiasa berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru dari rakan-rakan berlainan etnik dan budaya. Dapatan positif kajian ini sangat penting untuk memenuhi aspirasi PPPM 2013-2025 di samping mencapai falsafah penubuhan SMKA ke arah melahirkan pelajar berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa serta bertanggungjawab mengamalkan cara hidup Islam demi sumbangan untuk agama, diri, ummah dan negara

    Analisis kandungan kemahiran bahasa melayu dalam kurikulum prasekolah di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan meneroka kandungan kemahiran Bahasa Melayu kurikulum prasekolah di Malaysia khususnya dalam aspek Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca serta Kemahiran Menulis. Data diperoleh melalui kaedah analisis kandungan. Dokumen Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2001 serta Dokumen Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran -DSKP Semakan 2017) digunakan untuk mengenalpasti kandungan mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat prasekolah dalam kemahiran yang dinyatakan. Dapatankajian menunjukkan dokumen berkenaan memenuhi keperluan kurikulum pendidikan prasekolah yang bertujuan supaya murid menguasai kemahiran bahasa secara berkesan. Justeru kajian mencadangkan guru melakukan persediaan pengajaran dengan efektif agar murid memperoleh pembelajaran menyeronokkan. Hal ini akan meningkatkan kreativiti guru dalam menghasilkan bahan pengajaran serta mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengikut kesesuaian murid berpandukan KSPK Semakan 2017 terkin
    corecore