47 research outputs found

    ORGANISATIONAL BARRIERS IN WORKING WITH CHILD SEXUAL ABUSE (CSA) CASES: THE MALAYSIAN PROFESSIONALS' EXPERIENCES (Halangan Organisasi dalam Mengendalikan Kes Penderaan Seksual Kanak-Kanak: Pengalaman Profesional Malaysia)

    Get PDF
    ABSTRACT The purpose of this study is to examine organisational barriers faced by professionals working with child sexual abuse (CSA) cases in Malaysia. This study was conducted from a diverse sample of 18 social workers, medical social workers, counsellors and police officers who worked in CSA cases. These participants came from different organisations namely the royal police of Malaysia, the welfare department, hospitals and non-government agency. A qualitative approach was used for collecting and analysing data; and semi structured interview was used to guide the interview. Two main factors had been identified as barriers in working with CSA cases, namely within and between organisations. In terms of within organisations, participants identified factors such as inadequate support, excessive workload, safety issue and lack of resources as the major barriers. As for between organisations, factors such as conflict of power and disorganised system were mentioned as factors preventing capabilities of professionals in giving help. This paper provides an in depth analysis of major barriers facing by professionals working with CSA in Malaysia. Keywords: organisational barriers to service, child sexual abuse in Malaysia ABSTRAK Tujuan artikel ini adalah untuk menilai halangan-halangan organisasi yang dihadapi profesional yang mengendalikan kes penderaan seksual kanak-kanak Malaysia. Kajian ini dijalankan ke atas 18 orang profesional yang terdiri daripada pekerja sosial, pekerja sosial perubatan, kaunselor dan polis dari organisasi seperti jabatan kebajikan masyarakat, hospital dan agensi bukan kerajaan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk mengumpul dan menganalisis data. Manakala temuduga separa berstruktur digunakan di dalam temuduga. Hasil kajian mendapati faktor-faktor dalaman organisasi dan kerjasama antara organisasi dikenalpasti sebagai punca yang boleh menjejaskan keupayaan profesional di dalam mengendalikan kes penderaan seksual kanak-kanak. Faktor-faktor ini termasuk kurangnya sokongan, beban kerja melampau, risiko keselamatan dan kekurangan sumber. Faktor-faktor lain ialah konflik kuasa dan sistem yang tidak teratur. Artikel ini memberi analisis mendalam berhubung faktor-faktor utama yang dihadapi oleh profesional dalam memberi bantuan kepada mangsa penderaan seksual kanak-kanak di Malaysia. Kata kunci: halangan organisasi, penderaan seksual kanak-kakak Malaysi

    Pengaruh faktor psikologikal terhadap kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian

    Get PDF
    Pengantunan seksual dalam talian merupakan salah satu daripada jenayah siber yang berbahaya dan ia didefinisikan sebagai proses persediaan dan pendedahan kanak-kanak terhadap seks sebelum melakukan penderaan seksual secara dalam talian seperti menggunakan platform media sosial. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji pengaruh faktor psikologikal iaitu tret personaliti neurotisisme, kawalan diri dan estim kendiri terhadap kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Seramai 162 kanak-kanak di seluruh Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun terlibat dengan kajian ini. Kajian kuantitatif berbentuk kajian rentas telah dijalankan melalui edaran borang soal selidik elektronik Google Form yang diedarkan melalui Whatsapp, Facebook, Instagram dan Twitter. Hasil analisis kajian mendapati tret personaliti neurotisisme (r=0.417, p=0.00) dan estim kendiri (r=0.206, p=0.00) mempunyai hubungan korelasi dengan kerentanan pengantunan seksual kanak-kanak dalam talian. Analisis regresi pelbagai mendapati kanak-kanak yang mempunyai tret personaliti neurotisisme yang tinggi dan estim kendiri yang rendah mempunyai kerentanan yang tinggi terhadap pengantunan seksual dalam talian. Tambahan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan mempunyai tahap kerentanan yang sama bagi pengantunan seksual dalam talian. Kajian yang selanjutnya bagi faktor-faktor yang mempengaruhi kerentanan kanak-kanak wajar untuk dilaksanakan pada masa depan. Hal ini adalah kerana bagi mencegah kerentanan kanak-kanak terhadap jenayah seksual dalam talian dengan memanipulasi faktor and seterusnya mendidik kanak-kanak dan ibu bapa melalui psikopendidikan dan intervensi sebagai langkah pencegahan serta menjadi fokus perbincangan bagi kajian akan datang

    Kajian kes inses bapa-anak perempuan: memahami pengalaman dari perspektif mangsa

    Get PDF
    Artikel ini merupakan satu kajian kes ke atas seorang wanita yang menjadi mangsa inses bapa-anak perempuan. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mendapat pemahaman lebih mendalam daripada perspektif mangsa berhubung pengalaman inses yang dialami oleh mangsa. Antara isu yang diterokai termasuklah interpretasi tentang penderaan seksual dialami, strategi daya tindak, kesejahteraan psikologikal, persepsi terhadap pelaku dan niat pendedahan. Metod kajian ini ialah kualitatif di mana kaedah temubual separa berstruktur digunakan untuk mendapatkan data dan analisis kualitatif digunakan untuk membentuk tema-tema dari temubual yang diperolehi. Hasil kajian menunjukkan responden melaporkan perasaan keliru, rasa bersalah, takut, menyalahkan diri sendiri dan rasa terperangkap dengan apa yang dialami. Daripada aspek daya tindak, responden banyak bergantung kepada sumber dalaman sebagai strategi daya tindak seperti suppression, minimization dan kerohanian dalam menangani tekanan psikologi yang dialami.Implikasi kajian ke atas pencegahan dan intervensi turut dibincangkan

    Persepsi pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di Universiti Kebangsaan Malaysia

    Get PDF
    Terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa perkhidmatan kaunseling di universiti tidak digunakan oleh pelajar secara optimum kerana faktor-faktor seperti stigma, masalah akses dan juga merasakan kaunseling sebagai tidak perlu. Ini menyebabkan pelajar hilang manfaat yang boleh diperolehi daripada perkhidmatan kaunseling di universiti. Justeru, kajian ini dilakukan untuk meneroka faktor-faktor yang menjadi halangan dan dorongan pelajar daripada mendapatkan perkhidmatan kaunseling di universiti. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian kualitatif dan soalan temubual separa berstruktur sebagai kaedah bagi meneroka pandangan pelajar terhadap perkhidmatan kaunseling di universiti. Skop soalan berkisar tentang kepentingan perkhidmatan kaunseling bagi pelajar, faktor mendorong dan penghalang dalam mendapatkan perkhidmatan kaunseling professional, dan sumber rujukan utama pelajar sekiranya menghadapi masalah. Sejumlah 10 orang pelajar ijazah sarjana muda terlibat sebagai informan kajian ini. Secara spesifik, seramai 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan, dari pelbagai fakulti dan tahap pengajian terlibat dalam kajian ini. Data yang diperolehi kemudian dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa informan mengetahui tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling. Antara kebaikan yang dilaporkan ialah kaunseling membolehkan pelajar mendapat bantuan kaunselor yang berkelayakan dan sebagai medium yang sesuai untuk meluahkan perasaan. Walaubagaimanapun, faktor-faktor penghalang iaitu stigma dan skeptisme mendominasi pandangan informan, sekaligus menyebabkan informan enggan mendapatkan perkhidmatan kaunseling. Selain itu, didapati bahawa informan juga lebih bergantung dan mempercayai sokongan sosial iaitu keluarga dan rakan-rakan sebagai sumber rujukan utama apabila menghadapi masalah berbanding memilih kaunselor. Dapatan data ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu memainkan peranan yang lebih proaktif untuk mendidik pelajar tentang kebaikan perkhidmatan kaunseling dalam membantu mengatasi masalah personal dan untuk kesejahteraan mental jangka masa yang panjang

    Meneroka kemahiran kebolehpasaran melalui sukarelawan khidmat bantu di rumah dalam kalangan belia

    Get PDF
    Kajian ini memfokuskan kepada konsep kebolehpasaran dan kecenderungan untuk mewujudkan peluang pekerjaan melalui sukarelawan belia khidmat bantu di rumah. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneroka konsep kebolehpasaran dalam kalangan sukarelawan belia khidmat bantu di rumah. Artikel ini menggunakan analisis konseptual berpandukan kajian lepas dalam memperincikan kebolehpasaran dalam kalangan sukarelawan khidmat bantu di rumah oleh golongan belia. Artikel ini telah mengenalpasti 20 jurnal artikel hasil penerbitan yang berkaitan sukarelawan, penjagaan warga emas, khidmat bantu di rumah dan pengurusan kerja sosial dalam kerja komuniti. Artikel ini disediakan berpandukan kepada konseptual untuk menambah himpunan ilmu dalam bidang kesukarelawan terutama dalam penjagaan warga emas. Dapatan kajian dapat menyediakan input menerusi khidmat bantu di rumah yang dijalankan oleh organisasi dan individu, maka banyak perubahan sosial dalam kalangan warga emas telah dapat dicapai. Justeru, tahap penerimaan dan kebolehpasaran belia terhadap khidmat bantu di rumah perlu dikaji dengan lebih terperinci bagi membantu proses pembangunan masyarakat yang seimbang. Ini adalah kerana kajian keberkesanan sukarelawan belia yang memberi khidmat bantu di rumah masih kurang terutama berkaitan kompetensi dan kemahiran dalam kalangan sukarelawan belia yang terlibat dalam penjagaan warga emas. Kajian ini mencadangkan kemahiran dari segi kepimpinan, nilai kesukarelawanan dan kemahiran personal iaitu komunikasi perlu diterapkan kepada sukarelawan agar dapat dimanfaatkan oleh komuniti

    Rehabilitation through parole system in Malaysia: the role of optimism as mediating variable in the relationship between self-efficacy and resilience

    Get PDF
    Identifying the personal characteristics of parolees that can reduce the likelihood of committing crimes is a great challenge to prison officers in order to ensure that rehabilitation process is handled success-fully. The changes recommended to prisoners under parole are to increase their self-efficacy, develop-ing optimism and maintaining a high level of resilience. This study employs a cross-sectional survey research design. A total of 280 prisoners undergoing parole monitoring were recruited as respondents. A set of questionnaire was used consisting of the General Self-Efficacy Scale, the Positive Thinking Rating Scale and a self-developed resilience scale. Results showed that there were significant correla-tions between self-efficacy, optimism and resilience. Further, findings indicated that optimism partially mediated the relationship between self-efficacy and resilience. Implications are discussed in the context of preventing recidivism among parolees and strategies to increase effectiveness of rehabilitation in the parole system

    Tahap pengetahuan agama dalam kandungan banduan parol : ke arah pembentukan akhlak sejahtera

    Get PDF
    Pengetahuan agama merupakan elemen penting seseorang individu ke arah pembentukan akhlak yang sejahtera. Oleh itu, objektif kajian dalam artikel ini adalah untuk mengukur tahap pengetahuan agama dalam kalangan banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) secara kuantitatif. Seramai 280 orang diparol (ODP) yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan ujian deskriptif. Hasil kajian menunjukkan majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini mempamerkan tahap pengetahuan agama pada tahap sederhana dan rendah iaitu masing-masing mencatatkan peratusan sebanyak 48.6 peratus. Hasil kajian menunjukkan hanya 2.9 peratus sahaja dalam kalangan banduan parol menunjukkan tahap pengetahuan agama yang tinggi. Hasil kajian ini memberi implikasi ke arah pemantapan program kerohanian yang melibatkan banduan parol bagi tujuan membina kesedaran dan keinsafan yang tinggi untuk menjadi seorang yang berperibadi mulia dan mampu membentuk jati diri yang lebih sejahtera dengan mematuhi peraturan dan undang-undang negara

    Pengaruh gangguan emosi dalam kalangan orang kena pengawasan

    Get PDF
    Artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengenalpasti profil orang kena pengawasan (OKP), (2) mengukur tahap gangguan emosi dalam kalangan OKP dan (3) mengenalpasti pengaruh gangguan emosi dalam kalangan OKP di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 380 orang bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani tempoh pengawasan di bawah kendalian Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian regresi pelbagai secara stepwise. Analisis kajian menunjukkan bahawa majoriti OKP yang terlibat dalam kajian ini dikategorikan dalam kumpulan umur belia, masih bujang, mempunyai tahap pendidikan menengah pada peringkat SRP dan SPM sahaja, mempunyai pekerjaan sambilan dan tetap serta mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2000 sebulan. OKP juga terdiri dalam kalangan mereka yang pernah relaps dan pernah mempunyai rekod jenayah lampau. Berdasarkan tahap gangguan emosi, kajian menunjukkan 50.8% OKP menunjukkan gangguan emosi yang sederhana ke tahap yang rendah (44.5%). Manakala analisis regresi yang dijalankan mendapati faktor keinginan semula terhadap dadah (β=.703, p<.05), konflik hubungan keluarga (β=.401, p<.05) dan tekanan persekitaran sosial (β=.156, p<.05) merupakan faktor yang dikenalpasti mempengaruhi gangguan emosi dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak-pihak yang berkepentingan khasnya kaunselor dan pegawai pemulihan dadah di setiap negeri dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap program-program pemulihan dadah. Penyediaan mekanisme pencegahan relaps diperlukan untuk membantu mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan OKP

    Ciri-ciri keusahawanan dalam kalangan banduan parol: ke arah penyediaan modul kemahiran pengurusan keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia

    Get PDF
    Sebagai inisiatif penyediaan modul kerjaya yang berkesan kepada banduan parol supaya mereka mampu untuk membina kerjaya dan kehidupan yang berdikari daripada aspek kewangan/ekonomi, maka artikel ini disediakan bertujuan untuk mengukur sejauh mana ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh banduan parol di Malaysia. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratanlintang secara kuantitatif. Seramai 280 banduan parol yang sedang menjalani program pengawasan parol di Semenanjung Malaysia oleh Jabatan Penjara Malaysia (JPM) telah dipilih sebagai responden kajian. Hasil kajian mendapati majoriti banduan parol yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan tahap ciri-ciri keusahawanan yang positif iaitu berada pada tahap sederhana (64.6 peratus) ke tahap yang tinggi (34.6 peratus). Hanya 0.7 peratus sahaja dalam kalangan banduan yang terlibat dalam kajian ini tidak menunjukkan ciri-ciri keusahawanan. Hasil kajian memberi implikasi positif ke arah keperluan untuk mewujudkan modul pengurusan dan kemahiran keusahawanan di Jabatan Penjara Malaysia bagi tujuan menggilap bakat dan kemahiran kerjaya kepada banduan sebagai persediaan mereka untuk kembali berfungsi semula ke dalam masyarakat setelah dibebaskan

    Perkaitan tekanan psikologikal, tingkah laku hoarding dan kesihatan mental dalam kalangan wanita bekerjaya

    Get PDF
    Hoarding merupakan tingkah laku individu mengumpul dan menyimpan barang secara berlebihan dan seringkali melibatkan barang yang tidak perlu. Tingkah laku hoarding merupakan sejenis penyakit mental di bawah kecelaruan obsesif-kompulsif menurut Diagnostic Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Individu yang mengalami tingkah laku hoarding ini tidak dapat menjalani kehidupan seharian secara normal dan mengalami masalah mental. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental yang membawa kepada tingkah laku hoarding dalam kalangan wanita bekerjaya. Seramai 150 orang responden telah dipilih secara persampelan mudah untuk menjawab satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga jenis instrumen iaituGeneral Health Questionnaire (GHQ12), Hoarding Rating Scale (HRS), dan Mental Health Inventory (MHI). Hasil kajian ini mendapati bahawa majoritiwanita bekerjaya di sekitar Bangi, Selangor mempunyai tahap hoarding yang rendahiaitu sebanyak 83.3 peratus. Manakala sebanyak 16 peratus mempunyai tahap hoarding yang sederhana dan hanya seorang responden yang mempunyai tahap hoarding yang tinggi. Majoriti responden mempunyai tahap kesihatan mental yang sederhana dan hanya 12 peratus responden yang mempunyai tahap kesihatan mental yang tinggi. Didapati wujudnya hubungan yang signifikan antara tingkah laku hoarding dengan tahap kesihatan mental. Kajian ini menunjukkan terdapat kecenderungan responden kajian mengalami masalah mental akibat tingkah laku hoarding. Tingkah laku hoarding perlu dikawal dalam kalangan wanita yang bekerjaya agar mereka mencapai tahap kesihatan mental yang baik. Tingkah laku hoarding mempunyai kesan negative kerana ia memberi impak besar ke atas keupayaan seseorang untuk berfungsi secara produktif
    corecore