2 research outputs found

    Mengurus ruang jenayah: suatu tinjauan dasar pengurangan jenayah di Malaysia

    Get PDF
    Pelakuan jenayah merupakan antara fenomena permasalahan sosial yang melanda kebanyakan bandar di dunia. Permasalahan ini menunjukkan peningkatan dan menimbulkan reaksi kebimbangan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sama ada di pihak pemerintah mahupun masyarakat awam. Pelbagai pendekatan dan usaha terus dijalankan dalam menanganinya, namun kadar jenayah negara masih kurang berkesan ditangani pada keseluruhannya. Artikel ini mengupas, meneliti dan mengetengahkan beberapa dasar yang telah dilakukan kerajaan Malaysia dalam mengurangkan kadar pelakuan jenayah di negara ini. Penelitian dasar difokuskan kepada penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia atau Malaysia Crime Prevention Foundation (MCPF) pada 1993 dan terbentuknya Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang berprinsipkan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dan manjadi landasan pembentukan National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara. Hasil tinjauan menunjukkan dasar pengurangan jenayah telah berjaya dalam membendung permasalahan jenayah negara secara keseluruhannya.Dapat disimpulkan bahawa kepelbagaian pendekatan dalam usaha pengurangan masalah pelakuan jenayah di Malaysia telah meningkatkan imej Malaysia sebagai antara negara yang diiktiraf di peringkat global sebagai paling selamat dan aman

    corecore