8 research outputs found

    Penilaian psikologi profiling di antara penglibatan belia lelaki dan wanita dalam sukan taekwondo di Kota Kinabalu

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji penilaian psikologi profiling dari segi perkembangan kemahiran-kemahiran mental (kemahiran asas, kemahiran psiko-somatik dan kemahiran kognitif) ke atas para atlet belia lelaki dan wanita yang menyertai sukan taekwondo. Seramai 43 atlet belia yang menyertai sukan taekwondo dalam 3rd Asian University Malaysia Championship dijadikan sebagai responden. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur kemahiran-kemahiran mental adalah Ottawa Mental Skills Assessment Tool-3 (OMSAT-3). Alat kajian ini mengukur kemahiran-kemahiran mental dalam tiga kategori iaitu kemahiran asas, kemahiran psiko-somatik dan kemahiran kognitif. Hasil kajian menunjukkan peserta wanita cenderung mempunyai kemahiran psikosomatik dari segi kawalan ketakutan, manakala atlet lelaki cenderung dalam kemahiran asas. Ini bermakna, sukan taekwondo membantu dalam meningkatkan kemahiran-kemahiran mental terutama belia wanita dalam pembentukan kemahiran psiko-somatik iaitu pengawalan dari segi ketakutan dan tekanan. Penglibatan dalam sukan taekwondo juga membantu dalam pembentukan kemahiran kognitif para belia wanita dalam membuat perancangan dan lebih fokus dalam menghadapi situasi yang mencaba

    Psychometric Properties of the Job Related Skills Inventory in Malaysia Context

    Get PDF
    The objectives of the current study were to test the internal consistency, convergent and discriminant validity and item analysis of the Job-Related Skills Inventory in the Malaysian context. The study was conducted among 102 employers from the various government departments in Sabah, Malaysia. Cronbach alphas calculated to assess the inventory internal consistency of the inventory. The evidence for convergent validity of the inventory was tested by examining the inter-correlation between sub-aspect of the skills and correlation between the sub-aspects and the four dimensions of Industrial Revolution job-related skill. The discriminant validity of the Inventory was determined by examining the correlation between the inventory score and the scores of the Short Social Desirability Scale. Item analysis was also conducted to test the suitability and gaugeable of the Job-Related Skills Inventory items in the Malaysian context. The scale demonstrated good internal consistency (Cronbach alpha ranged from 0.87 to 0.95). The result reported The Job-Related Skills Inventory convergent and discriminant validity was confirmed with the strong relationship among the Inventory dimensions and strong relationship with the four dimensions of Industrial Revolution job-related skill as compared to weak and negative correlation coefficients between the inventory and the Social Desirability Scale. The result of item analysis also indicated all the items were good and suitable to use in the Malaysian context

    Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan

    Get PDF
    Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi individu terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan, persepsi terhadap perasaan individu apabila berlaku kecurangan serta persepsi terhadap daya tindak yang dilakukan oleh individu jika berlaku kecurangan dalam hubungan.Seramai 191 orang (63 lelaki dan 128 perempuan) yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia telah dijadikan sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang dibangunkan oleh Gallagher (2010) telah digunakan dalam kajian ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Namun demikian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek persepsi terhadap kecurangan fizikal dan emosi, perasaan yang dialami jika berlaku kecurangan dan daya tindak yang dilakukan jika berlaku kecurangan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan

    Hubungan antara penghargaan kendiri dan kebahagiaan dalam kalangan pelajar

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara penghargaan kendiri (pencapaian, sosial dan penampilan) dan kebahagiaan dalam kalangan pelajar. Seramai 176 pelajar di salah sebuah sekolah menengah di Sandakan telah dijadikan sebagai responden kajian. Penghargaan kendiri diukur menggunakan State Self Esteem Scale (SSES) dan Oxford Happiness Inventory (OHI) digunakan untuk mengukur kebahagiaan. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan kebahagiaan dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penghargaan kendiri dan kebahagiaan. Selain itu, didapati juga terdapat hubungan yang signifikan antara tiga aspek penghargaan kendiri (pencapaian, sosial dan penampilan) dan kebahagiaan. Implikasi penemuan dan kesimpulan turut dibincangkan

    The relationship between peer attachment and delinquent behavior among young offenders

    Get PDF
    This study examined the relationship between peer attachment and delinquent behavior among young offender in Sabah. A total of 92 young offenders aged 16-21 years old were selected by using purposive sampling method from rehabilitation institutions in Sabah. The revised version of Inventory of Parents and Peers Attachments (Revised-IPPA-R) and the Junger Delinquency Scale were used in this study. The results showed that there is no significant relationship between peer attachment and delinquent behaviour (r=.023, k>0.05). Recommendations are discussed where attachment could be included as a target for intervention

    Persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan pasangan mengikut jantina

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi terhadap faktor pencetus kecurangan (kecurangan fizikal dan emosi) pasangan mengikut jantina. Seramai 695 orang yang terdiri daripada pekerja dan pelajar prasiswazah di salah sebuah universiti awam di Malaysia telah dijadikan responden kajian. Responden dikehendaki melengkapkan satu set soalan terbuka untuk mendapatkan maklumat mengenai faktor pencetus kecurangan. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat enam tema utama yang menjadi persepsi faktor pencetus kecurangan terhadap pasangan bagi lelaki dan tujuh tema utama bagi perempuan. Faktor komunikasi dipersepsikan sebagai faktor utama pencetus kecurangan. Terdapat tiga sub tema dalam faktor komunikasi iaitu ketiadaan persefahaman bagi kedua-dua jantina dan tambahan sub tema salah faham dan sentiasa bergaduh antara pasangan bagi perempuan. Data telah dianalisis dengan menggunakan pendekatan indigenous psychology melalui pengkategorian, pengkodan terbuka dan pengkodan paksi. Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan

    Hubungan Gaya Asuhan Ibu Bapa Dengan Kecerdasan Emosi Remaja Awal

    Get PDF
    Gaya asuhan yang diterima oleh anak-anak sewaktu mereka kecil akan memberi kesan kepada perlakuan dan gaya berfikir kanak-kanak terutamanya pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara gaya asuhan ibu bapa dan kecerdasan emosi remaja awal. Kajian yang dijalankan di sekitar Sabah ini melibatkan 108 orang remaja lelaki dan perempuan yang berumur di antara 12 hingga 15 tahun. Borang soal selidik telah digunakan untuk pengumpulan data. Soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian. Bahagian A untuk memerihal ciri demografi responden yang dikaji; Bahagian B ialah Parental Authority Questionnaire (PAQ) untuk mengukur gaya asuhan ibu bapa dan, Bahagian C ialah The Assessing Emotions Scale (AES) yang digunakan untuk mengukur kecerdasan emos remaja. Data yang diperolehi dianalisis melalui analisis deskriptif dan ujian kolerasi sampel bebas menggunakan IBM SPSS versi 27. Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan bagi ketiga-tiga jenis gaya asuhan ibu bapa iaitu autoritarian (r = .462), autoritatif (r = .456) dan permisif (r = .354) dengan kecerdasan emosi remaja awal
    corecore