51 research outputs found

    Faktor perbezaan tahap pengetahuan HIV/AIDS dan stigma pelajar GMI dan UKM mengikut tahap pendidikan

    Get PDF
    HIV /AIDS is a global epidemic problem that is faced by many countries. There is a drastic increase of infection cases in children, youths, adults and elderly. Among students, there is a low level of knowledge that affects the comprehension elasticity based on the educational level which contributes to the increasing stigma among students. The focus of this study is to examine the differences of HIV/AIDS knowledge levels and students' stigma according to their levels of education. This study used HIV Knowledge Questionnaires (HIV-K-Q) version of 45 items and The Berger HIV Stigma Scale version of 40 items. 130 students from UKM and GMI participated in the study. Results showed that there were significant differences in the knowledge levels and stigma of HIV/AIDS between students' educational levels (Diploma level, Bachelor and Masters). The findings can assist educational institutions to develop the awareness of HIV/AIDS knowledge by targeting all levels of students' education. The implementation of various campaigns, talks, and interventions of reducing the stigma should be refined and planned as an annual program

    Religious and sexual identity conflict among same-sex attracted Muslim men: a conceptual differences of life experience between Western and Muslim majority countries

    Get PDF
    Previous studies exploring the conflict between religious and sexual identity among same-sex attracted Muslim men (henceforth, SSAMM) have been largely carried out on ethnic minority Muslims living in the Western countries. Many of such studies seem to indirectly imply that religious adherence to Islam have largely contributed to the identity conflict among SSAMM. Without scrutinizing the difference between Western and Muslim majority setting in which a same-sex attracted men (henceforth, SSAM) lives, other potential factors that may lead an SSAMM to experience conflict between religious and sexual identity are left unexplained. Thus, misperceptions against Islam as the only contributor to the said conflict are left uncorrected. In order to correct the misperceptions, the current paper proposes some conceptual differences between the Western and Muslim majority setting within which an SSAM lives. Malaysia is one of the valid Muslim majority settings suitable to demonstrate the conceptual differences as well as becoming a good breeding ground for studies pertaining to issues of homosexuality among religious SSAMM to flourish. It is hoped that such proposals of differences would be helpful to conceptually counter balance the unfavorable implications previous studies had on religion, particularly that of Islam

    Meneroka faktor resilien dalam kalangan remaja hamil tanpa nikah yang tinggal di pusat perlindungan

    Get PDF
    The phenomenon of unwed teenage mothers across the world including in Malaysia is alarming. Therefore, the Malaysian Government had taken a few measures in order to curb this problem. However, statistics shows that teenage pregnancy and baby dumping cases were still increasing. This research was conducted to explore factors influencing resilience among unwed teenage mothers living in a shelter home. This qualitative study using in depth interviews as means in collecting data. A total number of five teenage mothers living in a shelter home were chosen as informants in the current study using purposive sampling technique. Analysis of the data was conducted using thematic analysis where patterns of theme found were grouped together in order to form a final theme. The study revealed that there are three major factors that affect resilience adaptation among the informants. The factors include family processes, community processes, and individual attributes. These factors could serve as either risk factors or protective factors depending on their impact towards the informants. Thus, it is suggested that the management of shelter homes collaborate with professionals such as psychologists and social workers in developing a holistic module which comprised all three resilience factors in order to reduce the probability of relapsed among ex-residence of shelter homes. In the meantime, suggestions for future research were also provided

    Selarikah makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia bekerjaya di Hulu Langat dengan perspektif Islam?

    Get PDF
    Wanita pertengahan usia berkemungkinan untuk mengalami sindrom kekosongan, menopaus, masalah kesihatan, gangguan tidur, lethargi, penambahan berat badan dan masalah tumpuan. Beban kerja melampau, pelbagai peranan di rumah, penjagaan warga tua dan sebagainya memburukkan lagi kesejahteraan emosi dan kepuasan hidup wanita pertengahan usia.Wanita kerap kali melaporkan kepuasan hidup yang lebih rendah berbanding lelaki. Mereka juga lebih tinggi risiko untuk mengalami kemurungan, ā€œburn outā€ dan kesunyian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif berdasarkan pendekatan fenomenologi. Pendekatan ini digunakan bagi meneroka dan memahami pengalaman sebenar serta perasaan peserta kajian yang dikaji. Objektif kajian ialah untuk meneroka makna kepuasan hidup daripada perspektif wanita pertengahan usia yang bekerjaya. Soalan berstruktur separa telah digunakan untuk memungut data daripada sembilan orang wanita pertengahan usia di Hulu Langat, Selangor, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa kepuasan hidup didefinisikan dalam empat tema iaitu; 1) kejayaan/pencapaian, 2) ketenangan jiwa dan fikiran, 3) keselesaan hidup serta 4) keredhaan dan kesyukuran. Empat tema ini dibincangkan daripada sudut kesejahteraan emosi dan kepuasan hidup. Wanita pertengahan usia yang dikaji membuat penilaian kepada kepuasan hidup dengan melihat lebih kepada aspek-aspek dalaman dan kerohanian. Mereka cuba membina kehidupan yang lebih bermakna, lebih tenang dan diredhai. Dapatan kajian dapat memberi input penting kepada perancangan program bagi meningkatkan kepuasan hidup wanita bekerjaya pertengahan usia. Ia juga membantu para kaunselor, pegawai kebajikan dan penyelidik untuk lebih memahami keperluan dan perspektif hidup wanita pertengahan usia

    Hubungan stres psikologikal dengan kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda

    Get PDF
    Kesihatan mental merupakan elemen penting dalam menjamin kesejahteraan hidup setiap individu. Kerjaya sebagai pensyarah muda di dalam sesebuah universiti tidak terkecuali daripada berhadapan dengan stres kerja terutamanya di dalam sebuah universiti penyelidikan. Stres kerja ini memberi kesan langsung dan tidak langsung kepada tahap kesihatan mental mereka. Kajian ini bertujuan mengukur sejauh mana tahap stres psikologikal dalam kalangan pensyarah muda dan apakah hubungannya dengan tahap kesihatan mental mereka. Seramai 100 orang pensyarah muda telah terlibat dalam kajian berbentuk kuantitatif ini dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Hasil kajian mendapati dua per tiga responden kajian ini mempunyai tahap stres psikologikal yang tinggi. Hampir separuh responden mempunyai tahap kesihatan mental yang rendah. Bagi sub-skala kesihatan mental, sebanyak 51 peratus responden mempunyai tahap kebimbangan (anxiety) yang tinggi; 23 peratus responden berada pada tahap kemurungan (depression) yang tinggi; 44 peratus responden mempunyai kawalan tingkah laku yang rendah dan 58 peratus responden mempunyai perasaan positif yang rendah. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap stres psikologikal dengan tahap kesihatan mental keseluruhannya tetapi stres psikologikal hanya mempunyai hubungan yang signifikan dengan sub skala kebimbangan, kawalan tingkah laku dan positif afektif pada nilai p<0.05. Kesimpulannya, dapatan kajian ini diharap dapat membantu pihak pengurusan untuk memastikan wujudnya program-program intervensi di universiti penyelidikan. Program intervensi dapat mengurangkan stres psikologikal dan meningkatkan tahap kesihatan mental dalam kalangan pensyarah muda

    Descriptive Analysis the Profile of Drug Abuse among Adolescents

    Get PDF
    This study aims to identify the profile of substance abuse among adolescents and to determine the cause of drug addiction, the efforts to prevent drug abuse as well as their expectations after recovery

    Hubungan di antara kesihatan mental dengan minat kerjaya dalam kalangan gelandangan di Kem Desa Bina Diri, Malaysia

    Get PDF
    Isu gelandangan dan kesihatan mental menjadi popular apabila disensasi oleh media walhal isu tersebut sudah lama wujud dalam masyarakat bandar. Namun, disebabkan kekurangan kajian-kajian tempatan menyebabkan wujudnya kekeliruan dari segi peranan dan keberkesanan perkhidmatan yang sedia ada. Kajian ini bertujuan meneroka isu kesihatan dalam kalangan gelandangan dan minat mereka terhadap kerjaya. Borang soal selidik yang mengandungi dua instrumen iaitu Mental Health Inventory dan Holland Occupational Types dibangunkan untuk mengupas isu gelandangan. Seramai seratus sebelas orang responden telah berjaya direkrut dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan kebanyakkan gelandangan yang ditempatkan di institusi pemulihan mengalami tahap kebimbangan dan tahap kemurungan yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kebimbangan dan tahap kemurungan dengan minat kerjaya berbentuk realistik, penyiasat dan artistik. Manakala terdapat juga hubungan di antara kawalan tingkahlaku dengan minat kerjaya berbentuk sosial dan keusahawanan. Dapatan kajian ini diharap dapat digunakan dalam merangka program intervensi yang lebih bersesuaian kepada gelandangan di institusi pemulihan. Kajian lain yang berbentuk klinikal juga perlu dilakukan bagi mengenalpasti isu kesihatan mental dalam kalangan gelandangan supaya mereka boleh mendapat rawatan kesihatan mental yang lebih baik

    Meneroka gaya hidup dan gaya keibubapaan terhadap normalisasi keterlibatan individu dalam gejala LGBT dalam kalangan mahasiswa

    Get PDF
    Personaliti dan gaya hidup seseorang seringkali dikatakan bergantung rapat dengan gaya keibubapaan yang diterima. Kajian berkenaan isu LGBT masih lagi baharu di Malaysia. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengalaman informan beridentifikasi sebagai individu yang mempunyai ketertarikan seks sama jantina serta melihat perkaitannya dengan gaya keibubapaan dan kesan kehidupan di universiti terhadap pembentukan identiti seksual mereka. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dengan menggunakan fenomologi sebagai reka bentuk kajian. Seramai enam orang informan terpilih menggunakan teknik persampelan bola salji (snowball sampling) dan mereka adalah terdiri daripada mahasiswa yang berumur 20 hingga 25 tahun. Temu bual dilakukan secara mendalam berpandukan protokol temu bual separa berstruktur. Temu bual yang telah siap ditranskripsi telah dianalisis menggunakan analisis tema. Tema-tema yang timbul telah digugus mengikut kesesuaian dalam memberikan makna. Keputusan kajian mendapati sebanyak tujuh tema utama yang timbul: (i) gaya keibubapaan, (ii) menyedari seksualiti, (iii) kehidupan di universiti, (iv) konflik yang dialami, (v) strategi daya tindak, (vi) nasihat dan (vii) harapan untuk diri sendiri. Kesimpulannya, gaya keibubapaan berbentuk permisif serta suasana kehidupan yang lebih bersifat terbuka di universiti cenderung untuk memberikan kebebasan dan menggalakkan perkembangan identiti LGBT dalam kalangan informan. Implikasi daripada kajian ini diharap dapat membantu golongan LGBT untuk lebih memahami situasi yang dialami serta mencari jalan keluar yang terbaik. Selain itu, diharap dapatan kajian juga berupaya membantu keluarga, sahabat serta ahli profesional dalam usaha untuk menambah baik respons tolong bantu yang diberikan kepada LGBT yang terkesan dengan isu sedemian dalam kehidupan mereka

    Cabaran kaunselor dalam praktis kaunseling bagi orang kurang upaya di hospital

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran kaunselor dalam praktis kaunseling bagi Orang Kurang Upaya (OKU) di hospital. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dan soalan temu bual separa struktur sebagai kaedah bagi meneroka cabaran kaunselor. Seramai lima orang kaunselor berdaftar yang sedang bertugas di hospital sekitar Lembah Klang dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan bola salji untuk menjadi informan kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat lima cabaran utama yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu penolakan oleh klien OKU, kurang tahap pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan klien OKU, berdepan dengan jangkaan yang tinggi dan tidak realistik oleh orang yang terlibat dengan klien OKU, kaunseling klien OKU pelbagai budaya dan bahasa, dan kurang mendapat sokongan daripada keluarga klien OKU. Justeru itu kajian ini mencadangkan supaya mewujudkan satu prosedur yang baharu di hospital supaya klien OKU lebih mudah untuk mendapat akses bagi mencapai perkhidmatan kaunseling berbanding dengan praktis pada waktu ini iaitu melalui rujukan doktor. Satu dasar baharu perlu diwujudkan iaitu ā€˜Standard of Procedureā€™standard operasi baharu bagi OKU yang wajibkan OKU untuk mengikuti sesi kaunseling selepas ā€˜dischargeā€™ bagi mendapat pengesahan kestabilan emosi dan penerimaan diri. Di samping itu, satu modul pembelajaran di institusi pengajian tinggi juga perlu diperkenalkan dengan mengintergerasikan pengetahuan klinikal dan pendedahan mengenai OKU dengan lebih mendalam supaya melahirkan kaunselor yang berkaliber. Dengan adanya ilmu klinikal, kaunselor boleh melihat klien OKU dari aspek psikologi dan klinikal dan ini akan membantu kaunselor untuk memberi terapi dengan lebih berkesan

    Kepentingan motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti pribumi

    Get PDF
    Kepentingan pendidikan telah lama dikenal pasti sebagai salah satu komponen utama dalam usaha untuk memperkasa seseorang individu mahupun sesebuah komuniti lantas membawa mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Justeru itu, motivasi dan galakan dalam pendidikan penting dalam usaha membantu komuniti pribumi ke arah memperkasakan kehidupan mereka. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bentuk motivasi pendidikan dalam pemerkasaan komuniti Orang Sungai di Paitan, Sabah. Responden terdiri daripada 38 ketua isi rumah. Kajian dilakukan dengan menggunakan pen-dekatan campuran di mana teknik survei menggunakan borang pemetaan aset digabungkan dengan teknik temu bual bagi mendapatkan jawapan yang tepat lagi terperinci. Dapatan kajian dianalisis menggunakan analisis tema mendapati timbulnya dua tema utama iaitu motivasi intrinsik (rekod ke-hadiran diri, tiada taruhan wang dan rekod kehadiran anak) dan ekstrinsik (beg dan alat tulis, pen-galaman berguru, makan dan minum, rakan dan adik-beradik serta pengalaman bergaul dengan orang luar). Keseluruhannya program advokasi literasi telah berjaya menimbulkan kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam kalangan pelajar dewasa. Kesedaran ini perlu terus dipupuk dan diberi perhatian agar proses pembelajaran dapat diteruskan keperingkat yang lebih tinggi di masa akan da-tang
    • ā€¦
    corecore