2 research outputs found

    Tingkah laku pengundian etnik Melayu pada Pilihan Raya Umum ke-14

    Get PDF
    Buat pertama kali dalam sejarah negara, UMNO/BN tumbang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Perkara ini menimbulkan persoalan, adakah pengundi Melayu sudah tidak memilih parti berteraskan Melayu seperti UMNO? Kajian ini bertujuan melihat faktor yang mendorong pengundi Melayu melakukan perubahan dalam PRU-14. Kajian dilakukan secara kualitatif melalui temubual melibatkan responden yang menjadi pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Secara umumnya, responden berpandangan rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu atas faktor identifikasi parti dan sosiologi. Walau bagaimanapun, isu-isu yang berbangkit pada PRU-14 menepati teori pilihan rasional apabila ia turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu. Kesimpulannya, pendekatan politik keetnikan kepada kaum melayu Melayu masih relevan sebagai kaedah meraih undi etnik Melayu. Namun faktor-faktor lain juga perlu diambil kira agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan

    Tanggapan etnik Melayu terhadap PAs dan UMNO di kawasan Parlimen Kangar, Perlis

    Get PDF
    UMNO dan PAS dikenali sebagai parti politik orang Melayu. Namun keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) terhadap dua parti ini menunjukkan tahap sokongan merosot agak ketara. Buat pertama kali dalam sejarah negara, BN yang diketuai UMNO tumbang dalam (PRU14). Kerusi PAS juga berkurangan daripada 21 kerusi kepada 18 kerusi. Banyak kerusi yang gagal dipertahankan termasuklah kawasan yang memiliki jumlah pengundi Melayu yang ramai. Artikel ini bertujuan melihat tahap sokongan pengundi Melayu terhadap UMNO dan PAS. Kajian dilakukan menggunakan kaedah bercampur, iaitu gabungan melibatkan kaedah kuantitatif dan kualitatif, melibatkan responden di Parlimen Kangar dan juga pemegang taruh politik dan juga pakar politik negara. Kajian mendapati rata-rata pengundi Melayu masih mengundi parti berteraskan Melayu seperti UMNO dan PAS. Faktor identifikasi parti masih menebal di kalangan pengundi Melayu. Malah sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama sebagai sebuah gabungan parti politik, mereka berkemungkinan besar akan menang dalam PRU-14. Walaubagaimanapun, isu-isu yang berbangkit seperti 1MDB dan GST pada PRU-14 turut mempengaruhi sebilangan pengundi Melayu untuk menolak kedua parti tersebut. Kesimpulannya, tanggapan bahawa PAS dan UMNO sebagai parti yang mewakili kepentingan Melayu masih kuat di kalangan pengundi Melayu, namun ia perlu diperhalusi agar mendapat sokongan yang optimum. Kajian lanjut juga perlu dilakukan terutama terhadap pengundi di lapangan yang berbeza
    corecore