1 research outputs found

    Analisis beberapa aspek keunikan penulisan Fiqah Alam Melayu melalui Teks manuskrip Arkān al-į¹¢alāt : tumpuan terhadap tajuk syarat sah solat

    Get PDF
    Kemunculan kitab fiqah pertama di alam Melayu berjudul į¹¢irāį¹­ al-MustaqÄ«m yang dikarang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri pada kurun ke-17 Masihi telah mendorong generasi ulama seterusnya untuk menulis dan memperkembangkan penulisan dalam bidang fiqah melalui pendekatan dan kaedah masing-masing. Kepelbagaian dalam cara penulisan kitab fiqah ini telah menonjolkan beberapa aspek keunikan yang terdapat dalam pemikiran fiqah alam Melayu. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti beberapa aspek keunikan tersebut yang terdapat dalam salah satu manuskrip fiqah Melayu berjudul Arkān al-į¹¢alāt. Naskhah asal manuskrip ini diperoleh daripada Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Analisis yang dilakukan tertumpu kepada bahagian syarat sah solat dalam teks manuskrip tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah analisis teks dan kajian kepustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa manuskrip Arkān al-į¹¢alāt mempunyai pendekatan dan huraian kandungan yang berbeza berbanding kitab-kitab fiqah Melayu yang lain, bahkan juga kitab Arab. Kelainan ini dapat dilihat pada aspek pemilihan hukum dan juga pandangan yang berbeza daripada apa yang diikuti oleh majoriti penulis kitab yang lain terutama dari sudut pemilihan syarat-syarat sah solat. Keunikan sebegini yang terdapat dalam manuskrip ini seharusnya dikenal pasti untuk mengangkatkan lagi martabat dan ketinggian kearifan tempatan serta hasil usaha intelektual ilmuwan Melayu pada masa dahulu untuk dimanfaatkan pada generasi kini dan akan datang
    corecore