1 research outputs found
Penukaran kod dalam korpus hansard Malaysia: analisis berpandukan korpus
Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
berdasarkan perkara 62(1) memperuntukkan bahawa âBahasa rasmi Majlis ialah Bahasa Malaysia,
tetapi Tuan Yang di-Pertua boleh membenarkan penggunaan Bahasa Inggerisâ. Hal ini
menunjukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi serta mempunyai status yang sangat
tinggi dalam Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun, terdapat laporan akhbar yang menyatakan
bahawa status bahasa Melayu semakin âlayuâ atau lemah di parlimen dan ahli Dewan Rakyat lebih
gemar menggunakan bahasa Inggeris. Ahli-ahli parlimen dikatakan acapkali menggunakan
penukaran kod yang melibatkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Lantaran itu,
kajian ini ingin mengenal pasti serta meneliti pola penukaran kod dalam teks parlimen 13, Dewan
Rakyat. Kajian ini turut menjelaskan trend penukaran kod yang terdapat dalam perbahasan di
parlimen. Data yang digunakan adalah berbentuk penukaran kod yang terdiri daripada bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris daripada Hansard Malaysia, Parlimen 13 yang mengandungi empat
penggal yang terdiri daripada 224 fail mesyuarat. Kaedah analisis berpandukan korpus telah
digunakan oleh pengkaji bagi meneliti trend penukaran kod dalam teks parlimen. Kerangka model
kekangan morfem bebas oleh Poplack (1980) telah digunakan bagi menentukan serta mengenal
pasti penukaran kod yang terdapat dalam teks parlimen. Dapatan kajian menunjukkan terdapat
peningkatan dalam penukaran kod daripada bahasa Melayu ke bahasa Inggeris dalam teks
parlimen 13. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan jumlah penggunaan bahasa Inggeris
yang semakin menaik dari penggal 1 hingga penggal 4. Hal ini dengan jelas memperlihatkan
bahawa ahli-ahli parlimen dalam Dewan Rakyat banyak menggunakan penukaran kod dalam
perbahasan dan secara tidak langsung semakin gemar menggunakan bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Perkara ini adalah bercanggah serta memberi kesan kepada status penggunaan
bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Majlis yang termaktub dalam peraturan-perturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat