13 research outputs found

    Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia

    Get PDF
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru dikenal pasti berdasarkan etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah kuantitatif. Seramai 514 orang guru di negeri Kedah, Pulau Pinang dan Perak terlibat dalam menjawab soal selidik kajian ini. Data kuantitatif dianalisis dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 22. Analisis statistik deskriptif digunakan bagi memperoleh tahap sensitiviti kepelbagaian budaya dalam kalangan guru pelbagai etnik yang terlibat dalam kajian ini berdasarkan min bagi setiap ciri yang dikaji, iaitu etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dapatan yang pelbagai bagi sensitiviti kepelbagaian budaya berdasarkan etnik, jantina, tahap pendidikan, bidang pengajaran, pengalaman mengajar, pengalaman mengajar murid pelbagai etnik dan budaya serta kursus atau latihan kepelbagaian budaya yang pernah dihadiri oleh guru yang terlibat dalam kajian ini. Kajian ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang bertujuan untuk menghasilkan guru yang sensitif terhadap latar belakang murid yang berbeza dan menangani perhubungan kaum dengan kaedah yang positif dan proaktif. Dapatan kajian ini memberi implikasi terhadap ilmu pendidikan dan juga amalan profesional khususnya kepada guru, pentadbir sekolah, KPM, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang menawarkan kursus perguruan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi memainkan peranan dan memikul tanggungjawab tentang keperluan menyediakan bakal guru dan guru supaya mempunyai tahap sensitiviti kepelbagaian budaya yang tinggi selaras dengan realiti kepelbagaian murid di sekolah pada masa kini

    Pola interaksi sosial dalam kalangan murid multi etnik di sekolah menengah kebangsaan [LB1617.M2 N162 2006 f rb]

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India dari Sekolan Rendah Kebangsaaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaaan yang mempunyai persekitaran multi-etnik di Daerah Sungai Petani, Kedah. Teori Hubungan, Teori Pilihan Rasional dan Teori Ekologi Perkembangan Bronfenbrenner telah digunakan sebagai teori latar kajian. Sampel kajian terdiri daripada 720 murid dari Tingkatan 1, 2 dan 4. Kajian mengaplikasikan Model Qual-Quan untuk menjawab soalan kajian

    Implikasi Sosiologi Pemikiran George Herbert Mead

    Get PDF
    Tujuan artikel ini ialah untuk menjelaskan tentang sifat semula jadi masyarakat manusia dari sudut pandangan George Herbert Mead. Walaupun Mead telah meletakkan masyarakat manusia dalam satu peringkat yang sangat penting dalam skema pemikirannya, tetapi beliau kurang menjelaskan tentang ciri-ciri manusia

    Pola Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah Menengah Kebangsaan Sekitar Sungai Petani, Kedah

    Get PDF
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan India The purpose of this study is to examine the social interaction amongst students of various ethnic groups in Malaysia

    Patterns Of Social Interaction Between Different Ethnic Groups In Malaysian Secondary Schools

    Get PDF
    Social interaction among students of different ethnic groups has been a major focus of study in Malaysia in recent years. Schools in Malaysia have students from a variety of ethnic, linguistic, religious and cultural backgrounds. When students of a variety of backgrounds are put under one roof, there is a strong tendency to differentiate and polarize. This article will discuss the patterns of social interaction amongst students of different ethnic groups in secondary schools. A research was conducted in 15 secondary schools in Kedah and Pulau Pinang with 581 students as samples. The nature of social interaction in this study is classified according to several factors such as ethnicity, sex or gender, academic achievement, school level and the student's former primary school (feeder school) before they enrolled in the secondary school. The students were given a set of questionnaires and findings were analysed quantitatively. The findings show that students prefer to mix with others in their own ethnic group

    Multicultural Education Practice Among Teachers In National Secondary Schools: A Case Study In Kedah

    Get PDF
    Pendidikan pelbagai budaya ialah penstrukturan keutamaan pendidikan, komitmen dan proses refleksi tentang masyarakat pelbagai budaya seperti di Malaysia. Keutamaan pendidikan selalunya memberi fokus kepada pembangunan dan memelihara kesedaran tentang pelbagai budaya seperti yang direfleksikan oleh individu, kumpulan dan komuniti. Pendidik perlu peka dan komited dalam memahami konsep perbezaan budaya seperti yang dipersepsikan melalui etnik dan kehidupan kumpulan pelbagai budaya. Keperluan pelbagai budaya dalam pendidikan dilihat daripada dimensi yang pelbagai, iaitu perhubungan antara murid, guru, komuniti dan ibu bapa, dan perhubungan interpersonal dan intrapersonal yang berpusat kepada proses pendidikan. Artikel ini membincangkan praktik guru dalam bilik darjah. Satu kajian telah dijalankan di empat buah sekolah menengah kebangsaan di Kedah. Sampel kajian ialah guru. Dapatan kajian menunjukkan guru kurang mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya di sekolah. Sebanyak lima perkara diutarakan oleh guru mengapa mereka kurang mempraktikkan pendidikan pelbagai budaya di sekolah
    corecore