2 research outputs found

    BIDANG KUASA EKSKLUSIF MAHKAMAH SYARIAH SELEPAS PINDAAN PERKARA 121(1A) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN: SATU PENILAIAN

    Get PDF
    The Malaysian legal system is derived from the historical development of two separate legal systems namely Civil Court and Syariah Court. Both institutions have exclusive jurisdiction respectively. However, the intervention of the civil court into the jurisdiction of the Syariah Court has occurred even after amendments made to the article 121 (1A) of the Constitution and the decision of the Federal Court decided that matters pertaining to Muslims and Islam are under the exclusive jurisdiction of the Syariah Court.  This amendment has conferred exclusive jurisdiction to the Syariah Court for cases involving Muslims. This article aims to discuss the position of the jurisdiction of the Syariah Court and the effect of amendment of article 121 (1A), of the Federal Constitution. For this purpose the author will make highlights on the development of the Syariah Court from its early history until the latest developments. Analysis have been made against several important cases concerning the jurisdiction of the courts. Few suggestions were proposed to strengthen the power of the Syariah Court, in line with the amendments to the article 121 (1A) of the Constitution. Keyword (s): Islamic law; The jurisdiction of the Syariah Court; separation of powers; Article 121 (1A) of the Federal Constitution. ABSTRAK Kewujudan dua sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia berkaitan rapat dengan perkembangan sejarah undang-undang di negara ini bermula dengan undang-undang adat Melayu/Islam sehinggalah penggunaan korpus undang-undang Common Law dan Kaedah Ekuiti dan undang-undang Inggeris. Dalam artikel ini, analisis dibuat terhadap institusi kehakiman, khususnya bidang kuasa Mahkamah Syariah sebelum dan selepas merdeka  bagi perkara yang berkaitan dengan Islam. Kesan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan akan dikaji termasuk campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah walaupun pindaan selepas pindaan dibuat dan terdapatnya keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan perkara yang berkaian dengan orang Islam/Islam adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.  Artikel ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan kesan pindaan Perkara 121(1A) dengan membuat analisis terhadap perkembangan awal hingga terkini Mahkamah Syariah. Perhubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri (federalisme) dan pengharmonian undang-undang/institusi kehakiman sivil dan syariah juga dibincangkan. Analisis juga telah dibuat terhadap beberapa kes penting yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan. Kata Kunci: Undang-undang Islam, Bidang kuasa Mahkamah Syariah; pengasingan kuasa; federalisme; Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan.Kewujudan dua sistem undang-undang sivil dan syariah di Malaysia berkaitan rapat dengan perkembangan sejarah undang-undang di negara ini bermula dengan undang-undang adat Melayu/Islam sehinggalah penggunaan korpus undang-undang Common Law dan Kaedah Ekuiti dan undang-undang Inggeris. Dalam artikel ini, analisis dibuat terhadap institusi kehakiman, khususnya bidang kuasa Mahkamah Syariah sebelum dan selepas merdeka  bagi perkara yang berkaitan dengan Islam. Kesan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan akan dikaji termasuk campur tangan Mahkamah Sivil dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah walaupun pindaan selepas pindaan dibuat dan terdapatnya keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan perkara yang berkaian dengan orang Islam/Islam adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah.  Artikel ini juga bertujuan untuk membincangkan tentang bidang kuasa eksklusif Mahkamah Syariah dan kesan pindaan Perkara 121(1A) dengan membuat analisis terhadap perkembangan awal hingga terkini Mahkamah Syariah. Perhubungan di antara kerajaan persekutuan dan negeri (federalisme) dan pengharmonian undang-undang/institusi kehakiman sivil dan syariah juga dibincangkan. Analisis juga telah dibuat terhadap beberapa kes penting yang berkaitan dengan bidang kuasa mahkamah dan beberapa cadangan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi bidang kuasa Mahkamah Syariah selaras dengan pindaan Perkara 121(1A) Perlembagaan. Kata Kunci: Undang-undang Islam, Bidang kuasa Mahkamah Syariah; pengasingan kuasa; federalisme; Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan
    corecore