3 research outputs found

    Realisasi masa mula bersuara bunyi plosif dalam penghasilan bahasa Ibunda dan bahasa Melayu oleh penutur lelaki Itali

    Get PDF
    Kertas penyelidikan ini membentangkan dapatan daripada kajian akustik masa mula bersuara (MMS /VOT) obstruen plosif penutur lelaki Itali yang berbahasa Melayu sebagai bahasa ketiga. Penutur merupakan penutur jati bahasa Itali tetapi berupaya bertutur dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, bahasa Tagalog dan bahasa Melayu Indonesia dengan fasih. Menerusi penggunaan perisian PRAAT (Boersma, 2011) dan analisis spektrografik, kajian ini meneliti MMS bunyi plosif yang dirakam menggunakan perakam digital Sony Stereo IC ICD-PX440. Data bahasa Itali (Bit) dan bahasa Melayu (BM) telah digunakan untuk melihat ciri-ciri akustik yang boleh ditemui dalam dua bahasa berbeza yang dituturkan oleh seorang penutur yang sama. Aspek akustik yang difokuskan ialah MMS bagi bunyi di posisi awal kata. Hasil kajian ini dibandingkan dengan kajian MMS yang telah lepas. Hasil analisis realisasi kontras penyuaraan, subjek menunjukkan nilai plosif tidak bersuara [p,t] ketika menuturkan BIt adalah lebih tinggi berbanding bunyi yang sama ketika menuturkan BM. Bunyi plosif tidak bersuara [k] dalam Bit adalah lebih rendah berbanding BM. Walau bagaimanapun, nilai bunyi plosif bersuara [b,d] dalam BIt dan BM hanya berbeza sedikit sahaja berbanding bunyi [g] yang memaparkan nilai yang sangat tinggi ketika penutur menuturkan data dalam BM. Penutur ini merealisasikan MMS bunyi plosif dalam penghasilan BIt dan BM berkategori SVL lwn. VLd. Dapatan ini turut memperlihatkan kadar getaran pita suara penutur Itali ini adalah berbeza bagi penghasilan bunyi plosif velar bersuara dan tidak bersuara ketika menuturkan Bit dan BM

    Pemerian akustik plosif Bahasa Iban berasaskan kaedah analisis spektrograf

    Get PDF
    Sorotan kosa ilmu menunjukkan bahawa kajian-kajian fonologi BIb yang menggunakan fonetik akustik (analisis spektrograf) sebagai pendekatan kajian adalah sangat terbatas.Makalah ini, justeru, berusaha meneliti realisasi fonetik bunyi plosif bahasa Iban. Ujian Pengujaran melibatkan seramai 41 orang penutur natif berbangsa Iban. Penelitian ini menggunakan pendekatan fonetik akustik iaitu analisis spektrograf ciri-ciri akustik plosif bahasa Iban yang hadir di posisi awal kata. Parameter bagi semua spektrogram dalam kajian ini ditetapkan dengan nilai standard iaitu 0-5000 Hz bagi julat frekuensi, 1 saat bagi kepanjangan tetingkap (Window Length) dan 60 dB bagi julat daya gerakannya. Pengukuran nilai VOT dilakukan dengan meletakkan kursor pada jaluran menegak yang menandakan kehadiran ledakan bunyi yang dirujuk sebagai Transient Burst of Noise. Hasil analisis akustik menyerlahkan realisasi fonetik yang dimiliki oleh plosif tak bersuara dan plosif bersuara bahasa Iban. Dapatan menunjukkan bahawa bunyi plosif bahasa Iban berada dalam kelompok bahasa yang memiliki Masa Mula Suara (VOT) bercirikan Penyuaraan Tertunda Singkat (SVL) bagi plosif tak bersuara dan Penyuaraan Awalan (VLd) bagi plosif bersuara. Penelitian ini mendapati VOT mampu menjadi isyarat akustik yang kompeten menyerlahkan ciri-ciri akustik setiap plosif yang diteliti. Data spektrogram menyerlahkan ciri-ciri akustik bunyi bahasa secara spesifik dan menjadi bukti sahih dalam menjelaskan ciri-ciri bunyi kajian. Perbezaan kontras penyuaraan antara plosif tak bersuara dengan plosif bersuara ditentukan dengan kehadiran Transient Burst Of Noise dan palang suara yang menentukan sama ada VOT berkenaan bercirikan positif ataupun negatif. Kajian yang melibatkan bunyi bahasa Iban harus mempertimbangkan fonetik akustik sebagai satu pendekatan kajian kerana pendekatan seperti ini lebih bersifat saintifik dalam meneliti serta memerihalkan isu atau permasalahan yang timbul dalam kosa ilm

    Realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif awal kata dialek Melayu Patani Lenggong

    Get PDF
    Kajian ini merupakan kesinambungan usaha pengkaji terdahulu yang telah mengkaji realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif Bahasa Melayu. dialek Melayu Patani Lenggong (dMPL) dipilih sebagai fokus kajian kerana varian ini sangat kurang dikaji secara instrumental. Perbincangan bertumpu kepada hasil analisis realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif /p,b,t,d,k,ï§/ di awal kata yang terkandung dalam pertuturan dua orang informan berlainan jantina yang berasal dari Kg. Luat, Lenggong di Perak. Data pertuturan informan dirakam dan dianalisis menggunakan perisian Praat dipaparkan dalam bentuk rajah spektrogram. Kajian ini menunjukkan bahawa dMPL memiliki bunyi plosif tak bersuara bercirikan penyuaraan tertunda singkat (SVL) dan bunyi plosif bersuara bercirikan penyuaraan awalan (VLd). Hasil dapatan turut menunjukkan bahawa pola realisasi kontras penyuaraan dMPL adalah bersamaan dengan dapatan kajian lepas berkaitan akustik varian bahasa Melayu. Kajian realisasi kontras penyuaraan bunyi plosif di awal kata dMPL ini merupakan sebuah kajian rintis yang mampu dimanfaatkan bagi membina sebuah kajian yang lebih berwibawa. Kajian lanjut wajar melibatkan lebih banyak penanda akustik, di samping membandingkannya dengan faktor-faktor sosial dalam penghasilan bunyi plosif penutur dialek Melayu Patani di kawasan yang lebih luas cakupannya, iaitu daerah Hulu Perak
    corecore