4 research outputs found

    Penghijrahan manusia dari perspektif Islam

    Get PDF
    Penghijrahan manusia hakikatnya telah berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW lagi. Penghijrahan dalam Islam bukan sahaja berbentuk lahiriah iaitu perpindahan fizikal dari satu negara ke negara yang lain, namun disertai dengan perpindahan batiniah iaitu dilakukan kerana Allah SWT dan rasul-Nya serta beralih daripada sifat-sifat tercela kepada sifat-sifat terpuji. Seiring dengan peredaran zaman, bentuk dan matlamat penghijrahan manusia turut berubah. Penghijrahan kini dominan berlaku atas faktor mempertingkatkan taraf ekonomi individu, keluarga dan negara. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk mengetengahkan semula hukumhakam penghijrahan dari sisi pandang Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen. Kajian mendapati bahawa hukum penghijrahan terbahagi kepada wajib, sunat, harus dan haram. Hukum tersebut berbeza mengikut tempat dan kondisi yang berlaku. Penghijrahan juga merupakan satu ibadah kepada Allah yang perlu dilaksanakan dengan ikhlas kepada-Nya. Hukum-hukum tersebut terpakai sehingga ke hari kiamat. Oleh itu, kajian ini diharapkan dapat menjadi panduan agar aktiviti penghijrahan tidak berpaksikan kepada tuntutan lahiriah semata-mata tetapi disertai dengan tuntutan batiniah

    Tun Mustapha and the Strengthening of Islam in Sabah: 1963 - 1973

    Get PDF
    Pada awal kemerdekaan Sabah, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam menghadapi kekangan untukdilaksana dan dikembangkan. Hal inikerana komposisi orang Islam yang minoritidan tampuk politik majoritinya dibarisi oleh orang bukan Islam. Senario ini telah memberikan implikasi yang besar apabila sukar untuk mengangkat suara orang-orang Islam dalam dasarpentadbiran dan pembangunan negeri.Berdasarkan kepada senario tersebut, wujud keperluan yang jelas untuk membuat perubahan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranyaTun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang telah dilakukan oleh Tun Mustapha dalam mengangkat Islam kepada kedudukan yang lebih baik dan kukuh di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual.Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajianmendapatiusaha dakwah dan islamisasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh Tun Mustapha telah meningkatkan komposisi orang Islam daripada minoriti kepada majoritisehingga menjadi faktor kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah. Direkodkan 75,000 sehingga 100,000 orang telah menganut Islam melalui proses Islamisasi tersebut. Peratus komposisi Islam pada awal pemerintahan Tun Mustapha tahun 1967 iaitu 38.7% telah meningkat kepada 53% ketika pemerintahan beliau berakhir tahun 1976. Peningkatan tersebut telah memberikan peluang kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973.Dengan pindaan tersebut, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik dan pentadbiran, ekonomiserta sosial yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk dilaksanakan, telah berkembang seperti yang ada pada masa kini

    Impak migrasi terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah

    Get PDF
    Isu migrasi etnik bukanlah satu perbahasan yang baharu. Terdapat pelbagai etnik yang dikenali sebagai etnik migran yang bermigrasi sehingga membentuk diaspora etnik mereka di serata dunia. Migrasi yang berlaku menjadikan negara yang didatangi telah membentuk masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ras, etnik, kaum, bangsa dan agama. Dalam konteks Sabah, migrasi etnik juga bukanlah satu fenomena yang asing. Sabah turut menerima migrasi dari pelbagai etnik sehingga membentuk kepelbagaian etnik dan kaum di Sabah. Ini menjadikan Sabah yang asalnya dibentuk oleh beberapa etnik peribumi, kini telah berkembang dan membentuk masyarakat multi etnik. Oleh sebab Sabah mempunyai kewujudan etnik yang pelbagai, kajian ini hanya bertujuan untuk menganalisis impak migrasi etnik-etnik dominan Islam daripada Filipina, Indonesia dan Brunei terhadap pembentukan multi etnik Islam di Sabah. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data-data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai etnik dominan Islam daripada ketiga-tiga negara tersebut telah menyumbang kepada pembentukan multi etnik Islam di Sabah seperti daripada Brunei etnik Melayu-Brunei dan Kedayan; Indonesia seperti etnik Jawa dan Bugis, serta Filipina seperti etnik Kegayan, Bajau, Iranun dan Suluk. Kepelbagaian etnik ini telah menjadikan ia sebagai satu keunikan di Sabah. Walaupun masyarakat Sabah dibentuk daripada pelbagai etnik, namun masyarakatnya dapat hidup dalam suasana aman dan harmoni sehingga dinobatkan sebagai contoh 1Malaysia. Justeru, Malaysia amnya dan Sabah khususnya dapat menjadi model kepada negara-negara yang masyarakatnya turut terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum

    Tun Mustapha dan pengukuhan Islam di Sabah: 1963 – 1973

    Get PDF
    Pada awal kemerdekaan Sabah, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam menghadapi kekangan untuk dilaksana dan dikembangkan. Hal inikerana komposisi orang Islam yang minoritidan tampuk politik majoritinya dibarisi oleh orang bukan Islam. Senario ini telah memberikan implikasi yang besar apabila sukar untuk mengangkat suara orang-orang Islam dalam dasar pentadbiran dan pembangunan negeri. Berdasarkan kepada senario tersebut, wujud keperluan yang jelas untuk membuat perubahan. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Islam Sabah antaranya Tun Mustapha. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis peranan yang telah dilakukan oleh Tun Mustapha dalam mengangkat Islam kepada kedudukan yang lebih baik dan kukuh di Sabah. Kajian kualitatif ini dijalankan menggunakan pendekatan analisis kandungan dan temu bual. Data dan maklumat yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan disusun secara tematik. Kajian mendapati usaha dakwah dan islamisasi besar-besaran yang dilaksanakan oleh Tun Mustapha telah meningkatkan komposisi orang Islam daripada minoriti kepada majoriti sehingga menjadi faktor kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah. Direkodkan 75,000 sehingga 100,000 orang telah menganut Islam melalui proses Islamisasi tersebut. Peratus komposisi Islam pada awal pemerintahan Tun Mustapha tahun 1967 iaitu 38.7% telah meningkat kepada 53% ketika pemerintahan beliau berakhir tahun 1976. Peningkatan tersebut telah memberikan peluang kepada pindaan Perlembagaan Negeri Sabah Perkara 5(A) untuk menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri Sabah pada 23 September 1973. Dengan pindaan tersebut, hal ehwal dan kepentingan orang-orang Islam dalam segenap aspek sama ada politik dan pentadbiran, ekonomiserta sosial yang sebelum ini menghadapi kekangan untuk dilaksanakan, telah berkembang seperti yang ada pada masa kini
    corecore