2 research outputs found

    Negara, undang-undang dan tenaga kerja: antara ideal dan realiti di Indonesia

    Get PDF
    Gunatenaga rentas sempadan bukan saja membawa banyak faedah ekonomi kepada negara penghantar, tetapi juga beberapa isu dan cabaran getir. Tenaga Kerja Indonesia (TKI) yang hendak ke luar negara sememangnya tertakluk kepada undang-undang tenaga kerja yang telah digubal oleh Pemerintah. Namun, TKI tersebut juga sering berhadapan dengan agensi tidak formal. Kedua-dua agensi ini mempunyai posisi dan pengaruh yang berbeza-beza. Artikel ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan TKI di negara penerima. Analisis ditumpukan kepada undang-undang tentang imigresen dan undang-undang tenaga kerja di Indonesia serta reaksi TKI terhadap perundangan dan proses penguatkuasaan. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Informan terdiri daripada TKI yang sudah berstatus PATI (pendatang asing tanpa izin) di Malaysia. Hasil analisis menunjukkan bahawa terdapat jurang antara hal yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Indonesia. Bagi memudahkan proses kemasukan, agensi tidak formal menjadi pilihan yang popular dalam kalangan TKI kerana keluwesannya dalam aspek pengurusan

    Negara, undang-undang dan tenaga kerja asing: antara ideal dan realiti di Malaysia

    Get PDF
    Tenaga kerja asing di Malaysia merupakan suatu dilema dalam konteks ekonomi dan sosial. Di satu sisi, pekerja asing diperlukan untuk membantu pertumbuhan ekonomi. Di sisi yang lain, pekerja asing dianggap menjadi pencetus masalah sosial tertentu. Oleh yang demikian, isu tenaga kerja asing perlu ditangani secara bijak. Kertas kerja ini berusaha untuk mengupas bagaimana negara sebagai suatu struktur tertinggi cuba untuk mengatur dan mengawal proses kemasukan dan keberadaan tenaga kerja asing di Malaysia. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan undang-undang tentang imigresen dan tenaga kerja asing di Malaysia. Perbincangan juga menyentuh tentang program-program yang dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia untuk mengawal jumlah tenaga kerja asing. Terakhir, kupasan juga dibuat untuk mengetahui reaksi pekerja asing ke atas undang-undang dan program yang dilaksanakan oleh pemerintah Malaysia. Kertas kerja ini ditulis berdasarkan suatu kajian yang dilakukan dengan pendekatan kualitatif di Selangor dan Johor, Malaysia. Hasil kajian menunjukkan terdapat jurang antara apa yang ideal menurut undang-undang dengan realiti yang berlangsung di Malaysia
    corecore