3 research outputs found

    Comparison of green design strategies in five traditional Malay houses

    Get PDF
    The traditional Malay house architecture is undoubtedly one of the ideal green ideal design concepts that can be applied in Malaysian housing development for sustainability. Not only does it have unique features that symbolize national identity, but it is also an important example with various design strategies for habitable space based on local climate and sociocultural aspects. Nowadays, Malaysia’s construction sector has changed due to modernization and being replaced and disintegrated by modern influences. Thus, it erodes the values of the existing green design approaches commonly found in the design of traditional Malay house architecture, that respond well to the local sociocultural and climate conditions. The objective of this study is to identify the green approaches in traditional Malay houses in Malaysia. This study used a qualitative approach, which is a combination of literature studies and site observations. For the site observations approach, it limited to traditional Malay houses from five out of eleven states in Peninsular Malaysia. The investigated traditional Malay houses are from Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Terengganu, and Kelantan. The findings of the study show that the architecture of these traditional Malay houses have many green design strategies which prove the sustainability aspect exist in all investigated traditional Malay houses. Thus, this study lists 22 of typically found green design strategies in traditional Malay houses and it can be used as reference or guideline for designing homes in Malaysia

    Strategi kelestarian dalam bangunan tinggi

    Get PDF
    Penulisan ini akan memfokuskan perbincangan berkenaan strategi yang perlu diambil kira dalam merekabentuk sebuah bangunan pencakar langit yang berpandukan senibina lestari. Ini menunjukkan bagaimana perpindahan teknologi di dalam area pembinaan telah diguna pakai dalam sistem bangunan pencakar langit untuk mencapai prestasi terbaik. Ini kerana proses merekabentuk bangunan tinggi melibatkan pelbagai bidang termasuklah komponen senibina, struktur, dan sistem HVAC (heat, ventilation and air conditioning). Beberapa contoh bangunan generasi baru yang menitikberatkan kelestarian dalam bangunan dijadikan sebagai rujukan kajian kes. Kajian ini telah menyimpulkan bahawa bangunan tinggi akan menggunakan tenaga yang tinggi, golongan pereka pada generasi akan datang akan beralih kepada strategi rekabentuk “tenaga sifar” secara berperingkat. Dalam pendekatan ini, iklim setempat menjadi salah satu daripada kelebihan untuk rekabentuk bangunan yang menjadikan bangunan itu sendiri sebagai sumber tenaga. Tidak mustahil pada satu masa nanti, bangunan tinggi akan menghasilkan tenaga tambahan yang boleh dijual kepada pusat janakuasa bandar

    Aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di jalan warisan bandar lama Kajang

    Get PDF
    Di dalam reka bentuk bandar, jalan merupakan salah satu elemen penting yang berfungsi sebagai ruang awam terbuka terutamanya di Malaysia. Imej sesebuah jalan pada masa yang sama menggambarkan karakter sesebuah bandar. Jika sesebuah jalan itu mempunyai persekitaran yang selamat serta mesra pejalan kaki, maka perkara yang sama juga menggambarkan bandar tersebut. Namun pembangunan pada hari ini, banyak jalan-jalan di bandar warisan memaparkan suasana kurang selamat terutamanya di waktu malam kerana tiadanya atau kekurangan aktiviti. Maka, objektif penulisan ini adalah membincangkan faktor aktiviti yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di Jalan Mendaling dan Jalan Tukang, Bandar Warisan Kajang Selangor. Jalan tradisional tersebut dipilih sebagai kajian kes kerana ia berfungsi sebagai ruang awam terbuka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi teknik temu bual dan pemerhatian tapak. Responden untuk temubual adalah pengguna jalan yang terdiri dari pengguna statik dan mobil di mana ia melibatkan 20 orang. Kesemua data akan dibincangkan menerusi analisis persilangan dan dikaitkan dengan kajian literatur sebelum penemuan diperoleh. Penemuan menunjukkan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada persekitaran yang selamat di kawasan kajian. Ia adalah kegunaan bangunan bercampur dengan penginapan, Kepelbagaian perniagaan dan perkhidmatan serta masa operasi perniagaan. Penemuan ini dapat menyumbang kepada arkitek, pereka bentuk dan perancang bandar, bagaimana menghidupkan persekitaran yang selamat dan mesra pejalan kaki sekaligus
    corecore